Saturday, 7 October 2017

review buku : kisah 25 filsuf barat









Assalamualaikum semua, sahabat aku yang dikasihi, dirindui dan disayangi sekalian. okay gais..tengah memalam buta gini, aku tiba-tiba ada satu kegigihan untuk review satu buku yang aku baru je khatam beberapa hari lepas walhal aku beli buku tu tahun lepas. kenapa baru habis tahun ni? sebab internet lembss dan tak tahu nak buat apa, so aku pun mengigihkan diri baca buku tu sampai habis. sebelum mengomel panjang, buku ni di tulis oleh mat luthfi. siapakah gerangan lelaki ini? sila google, malaiaih nak cerita  berkaitan beliau. muahahaha. so, back to the topic, ada beberapa perkara yang aku nak utarakan berkaitan buku ini. antaranya ialah : ( eceh macam karangan pulak) 

1. Gaya Penulisan

 memandangkan aku ni meminati karya mat lutfi yang sempoi especially bila dia buat video, first expectation aku kat buku ni adalah penulisannya yang sempoi. hahaha, tapi sebenarnya penulisan dia kali ini lebih tersusun dan berilmiah. Dan paling mengejutkan aku, saiz tulisan dalam buku ini agak kecil, so memang banyaklah kau nak kena baca kannn. so, kalau korang memang tak suka membaca, aku tak berapa nak suggestkan buku ini. kih kih kih. walaupun penulisan dia sikit berilmiah, but penyampaian dia simple je. and sometimes ada lawaknya so that kau takdelah tak faham langsung apa yang kau baca. And penghujung setiap bab, kau tahu apa yang si penulis nak sampaikan berkaitan falsafah yang dibawa oleh ahli filsuf ni. 

2. Benda baru?

yes. banyak perkara baru yang kau belajar berkaitan falsafah barat. kalau sebelum ni kau bangga sebab kau tahu aristotle dan pluto, better kau rendahkan diri dan hati itu sekarang. Sebabnya, ramai ahli filsuf barat yang membawa pelbagai falsafah yang aku rasa okay dan ada juga falsafah kurenggs. please guys, jangan komen , kitab agama banyak tak tahu, dah minat nak k baca hal-hal falsafah barat. its something that you should know, tak semua falsafah mereka sesat. dan benda baru nya pun bukan mengajak hangpa semua ke arah liberalisme, sekularism dan macam-macam ism lagi. it is just sharing some knowleedge.  okay?

3. Akidah tersasar?

no wayyy. tak mungkin. dan mintak dijauhkan. Buku ni bagi aku sangat bagus, jangan risau..penulis tak mengagungkan falsafah barat ni pun, cuma jika ianya berkait dengan islam, penulis kaitkan dengan beberapa potong ayat al-quran/ hadith untuk so that adalah falsafah yang okay, yang tidak okay tu, penulis menulis  dengan nada sindiran tapi lawak. 


so sampai sini je lah aku mengomel tak berapa panjang, sebab fikiran aku tengah fikir tajuk kertas ilmiah yang tergantung. huhuhu. takpe tin positive ajaaa ( padahal dah terbawa-bawa mimpi pasal kertas ilmiah ni) aiyaaaaa. 

daaaaa. Assalamualaikum w.b.t. Istiqomah on your hijrah. muah cikedd.




No comments:

Post a Comment