Pada waktu tu aku sedikit gementar dan terbayang-bayang bagaimana keadaannya Kolej Tun Hussein Onn. Terngiang-ngiang dalam benak fikiranku macam manalah bentuk kolej tu. macam apartment ke? kondo ke? banglo ke? ke villa mewah siap gimnsium beserta kolam renang? aiseh..melebih pulak kan. yang tu aku tipu je. Sebelum smpai kolej, aku dah tau serba sedikit bayangan kolej lama. Namun setakat tengok gmabar je mana puas. oleh itu, aku sentiasa terbayang-bayang macam mana keadaan kolej tu. keh keh keh.
beberapa minit kemudian, kereta abangku terparkir kemas di dataran panggung seni. Aku pula dibawa oleh pemudah cara kolej. mereka agak ramah. Aku sedikit malu kerna barang-barangku dibawa oleh pemudahcara tersebut. Aku dibawa hingga ke perkarangan kolej. Aku melihat sekeliling kolej. Sungguh lama. Aku dibawa oleh pemudahcara ke bilik yang ditetapkan setelah aku mendaftar. Bilikku aras bawah. bawah tanah pulak. haha. Suram. Pintu bilik dibuka. Lantai simen. aku seolah-olah masuk ke zaman 70 an. haha. Nasib bilik air moden sikit. mula-mula aku aim ini akan jadi aras paling suram, tetapi jangkaanku meleset sebab aras yang aku duduk sekarang paling riuh. haha.
No comments:
Post a Comment