Assalamualaikum semua. Apa khabar hari ni? hehehe. Alhamdulillah aku dah masuk semester 2 tahun 2. Assignment aku pun dah mula bertimbun-timbun. Stress? tipulah kalau aku tak stress. Tapi kalau kita enjoy dengan stress tu, InshaAllah nak buat kerja pun seronok je sebenarnya. And one more thing, stress2 belajar ni la yang korang akan rindu nanti lepas habis belajar. hahahaha. yeke? Alhamdulillah result exam aku pun semakin meningkat. Agak mendadak bagi aku. Sebab expectation aku tak setinggi itu, dan aku belajar pun, aku takde lah eager sangat nak deanlist tu. Tapi one day tu, aku rasa macam teringin je. hahaha. Mungkin sebab aku dengar bestfriend aku dapat dekan,. So aku jad semangat nak belajar bersungguh-sungguh. Seriously talk. Dekan tu bukan target, tapi ianya satu achievement setelah penat lelah kau sepanjang belajar the whole semester.
Aku bukak result. aku terkedu. Ayah aku orang pertama tahu result aku. Ya, aku tahu. Result tu bukan segala-galanya. Dekan tu bukan segala matlamat utama. Tapi satu yang aku pegang, kalau dengan dekan ni boleh buat mak ayah aku happy, aku buat! Perasaan gembira tu lebih pada mak ayah aku. Aku tak mintak pun lebih, as long dapat happykan mak ayah aku. Diorang tak pernah pun suruh aku dapat dekan, belajar gila-gila. Lagi suruh aku rehat adelah, tapi aku dapat rasekan, jauh di sudut hati tu mereka nak lebih dari tu. Mereka nak jugak achievement dari anak mereka.
gembira dari mak ayah aku bila tahu aku dekan, lain sangat. Tapi satu yang aku sangat-sangat kagum dengan mereka. Mereka tak pernah paksa aku belajar ikut apa yang mereka suka. Mereka beri kebebasan pada aku. Jadi dengan kebebasan ni, aku cuba buat yang terbaik untuk bidang yang aku ambik.
jadi konklusinya, seronok ke dekan? bergantung pada Individu itu sendiri. Matlamat utama kita belajar adalah kerana Allah. Kalau dapat dekan, ianya rezeki yang Allah kurniakan atas usaha yang kita lakukan dan doa yang tidak putus.
btw dengar cerita result spm nak keluar next week? huhuhu. All the best yaa!
No comments:
Post a Comment