Hai and Assalamualaikum chuolls, petang tadi aku pi wangsa walk with my friends, so memandangkan tajuk pun aku dah bagitau, so memang konfirmlah aku akan review serba sedikit tentang filem yang aku telah tonton, iaitu Tombiruo Penunggu Rimba, lakonanZul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda dan lain-lain. yehuuuu. Sekarang ni memang tengah meletop-letop di pawagam. So, aku tergerak hati nak tengok filem ni sebabnya review yang menarik dari penonton. Bukan sebab Zul Ariffin ehhh. kih kih kih.
so, apa yang aku nak review ni diharap diterima semua pihak. Jika tidak terima, janganlah kecam sis teruk-teruk, tapi tegurlah sis yang sentiasa ada kekhilafan ini. Okay, back to the topic apa yang menarik tentang filem ni? mai-mai cek ulaskan serba ringkas, tepat dan padan. haaaa, gituu.
1. hutan yang cantik
yes, aku akui, filem ni memang menunjukkan hutan di Malaysia yang sangat cantik. Tak silap aku filem ini dilakukan di hutan Sabah. Serius, aku tak tipu, lokasi dia cantik gila weyhhh walaupun hutan belantara. first impression aku tengok permulaan cerita, aku dah macam wow! cantiknya. Nampak kehijauan alam, dan ketenangannya di situ.
2. Pelakon
jujur aku cakap, pelakon memang tak salah pilih. Zul arifin walaupun dari permulaan cerita higgalah akhir cerita, tak bukak topeng, dialog pun sikit, but overall of his acting sangat superb. Ade kekecewaan sikit, sebab dia tak tunjuk muka dia, huaaaaa. Tapi bak kata kawan aku, tak tunjuk muka pun, still rasa hensem. hmmm. pelik betul. Ni namanya aura dan karisma pelakon yang diinginkan. kah kah kah. Nabila Huda patut diberi pujian begitulah Farid Kamil, memang tak salah pilih pelakonlah.
3. CGI? Slow Motion effect?
okay, bab ni aku failed. Ada persamaan ke CGI dan slow motion effect ni, hmmm..tak kisahlah. Aku nak komen part ni sikit. Slow motion dia agak banyak, dan buat aku sedikit stress. tapi overall, cara perlawanan tu superb walaupun bab tembak-menembak tu macam kartun sikit.
4. Patut bangga?
filem sebegini patut dibanggakan okayy, sebab, lain dari yang lain. hahaha. Ni bukan kisah cinta yang CEO dengan Perempuan cantik, ayu dan miskin. Nope. ni lain dari yang lain. Dia lebih pada perasaan cinta kita terhadap alam. huuuu, sayang woo kalau hutan cantik gitu kena tarah.
Btw, filem ni adaptasi novel. So, kalau korang tak tengok lagi, ada elemen suprise. Kalau dah baca novel, kekuatan filem ni bersandarkan betapa terkesannya filem ini diaptasikan dari novel.
aku bagi 8/10. first sebab Zul ariffin tak tunjuk muka dia yang tersorok dibalik topeng. yang kedua, effect slow motion tu agak stresskan aku sikit. so tolak 2 markah. hahahaha.