'tak dapat sini pun tak apa'.
ibuku mendengar rungutanku. Ibuku menegurku keras kerana kata-kataku yang seolah-olah tidak mensyukuri apa ang telah diberi. Aku hanya diam. langsung tidak berkata. Lagi aku tidak bersemangat apabila melihat bangunan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan yang langsung tidak menarik perhatian aku. Bangunan lama. Lagi jatuh kesungguhanku untuk melanjutkan pelajaran di UKM. Kakiku melangkah berat untuk masuk ke pejabat. Tempat dimana aku akan ditemu duga. Dalam hati dah siap nawaitu awal-awal supaya aku jawab soalan yang dajukan secara tidak serious dengan harapan aku tidak terpilih sebagai pelajar di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM. jahat tak aku? Buka sahaja pintu pejabat. Aku terpana. Melihat bangunan yang di bahagian luar langsung tidak sama dengan dibahagian dalam. Pada bahagian luar seolah-olah kita berada pada zaman 70-an. Manakala bahagian dalam kelihatan sungguh moden. Bila diingatkan balik aku hanya tersenyum sendirian. agak-agak kenapa aku memilih FEP UKM? hehehe..kita lihat sambungannya. peace.
bangunan FEP. jangan dinilai luarannya.huhu. |
No comments:
Post a Comment