Wednesday, 18 October 2017

Review filem : Kick



Image result for kick movie

Assalamualaikum semua, korang tengah buat apa tu? hahaha, aku cadang hari ni nak review sikit filem hindustan yang aku tengok petang tadi. Sambil aku tengah layan chennai express lakonan shah rukh khan ni, tiba-tiba aku gigih nak menaip berkaitan filem kick ni. Siapa yang dah tengok filem kick tu, kalau korang nak baca, bacalah. kalau tak pernah tengok, korang dialu-alukan untuk baca. No worries, aku takkan bongkarkan apa endingnya. okay? 

okay, before that...mesti korang terfikir kenapa filem ni tajuk dia 'kick'? ke korang tak fikir pun, just sebab salman khan berlakon, korang tengok je? ( macam aku je ni). Takpelah, apa-apa pun..aku nak bagitau jugak sebab apa tajuk dia 'kick'. First of all, kick yang dimaksudkan bukanlah bermaksud hero tu kaki penyepak ya anak-anak. its actually, the feelings. haaaa, tak faham? dia macam ni lah. korang main bola, pastu masuk gol, tetapi insan-insan yang suka ada perasaan 'kick' ni, dia suka extra effort sikit untuk adegan bola masuk gol tu. contohnya, sepak bola, sebelum masuk gol dia akan buat bola tu penuh aksi melantun yang out of the box. gitulaaa..tak faham gak? jap. aku review filem ni, aku rase korang akan faham.

okay, kisahnya berkenaan seorang hero namanya Devi ( lakonan salman khan). Mamat ni dia memang bijak, but at the same time dia akan buat something yang puaskan hati dia. contohnya, ada satu adegan tu, seorang gadis kena kacau dengan lelaki nakal tapi apa yang menyedihkan semua orang dalam kafe tu, buat tak endah, dalam erti kata lain taknak pun tolong perempuan tu daripada dikacau. So, devi ni nampak situasi tu, jadi nak dapat feeling kick tu, dia pergi tampar semua orang yang tak endahkan gadis tu. hahahaha. ( but, no worries, dia pukul jugak lelaki yang kacau perempuan tu) ni secara ringkas perasaan kick tu. 

aku tak berapa pakar nak komen cgi dan apa segala teknologi yang dilakukan dalam filem tu. aku just bagi review pengajaran yang terdapat dalam filem. so aku ringkaskan je lah apa pengajaran yang kita akan dapat.

'kick' yang sebenar
dalam filem ni, pada mulanya kau akan nampak yang devi ni seorang yang memang takde matlamat, hidup dia penuh dengan keseronokan. sebab tu dia ada perasaan 'kick' ni. bab-bab kerja jangan cerita, selalu tukar, sebab dia takde rase 'kick' tu. kick ni simplenya kepuasanlah. gituu. so, memang ramai tak boleh terima cara hidup dia termasuklah kekasih dia sendiri. so, end up mereka putus di tengah jalan tapi berjumpa semula but in the different situation.
and kalau chuolls nak tahulah, lepas dia putus dengan makwe dia, dia jadi Devil. Gelaran yang dia sendiri bagi. Dia jadi perompak yang paling dikehendaki dan susah nak ditangkap. yesss, ada sebab dia jadi perompak. kena tengoklah ya sebab apa dia jadi perompak. hahaha. And pada permulaan cerita, kau akan perasan sorang kana-kanak perempuan yang selalu mintak duit dekat devi. so, faktor utama dia jadi perompak terhebat adalah kerana kanak-kanak tersebut. Dan, dari situ lah dia tahu apa kepuasan yang dia mahukan.

dalam filem ni, memang banyakla adegan tak logik but apa yang aku belajarlah, actually dalam life kita ni, kita ada satu feeling di mana, ianya kepuasan untuk kita. Dan kepuasan tu, bukan semata-mata duit yang banyak. but in different way. Walaupun cara dia dapat kepuasan tu salah sebab merompak, but if you look in different way, sangat terharu. 

tu je lah kot, aku nak review..hmm,mcm tak review pun. hahahaha. aku rating filem ni 8.5/10. macam banyak sangat je, sebab aku tgok review filem ni paling tggi pun 5.5 x silap. ah, lantakla..aku ikut aku lah. hahaha. 

btw, ending filem ni agak tergantung. But, no worries, filem ni khabarnya ada sekuel.huhuhu. 

No comments:

Post a Comment