Monday, 9 November 2015

Program Mobiliti di FEP, UKM

haaa..siapa yang tahu program mobiliti tu apa? aku tak sure sama ada program setiap fakulti memang menawarkan program ni atau tidak, tapi FEP ada tawarkan program mobiliti ni. Dan program mobiliti ni sangat sangat sangat menarik perhatianku. Program mobiliti ni ialah program pertukaran pelajar. Kiranya kalau nak join program mobiliti ni kena interview dulu. Tapi result exam tu tak surelah dia tengok ke tak. okay.
sekiranya anda semua melepasi interview itu, dengan rasminya anda akan dapat merasai belajar selama satu semester di luar negara. oh tu je ke? apa yang buat kau tertarik dengan program ni wong? haa..aku tertarik dengan program ni sebab salah satu negara yang terlibat dalam program mobiliti ini ialah Jepun. dan aku adalah orang yang sangat sangat berminat nak pi jejak Jepun. dan aku rasa itu hanyalah angan-angan sahaja sebab aku ni jenis cepat give up. kah kah kah. teruk punya perangai. tak cuba lagi dah give up!
kenapa aku give up?
hmm..sebabnya kalau nak pergi belajar kat Jepun, anda semua boleh ambik paper dekat sana je. nanti sampai sini tak payah ambik dah paper itu. tetapi! sekiranya anda gagal..anda kena ambil semula paper kat sini. tambah satu sem lagi deyhh..hahaha. itu yang aku fahamlah. kalau saya salah. sila betulkan yaa.
oleh itu, program mobiliti ini sangat menarik dan bermanfaat sebab dapat mencipta pengalaman di negara orang tetapi sangat tidak layak untuk sikap aku yang cepat give up ni..hahaha.so please bagi semangat kepada diriku. okay. bye. jap. nak share sikit gambar.



1 comment: