Sunday, 8 November 2015

KISAH TRAGIS

Ingat lagi. Masih terngiang-ngiang dalam benak fikiranku. Waktu itu aku masih muda. baru berusia dalam lingkungan 5 tahun. Allah panjangkan usiaku hingga sekarang. mungkin ajalku masih belum tiba. namun tragedi itu masih terngiang-ngiang.
...............................................................................................................................................
Pada waktu itu, aku mandi di kolam yang agak dalam bagi kanak-kanak kecil sepertiku. Namun aku langsung tidak fikir bahayanya kerana tubuhku ditampung oleh pelampung. oleh itu, aku berasa lebih selamat. Tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki iaitu anak kepada kawan ayahku memanggilku meminta pertolongan.

'adik..boleh tolong ambilkan bola baseball tu tak?'

aku memandang ke arah kanak-kanak lelaki itu lalu menoleh ke arah baseball yang terapung di atas air kolam. Dengan penuh yakinnya aku menguis tanganku ke air agar pelampung yang aku naiki itu bergerak ke arah baseball itu. Tiba-tiba pelampung yang aku naiki itu terus terbalik, lalu aku tenggelam ke dalam air kolam. entah kenapa pada waktu itu aku sedar mataku terbeliak luas melihat aku seolah-olah teggelam ke dalam air. nafasku langsung tidak tercungap. entah. aku pun tidak tahu bagaimana keadaan diriku. aku seolah-olah sedar di dalam air. aku langsung tidak lemas. 

secara tiba-tiba aku diselamatkan oleh kawan ayahku. ibu dan ayahku mula cemas melihat keadaan diriku yang sedikit tercungap-cungap. namun antara realiti atau khayalan hanya Tuhan sahaja yang tahu kerana diriku sendiri tidak sedar kenapa aku langsung tidak takut apabila diriku tenggelam ke dalam air. ya. ia masih segar dalam ingatan.



No comments:

Post a Comment