Setiap orang pasti ada kenangan manis. Begitu juga aku. Jujurnya aku tidak dilahirkan genius serta-merta. Bijaksana seperti para sarjana. Aku hanya pelajar biasa. Biasa sahaja. Tiada apa yang istimewa. Keputusan peperiksaanku hanya biasa sahaja. Tiada apa yang boleh dibangga. Semasa di sekolah rendah, aku hanya pelajar biasa. Melihat rakan-rakanku yang bijaksana, aku bagaikan semut yang tiada usaha untuk berjaya. Tambahan pula, aku ialah pelajar dari kelas pertama, namun kedudukanku dalam kelas..hmm apa nak dikata. Aku melanjutkan lagi pengajian ke sekolah menengah. Nampak sedikit peningkatan. Namun masih dalam kategori yang biasa. Akhirnya aku nekad. Samapi sahaja melangkah masuk ke Tingkatan 4, aku berusaha. Tanpa menoleh belakang lagi. Alhamdulillah, walaupun keputusan SPM aku tidak mendapat keseluruhan A, sekurang-kurangnya dapat melihat kegembiraan keluargaku. Alhamdulillah syukur. Itulah kenangan manisku. Melihat kegembiraan keluargaku.
wahai sahabat,
andai kau mengatakan aku bijaksana
kau silap
kerna
aku juga bermula dari bawah
aku juga pelajar biasa
yang banyak cacat cela
tidak juga sempurna
kejayaan ini bukan berlandaskan peperiksaan semata-mata
CGPA tinggi juga bukan pembeza yang pandai dan biasa
ia cuma sekadar melihat tahap persediaan kita
kalau benar mahu melihat kejayaan
kejayaan itu apabila kau berjaya dunia dan juga akhirat.
No comments:
Post a Comment