Monday, 9 November 2015

Blog~Blogging~Blogger(maybe)

Kepada pecinta blog...hari ini aku nak share sikit pasal kisah awong dan blog. awong tu akulah..hahaha.tapi macam ada dua orang je dalam blog ni. kejap awong. kejap aku. eh suka hatilah. blog kita. free lempang jap. jangan nak meleret dalam blog ni. just straight toooo the point. tajuk kau pasal blog kan? asal kau meleret. ehh..dah dah dah..meleret. pulak. okay. terus baca. abaikan di atas.
..................................................................................................................................................
yaa..aku adalah salah satu makhluk di dunia ini yang suka baca blog orang. Oleh itu, apabila aku 'menggoogle' (rosak bahasa aku) hanya blog-blog bertuah sahaja yang aku baca. Kiranya kalau blog tu simple dan ada isi dan boleh buat aku gelak. aku akan jadi pembaca setia blog tersebut. tapi kalau blog tu no point. aku singgah je. hahaha. teruk punya perangai. macam blog aku ni best sangat. okay. bukan itu yang aku nak share sebenarnya. aku nak cerita pasal pengalaman aku buat blog dalam kelas aplikasi. formalnya bunyi. hehe.

ceritanya begini, pada suatu hari...hahaha.dahh terus kepada point jelah senang!

oaky..masa Dr cakap yang kelas minggu tersebut kita belajar buat blog, aku adalah orang yang paling happy. kah kah kah.sebab? sebab boleh bukak internet! yaa..aku memang suka internet. semua orang pun sebenarnya. dan keseronokanku berubah tragedi..aiseh melampau benor tragedi. apabila aku berjaya bukak intenet tapi tak berjaya buat blog. jadiii dalam kelas aplikasi aku belajar manual cara-cara membuat blog. hahaha. sedih tak boleh buat blog. habis semua bnda pasal blog aku salin buat jadi note. nanti boleh refer balik. hehhe..jadi aku dah start buat blog semalam. jadi ini yang terakhir punya post untuk assignment tapi InshaAllah akan ku guna blog ini secara berterusan. hehe. Follower takdak lagi.

HTML..hmmmm

HTML? Apakah itu? ini adalah salah satu cara nak buat website. Bagi aku HTML sangat best. Mungkin sebab aku suka benda berkaitan internet kot. hahaha. Jujurlah, mula-mula aku agak scary nak belajar buat website HTML ni. hal ini demikian kerana website HTML ada coding dia pulak dah. Dan bila aku tengok benda coding-coding ni, aku rasa macam tengah buat formula math + fizik + kimia.
itu first impression aku pada we html ni. Tetapi bila Dr dah tunjukkan cara-cara nak buat website ni, Alhamdulillah web HTML ni sangat menarik walaupun sedikit leceh sebab dia kena ada notepad yang kena dilinkan dengan HTML, dan coding dia kena betul. kau salah je buat.. website kau tak seperti website yang kau inginkan.
apabila Dr memberi task untuk buat web HTML ini, dengan kesungguhah jugak aku buat. Tulis ayat panjang sikit, gambar-gambar sikit. okay. dah siap! hehehe..alamak. webisite tak siap full lagi. nanti dah siap kita share. hahaha.

Saya sayang Excel

haaa..hari ni aku nak shre sikit pasal microsoft excel ni. inilah aku rasa paling give-up aku nak belajar. pening. banyak sangat nak kena ingat. sape yang ambik bidang it ni memang aku tabing 200% kat dialah sebab dieorang lagi tahap susah nak kena belajar kalau nak dibandingkan dengan excel ni. semput nakss aku nak belajar. hahaha. tapi sebenarnya once kita dah dapat faham, sebenarnya microsoft excel ini sangat , tertarik kau memang daboom. dan yang paling best microsoft excel ni masuk dalam lab test. haaa? 10% tu. Memang entah kenapa aku tak boleh tiduq lah cerita malam sebab fikir pasal lab test esok. masuk excel? what? Nak menangis jugak aku sebab excel kot! Kepada pelajar yang buta it sepertiku, excel ialah subjek killer. pembunuh secara senyap. hahahaha. Namun keesokan harinya aku gagahkan diri ambil exam jugak. nervous takyah cakaplah.
..................................................................................................................................................

Bukak je soalan. Vlookup? aisehh.terkedu mak. Formula ingat tapi nak buat soalan tu memang aku tak berjaya. rasa nak nangis weh. Namun aku teruskan juga dengan hati yang reda dan pasrah. Itulah kenanganku bersama excel. hahaha.


Aku dan Microsoft Word

First sekali yang aku belajar dalam kelas aplikasi komputer ialah DR.Norazila ialah word task. Word. salah satu benda dalam microsoft yang aku rasa paling senang dan penuh riaknya aku rasa aku dah explore semua benda dalam microsoft word. Namun apakan daya, apa yang aku tahu hanyalah seciput. Banyak benda sebenarnya yang aku tak tahu. Contohnya, format painter dan table of content. Agaknya kalau aku tak masuk kelas aplikasi ni, mungkin sampai sekarang aku bangga tahap dewa yang aku tahu semua benda pasal word. hahahaha. okay.
..................................................................................................................................................Dr.Norazila telah memberi task untuk word. kami kena buat 'article'. dan dengan jayanya aku telah siap buat 'article' dalam lab. cuma tinggal nak touch up sahaja. kah kah kah. Lau, untuk menyempurnakan tugasan itu aku pun telah mentransferkan kerja 'article' itu ke dalam pendrive rakanku. dan paling gembiranya, apabila aku minta semula kerja yang disimpan oleh rakanku itu, dia memberitahuku pendrive yang digunakan itu telah dijangkiti virus. oleh itu, segala kerjanya termasuklah kerja 'article' aku tu hilang. yehuu. Aku menangis separuh nyawa. Rasa macam nak nyanyi lagu Alyah dah time tu. last-last..aku buat jugak. yelah. kalau kau nangis pun, masalah takkan settle. so aku buat jelah. hihuhihu.


ktho dan kshop

aku ingat lagi. kak Grace ada tawarkan ahli-ahli untuk menjaga kshop. kak Grace hanya mahukan 4 orang sahaja. waktu tu, rommate aku yang bagitahu kalau-kalau masih ada kekosongan. aku pun memberanikan diri untuk bertanya dengan kak Grace memandangkan rommate aku segan untuk bertanya dengannya.
Alhamdulillah, dengan tidak semena-mena tinggal satu kekosongan. lantas aku memberitahu rommateku hanya tinggal satu sahaja kekosongan. Rommate aku mengatakan bahawa ianya adalah rezekiku. dia suruh ambil peluang itu.
First time aku bertugas, aku kelam kabut kerana aku tidak tahu harga barangan yang terdapat di kshop. lama-kelamaan aku menghafal serba sedikit barang-barang di Kshop memandangkan pada waktu itu tiada tanda harga diletakkan.
Aku merajinkan diri mempromosi roti yang terdapat di kshop, dan sememangnya lama-kelamaan roti di kshop menjadi pilihan hati.
aku juga turut melibatkan diri dalam exco keusahawanan dan inovasi. aku menjadi exco keceriaan kshop. walaupun hanya AJK biasa, namun tugas harus dilaksanakn. peace no war. hehe.

Cheers KTHO !

Semasa MMM, terdapat satu aktiviti. nama aktiviti ni perang Dectar. okayy..perang dectar ni macam kau perang cheers antara kolej. kalau kolej tu besar memang cheers dieorang tak boleh lawan. KTHO adalah kolej yang kecik tapi bersemangat waja. so nak kuat dan bergema sikit, kami akan bergabung antara kolej. kah kah kah. Antara cheers KTHO yang menarik bagi aku ialah :

KTHO GRANDDDD!
KTHO GRAND! GRAND!

GEMPUR
WIRA!
GEMPUR
WIRA! WIRA!

TEPUK-TEPUK PANAH CINTA!
PANAH CINTA!
PANAH CINTA!
PANAH CINTAAAAA!
AMBIK KAU..
ERMMM...AWAK COMEL.
SAYA SUKAA.
WE LOVE YOU.

KRIK..KRIK..KRIK..KRIKK
BOSANLA..
JOM TIDO

HUSSEIN GANGSTER.
WA TAK KISAH
LU KAMPUS KL KA, BANGI KA, CHERAS KA
INI DECTAR WA PUNYAAA.

MMM di KTHO

MMM? apakah itu MMM? MMM ialah Minggu Mesra Mahasiswa. ya. dan selama seminggu juga aku penat.Penat dengan program ni. Namun kepenatanku dibalas dengan pelbagi pengalaman. Aku dapat kawan baru. dan yang paling best kawan tu pulak satu fakulti satu dan satu aras. Alhamdulillah. Sepanjang program MMM, banyak aktiviti yang dilaksanakan. dan yang paling aku tak boleh lupa, apabila aku dan sekumpulan rakan lain didenda menyanyi sebelum subuh sebab lewat. kena nyanyi kau. nasib baik menyanyi secara berjemaah. kalau aku sorang je, mungkin macam siti kot. okay. dah. stop berangan. walaupun program minggu mesra mahasiswa berjalan selama seminggu namun ia tetap mencipta pelbagai kenangan. suka. sedih. gembira. duka. semua ada. walaupun seminggu itu dilayan seperti kanak-kanak gitu namun MMM adalah daebak! dan aku ingat lagi masa hari terakhir minggu MMM, aku join program koir. hahaha. nasib baik kau tak dipilih menyanyi bahagian ala-ala Ning Baizura kalau tak sempat nakss.hahaha.
aku rindu program macam tu. waktu tu kita kenal semua orang. kita cam orang itu dan ini. Namun bila tiadanya program MMM, ianya seakan-akan hilang kenalan yang kita kenal dalam kumpulan. Hmm..mudah-mudahan kita ketemu semula ya kengkawan. peace no war.

Tanggapan pertama: KTHO

Pada waktu tu aku sedikit gementar dan terbayang-bayang bagaimana keadaannya Kolej Tun Hussein Onn. Terngiang-ngiang dalam benak fikiranku macam manalah bentuk kolej tu. macam apartment ke? kondo ke? banglo ke? ke villa mewah siap gimnsium beserta kolam renang? aiseh..melebih pulak kan. yang tu aku tipu je. Sebelum smpai kolej, aku dah tau serba sedikit bayangan kolej lama. Namun setakat tengok gmabar je mana puas. oleh itu, aku sentiasa terbayang-bayang macam mana keadaan kolej tu. keh keh keh.
beberapa minit kemudian, kereta abangku terparkir kemas di dataran panggung seni. Aku pula dibawa oleh pemudah cara kolej. mereka agak ramah. Aku sedikit malu kerna barang-barangku dibawa oleh pemudahcara tersebut. Aku dibawa hingga ke perkarangan kolej. Aku melihat sekeliling kolej. Sungguh lama. Aku dibawa oleh pemudahcara ke bilik yang ditetapkan setelah aku mendaftar. Bilikku aras bawah. bawah tanah pulak. haha. Suram. Pintu bilik dibuka. Lantai simen. aku seolah-olah masuk ke zaman 70 an. haha. Nasib bilik air moden sikit. mula-mula aku aim ini akan jadi aras paling suram, tetapi jangkaanku meleset sebab aras yang aku duduk sekarang paling riuh. haha.

Program Mobiliti di FEP, UKM

haaa..siapa yang tahu program mobiliti tu apa? aku tak sure sama ada program setiap fakulti memang menawarkan program ni atau tidak, tapi FEP ada tawarkan program mobiliti ni. Dan program mobiliti ni sangat sangat sangat menarik perhatianku. Program mobiliti ni ialah program pertukaran pelajar. Kiranya kalau nak join program mobiliti ni kena interview dulu. Tapi result exam tu tak surelah dia tengok ke tak. okay.
sekiranya anda semua melepasi interview itu, dengan rasminya anda akan dapat merasai belajar selama satu semester di luar negara. oh tu je ke? apa yang buat kau tertarik dengan program ni wong? haa..aku tertarik dengan program ni sebab salah satu negara yang terlibat dalam program mobiliti ini ialah Jepun. dan aku adalah orang yang sangat sangat berminat nak pi jejak Jepun. dan aku rasa itu hanyalah angan-angan sahaja sebab aku ni jenis cepat give up. kah kah kah. teruk punya perangai. tak cuba lagi dah give up!
kenapa aku give up?
hmm..sebabnya kalau nak pergi belajar kat Jepun, anda semua boleh ambik paper dekat sana je. nanti sampai sini tak payah ambik dah paper itu. tetapi! sekiranya anda gagal..anda kena ambil semula paper kat sini. tambah satu sem lagi deyhh..hahaha. itu yang aku fahamlah. kalau saya salah. sila betulkan yaa.
oleh itu, program mobiliti ini sangat menarik dan bermanfaat sebab dapat mencipta pengalaman di negara orang tetapi sangat tidak layak untuk sikap aku yang cepat give up ni..hahaha.so please bagi semangat kepada diriku. okay. bye. jap. nak share sikit gambar.



Pengajianku di FEP,UKM

Alhamdulillah. Aku bersyukur ketika aku ditawarkan melanjutkan pengajian di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), UKM. Namun pada waktu yang sama aku juga turut ditawarkan melanjutkan pengajian di USM dalam bidang yang lebih kurang sama. Namun aku lebih terarah untuk melanjutkan pelajaran di UKM. Bukan kerana USM tidak bagus. Tetapi atas faktor-faktor tertentu aku memilih UKM sebagai tempat aku menimba ilmu. haha. Mungkin ada yang baca aku duk kutuk-kutuk bangunan FEP, tup-tup aku pilih jugak FEP. kah kah kah. itulah. Tak kenal maka tak chentaaaa.
okay first day je aku kat FEP.opss bukan-bukan.,first week. rata-rata aku nampak majority student FEP adalah student Matrikulasi. so dah nampak kat situ aku akan menjadi student tengah. maksudnya aku Angahla. yang sulung student Diploma. yang acu pulak student matriks. keh keh. dan student 2nd year mostly sebaya aku. Waktu ni aku dalam dilema sikit sebab aku kalau jumpa senior 2nd year yang satu kolej dengan aku. Aku hanya mampu tersenyum saja sebab aku taktau nak panggil hakaks or nama saja. haha. tak kisahlah. aku panggil akak pun dieorang bukan tau aku sebaya dieorang pun. so waktu ni lah aku ajet2 adik senior. huhuhu. best jugak fefeling muda nih. haha
okay dah lari tajuk..hahaha.
Okay..pasal apa tadi? haha. jap aku rase best sangat dapat tawaran kat sini sebab bestlah. no reason. haha
lagipun ini satu-satu universiti yang menggunakan bahasa Melayu dalam pembelajaran. dalam peksa pun tau! so kau orang rase mesti macam feel2..bestlah balajr in BM. takyah susah dah. hmm..ni aku nak share sikit. even kau belajar BM pun kalau kau rilesk tidor dalam bilik pastu takmau ngadap buku. result kau still akan setaraf dengan usaha kau. okay?hahaha.
dan FEP adalah salah satu fakulti yang tertua di UKM. tengok bangunan aja deyh. walaupun klasik struktur bangunanya namun penuh dengan visi dan misi masa hadapan. yehah! FEP dihatiku.

Interview di FEP,UKM

Aku gementar. Agaknya apa yang akan ditanya? Apakah soalan menguji minda? Mencabar minda? Pengetahuan am? pengajian Am? atau segala-galanya am? Persoalan-persoalan itu terbayang dalam benak fikiranku. Beberapa minit kemudian, giliranku dipanggil. Aku gementar. Aku berhadapan dengan 3 orang pensyarah. Hebat. Terasa diriku begitu kerdil.
melihat keadaan kami yang muka dah gementar dan ketat. Seorang pensyarah yang wajahya langsung tidak lekang dengan senyuman menegurku dengan ramah. aku ingat lagi soalan-soalan yang diajukan oleh beliau. Walaupun membuat aku tertawa sendiri, tetapi disebabkan soalan beliau itulah aku bernekad untuk melanjutkan pengajian di FEP UKM.
Antara soalannya ialah :

Which country do you want to go?

Sekiranya anda sebagai pegawai HR, apakah kriteria yang perlu anda lihat untuk memberhentikan seorang pekerja?

Kenapa anda memilih Jepun sebagai negara yang anda ingin pergi?


and ada satu soalan yang sangat buat aku tersenyum sendiri

'do you prefer watching Japanese Movies?'

'i prefer watching Anime' aku lantas menjawab.

pensyarah itu bertanyakan rakan sebelahnya apa yang dimaksudkan anime.Kemudian dia lantas menjawab

'i love sailormoon'

dengan selambanya aku jawab balik

'but i love naruto!' hahaha
perghh..first time seyhh aku cakap selamba badak depan orang hebat macam tu.

mengingatkan kembali peristiwa tu menyebabkan aku bersemangat nak sambung dekat sini. bukan kerana soalan tu. tapi kerana kata-kata perangsang yang diberikan oleh 3 pensyarah itu.

Aku berharap agar aku dapat bertemu kembali pensyarah-pensyarah itu. Amin.







Bangunan FEP,UKM

Aku ingat lagi. Pada ketika aku mula-mula memasuki pintu pagar utama UKM. Aku agak kecewa. Melihat bangunan yang sungguh lama. Tidak se'gah' yang aku sangka. Aku kecewa. Hingga aku terdetik rungutanku...

'tak dapat sini pun tak apa'.

ibuku mendengar rungutanku. Ibuku menegurku keras kerana kata-kataku yang seolah-olah tidak mensyukuri apa ang telah diberi. Aku hanya diam. langsung tidak berkata. Lagi aku tidak bersemangat apabila melihat bangunan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan yang langsung tidak menarik perhatian aku. Bangunan lama. Lagi jatuh kesungguhanku untuk melanjutkan pelajaran di UKM. Kakiku melangkah berat untuk masuk ke pejabat.  Tempat dimana aku akan ditemu duga. Dalam hati dah siap nawaitu awal-awal supaya aku jawab soalan yang dajukan secara tidak serious dengan harapan aku tidak terpilih sebagai pelajar di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM. jahat tak aku? Buka sahaja pintu pejabat. Aku terpana. Melihat bangunan yang di bahagian luar langsung tidak sama dengan dibahagian dalam. Pada bahagian luar seolah-olah kita berada pada zaman 70-an. Manakala bahagian dalam kelihatan sungguh moden. Bila diingatkan balik aku hanya tersenyum sendirian. agak-agak kenapa aku memilih FEP UKM? hehehe..kita lihat sambungannya. peace.

bangunan FEP. jangan dinilai luarannya.huhu.

KENANGAN MANIS

Setiap orang pasti ada kenangan manis. Begitu juga aku. Jujurnya aku tidak dilahirkan genius serta-merta. Bijaksana seperti para sarjana. Aku hanya pelajar biasa. Biasa sahaja. Tiada apa yang istimewa. Keputusan peperiksaanku hanya biasa sahaja. Tiada apa yang boleh dibangga. Semasa di sekolah rendah, aku hanya pelajar biasa. Melihat rakan-rakanku yang bijaksana, aku bagaikan semut yang tiada usaha untuk berjaya. Tambahan pula, aku ialah pelajar dari kelas pertama, namun kedudukanku dalam kelas..hmm apa nak dikata. Aku melanjutkan lagi pengajian ke sekolah menengah. Nampak sedikit peningkatan. Namun masih dalam kategori yang biasa. Akhirnya aku nekad. Samapi sahaja melangkah masuk ke Tingkatan 4, aku berusaha. Tanpa menoleh belakang lagi. Alhamdulillah, walaupun keputusan SPM aku tidak mendapat keseluruhan A, sekurang-kurangnya dapat melihat kegembiraan keluargaku. Alhamdulillah syukur. Itulah kenangan manisku. Melihat kegembiraan keluargaku.

wahai sahabat,
andai kau mengatakan aku bijaksana
kau silap
kerna
aku juga bermula dari bawah
aku juga pelajar biasa
yang banyak cacat cela
tidak juga sempurna
kejayaan ini bukan berlandaskan peperiksaan semata-mata
CGPA tinggi juga bukan pembeza yang pandai dan biasa
ia cuma sekadar melihat tahap persediaan kita
kalau benar mahu  melihat kejayaan
kejayaan itu apabila kau berjaya dunia dan juga akhirat.





Tingkatan 6 dihatiku.

Ramai yang hairan.Ramai yang pelik. Keputusan SPM aku agak memuaskan. Namun aku memilih jalan untuk melanjutkan pengajianku ke Tingkatan 6. Jujurnya, Tingkatan 6 bukan pilihan utamaku. Namun aku memilih jalan untuk ke Tingkatan 6 atas sebab-sebab tertentu.Alhamdulillah ramai yang memuji tindakan aku ke Tingkatan 6 disambut positif oleh orang sekelilingku. Pandangan mereka terhadap Tingkatan 6 tidak seperti yang kusangkakan. walaupun aku memilih Tingkatan 6 namun pada waktu yang sama aku berharap dapat melanjutkan pengajian ke institut perguruan. namun rezeki ke Tingkatan 6. Aku tidak terpilih melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah pendidikan di IPG. Aku agak kecewa. Jujurnya aku masuk Tingkatan 6 dengan hati antara ikhlas dan tidak. namun lama kelamaan aku semakin selesa. Alhamdulillah. Tiga semester aku lalui dengan penuh dugaan dan cabaran. Walau hanya setahun setengah namun tercipta beribu memori di situ. Pusat sumber tempat yang paling selalu aku kunjungi dengan rakan-rakan. dan ada port menarik iaitu di stor. hahaha. Bila teringat balik. tempatnya agak tersorok tetapi mencipta pelbagai kenagan. Kelas? mengingatkan aku dengan classmate yang pelbagai ragam. Guru-guru yang sporting dan friendly. Sentiasa bersungguh untuk melihat anak muridnya berjaya. Tingkatan 6 sentiasa dihatiku. sahabat yang pelbagai ragam. Sahabat library, sahabat kelas dan kawan-kawan lain yang hadir dalam hidupku serta guru-guru yang sentiasa akan dikenang sampai bila-bila. Terima kasih Allah. Kau hadirkan mereka dalam hidupku.



aku dan awong.

Assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam satu Malaysia dan saya sayang UKM.
Aku dah post satu satu cerita..tapi post kedua nak memperkenalkan diri pulak. acano tu? ibarat kau kau dah nikah lepastu baru nak merisik? eh..betulke analogi aku? hahaha. takpelah. Aku dengan rasa segan silunya hendak memperkenalkan diri ni. ececece. macam retis pulak. kalau aku Siti Nurhaliza memang dia taknak kenalkan diri pun orang dah google pasal dia. ini aku? apahal? nak menggedik pulak naks. eh suka hatilah. belog aku. aku punya suka. kuang asam tak ayat aku? macam mintak lempang free kan? sila jangan annoying. ini hanya diriku di alam maya. but the reality im the shy girls. okay. ni mintak lempang kedua. baiklah..tu baru muqadimah. hahaha.

adakah anda semua tertanya-tanya? apakah awong itu? nampak rare kan nama tu? hihuhihu. kalau ada yang pernah dengar, silalah jangan baca post picisan ini. Hal ini demikian kerana aku akan bercerita panjang lebarin kok dalam entry ini. hak hak hak.

aku ada adik. nama dia samperot. tu gelaran dia je. lagi dasyatkan gelaran dia. hahaha. nama sebenar dia nadia. okayy..masa dia kecik2 dulu. adik aku ni pelat orangnya. tapi aku tak tahu dalam banyak-banyak pelat. nama along tu jugak yang dipelatnya. jadi Awong. Awong. memang mula-mula tu bila dia panggil aku Awong. memang malu gila. dahla panggil depan public. malu aku. Nama aku punya cantik. nama Awong jugak yang dipanggilnya. panggillah kak Long Ika ke kak Fatin ke..banggalah sikit aku nak nyahut. 

entah kenapa, lama-kelamaan nama tu yang melekat. kiranya imej akulah. disebabkan nama fatin tu ramai. Nama awong tu yang jadi imej aku. walaupun bunyinya sedikit garang. tapi aku suka gelaran tu. hahaha. yang panggil aku awong kelurga aku sahaja. orang lain tak panggil aku awong, kalau dieorang panggil pun sebab nak bahan aku je. tapi tak kisahlah..aku suka nama tu. Awong.





Sunday, 8 November 2015

KISAH TRAGIS

Ingat lagi. Masih terngiang-ngiang dalam benak fikiranku. Waktu itu aku masih muda. baru berusia dalam lingkungan 5 tahun. Allah panjangkan usiaku hingga sekarang. mungkin ajalku masih belum tiba. namun tragedi itu masih terngiang-ngiang.
...............................................................................................................................................
Pada waktu itu, aku mandi di kolam yang agak dalam bagi kanak-kanak kecil sepertiku. Namun aku langsung tidak fikir bahayanya kerana tubuhku ditampung oleh pelampung. oleh itu, aku berasa lebih selamat. Tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki iaitu anak kepada kawan ayahku memanggilku meminta pertolongan.

'adik..boleh tolong ambilkan bola baseball tu tak?'

aku memandang ke arah kanak-kanak lelaki itu lalu menoleh ke arah baseball yang terapung di atas air kolam. Dengan penuh yakinnya aku menguis tanganku ke air agar pelampung yang aku naiki itu bergerak ke arah baseball itu. Tiba-tiba pelampung yang aku naiki itu terus terbalik, lalu aku tenggelam ke dalam air kolam. entah kenapa pada waktu itu aku sedar mataku terbeliak luas melihat aku seolah-olah teggelam ke dalam air. nafasku langsung tidak tercungap. entah. aku pun tidak tahu bagaimana keadaan diriku. aku seolah-olah sedar di dalam air. aku langsung tidak lemas. 

secara tiba-tiba aku diselamatkan oleh kawan ayahku. ibu dan ayahku mula cemas melihat keadaan diriku yang sedikit tercungap-cungap. namun antara realiti atau khayalan hanya Tuhan sahaja yang tahu kerana diriku sendiri tidak sedar kenapa aku langsung tidak takut apabila diriku tenggelam ke dalam air. ya. ia masih segar dalam ingatan.