Monday, 9 November 2015

Tingkatan 6 dihatiku.

Ramai yang hairan.Ramai yang pelik. Keputusan SPM aku agak memuaskan. Namun aku memilih jalan untuk melanjutkan pengajianku ke Tingkatan 6. Jujurnya, Tingkatan 6 bukan pilihan utamaku. Namun aku memilih jalan untuk ke Tingkatan 6 atas sebab-sebab tertentu.Alhamdulillah ramai yang memuji tindakan aku ke Tingkatan 6 disambut positif oleh orang sekelilingku. Pandangan mereka terhadap Tingkatan 6 tidak seperti yang kusangkakan. walaupun aku memilih Tingkatan 6 namun pada waktu yang sama aku berharap dapat melanjutkan pengajian ke institut perguruan. namun rezeki ke Tingkatan 6. Aku tidak terpilih melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah pendidikan di IPG. Aku agak kecewa. Jujurnya aku masuk Tingkatan 6 dengan hati antara ikhlas dan tidak. namun lama kelamaan aku semakin selesa. Alhamdulillah. Tiga semester aku lalui dengan penuh dugaan dan cabaran. Walau hanya setahun setengah namun tercipta beribu memori di situ. Pusat sumber tempat yang paling selalu aku kunjungi dengan rakan-rakan. dan ada port menarik iaitu di stor. hahaha. Bila teringat balik. tempatnya agak tersorok tetapi mencipta pelbagai kenagan. Kelas? mengingatkan aku dengan classmate yang pelbagai ragam. Guru-guru yang sporting dan friendly. Sentiasa bersungguh untuk melihat anak muridnya berjaya. Tingkatan 6 sentiasa dihatiku. sahabat yang pelbagai ragam. Sahabat library, sahabat kelas dan kawan-kawan lain yang hadir dalam hidupku serta guru-guru yang sentiasa akan dikenang sampai bila-bila. Terima kasih Allah. Kau hadirkan mereka dalam hidupku.



No comments:

Post a Comment