Assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam satu Malaysia dan saya sayang UKM.
Aku dah post satu satu cerita..tapi post kedua nak memperkenalkan diri pulak. acano tu? ibarat kau kau dah nikah lepastu baru nak merisik? eh..betulke analogi aku? hahaha. takpelah. Aku dengan rasa segan silunya hendak memperkenalkan diri ni. ececece. macam retis pulak. kalau aku Siti Nurhaliza memang dia taknak kenalkan diri pun orang dah google pasal dia. ini aku? apahal? nak menggedik pulak naks. eh suka hatilah. belog aku. aku punya suka. kuang asam tak ayat aku? macam mintak lempang free kan? sila jangan annoying. ini hanya diriku di alam maya. but the reality im the shy girls. okay. ni mintak lempang kedua. baiklah..tu baru muqadimah. hahaha.
adakah anda semua tertanya-tanya? apakah awong itu? nampak rare kan nama tu? hihuhihu. kalau ada yang pernah dengar, silalah jangan baca post picisan ini. Hal ini demikian kerana aku akan bercerita panjang lebarin kok dalam entry ini. hak hak hak.
aku ada adik. nama dia samperot. tu gelaran dia je. lagi dasyatkan gelaran dia. hahaha. nama sebenar dia nadia. okayy..masa dia kecik2 dulu. adik aku ni pelat orangnya. tapi aku tak tahu dalam banyak-banyak pelat. nama along tu jugak yang dipelatnya. jadi Awong. Awong. memang mula-mula tu bila dia panggil aku Awong. memang malu gila. dahla panggil depan public. malu aku. Nama aku punya cantik. nama Awong jugak yang dipanggilnya. panggillah kak Long Ika ke kak Fatin ke..banggalah sikit aku nak nyahut.
entah kenapa, lama-kelamaan nama tu yang melekat. kiranya imej akulah. disebabkan nama fatin tu ramai. Nama awong tu yang jadi imej aku. walaupun bunyinya sedikit garang. tapi aku suka gelaran tu. hahaha. yang panggil aku awong kelurga aku sahaja. orang lain tak panggil aku awong, kalau dieorang panggil pun sebab nak bahan aku je. tapi tak kisahlah..aku suka nama tu. Awong.
No comments:
Post a Comment