Monday, 9 November 2015

Interview di FEP,UKM

Aku gementar. Agaknya apa yang akan ditanya? Apakah soalan menguji minda? Mencabar minda? Pengetahuan am? pengajian Am? atau segala-galanya am? Persoalan-persoalan itu terbayang dalam benak fikiranku. Beberapa minit kemudian, giliranku dipanggil. Aku gementar. Aku berhadapan dengan 3 orang pensyarah. Hebat. Terasa diriku begitu kerdil.
melihat keadaan kami yang muka dah gementar dan ketat. Seorang pensyarah yang wajahya langsung tidak lekang dengan senyuman menegurku dengan ramah. aku ingat lagi soalan-soalan yang diajukan oleh beliau. Walaupun membuat aku tertawa sendiri, tetapi disebabkan soalan beliau itulah aku bernekad untuk melanjutkan pengajian di FEP UKM.
Antara soalannya ialah :

Which country do you want to go?

Sekiranya anda sebagai pegawai HR, apakah kriteria yang perlu anda lihat untuk memberhentikan seorang pekerja?

Kenapa anda memilih Jepun sebagai negara yang anda ingin pergi?


and ada satu soalan yang sangat buat aku tersenyum sendiri

'do you prefer watching Japanese Movies?'

'i prefer watching Anime' aku lantas menjawab.

pensyarah itu bertanyakan rakan sebelahnya apa yang dimaksudkan anime.Kemudian dia lantas menjawab

'i love sailormoon'

dengan selambanya aku jawab balik

'but i love naruto!' hahaha
perghh..first time seyhh aku cakap selamba badak depan orang hebat macam tu.

mengingatkan kembali peristiwa tu menyebabkan aku bersemangat nak sambung dekat sini. bukan kerana soalan tu. tapi kerana kata-kata perangsang yang diberikan oleh 3 pensyarah itu.

Aku berharap agar aku dapat bertemu kembali pensyarah-pensyarah itu. Amin.







No comments:

Post a Comment