Assalamualaikum. Hmmm. Pejam celik. Pejam celik. Kejap sahaja masa berlalu. Kadang-kadang aku rasa macam baru semalam je aku habis orientasi kat UKM ni. hahaha. Kalau imbas kembali, rasa malu pun ada. Siap call mak, taknak sambung belajar dah. Stress. Belajar gla-gila pun, macam takde function. Memang the whole first semester tu aku payah nak adapt kat universiti. Stay up kau jangan cerita. kaw-kaw aku stay up. hahaha. Tapi tu beberapa tahun lepas, Alhamdulillah aku berjaya melepasinya. Turun naik, menangis, sedih, frust semua ada sepanjang setahun setengah di UKM ni. nak masuk dua tahun dah. Sem depan aku dah final year. InshaAllah. Doakan k. Dan pejam celik juga lebih kurang sebulan ain tinggalkan aku. Menghadap Ilahi. Ain ni sahabat aku. jujur aku cakap. Dia terlalu baik sampai kau sendiri tak sanggup nak cerita belakang pasal dia. Dia tak pernah langsung merungut. Kalau datag g rumah aku, konfirm dia makan nasi lauk ikan sambal masakan mak aku. sedap katanya. kenyang macam mane pun, dia tetap akan makan. gelak tawa dia akan aku ingat. Dia suka panggil aku ustazah. hahaha. mula-mula tu macam tak selesa, tapi lama-lama aku rase dia tu kewajipan dia panggil aku ustazah. hahaha. She is the only daughter in her family. Kehilangan dia amat besar bagi kami. especially adik aku. memang sedih. Tapi redha. Sebab Allah lebih sayangkan dia.
waktu tu aku tidur dalam kereta. lena jugaklah. lepastu aku tersedar dan mak aku pun tersedar dari tidur. Mak aku, bangun je dari tidur pi tanya mak andak aku kat mana hospital tg karang. macam petanda je. mak andak aku cakap, dah lepas. Selang beberapa minit, adik aku dapat call dari haziq, adik ain. Adik aku muka agak terkejut. Aku pandang adik aku, aku expect mesti ade berlaku something kat ain. Aku dah detik dah, ain ni mesti kemalangan, masuk hospital. time tu aku akan bebel kat dia. knapa bawak laju. kenapa tak hati-hati. mcam-macamlah aku akan ceramah kat dia nanti dengan muka dia tersenyum bila dengar ceramah aku. itu yang aku expect.
adik aku tutup call. Dia cakap ain meninggal. Aku tak menangis, aku terkejut. tak terkata. Pak andak aku patah balik p hospital tg karang. Aku tgok van jenazah. Mak aku hampir terduduk menangis. Aku terkedu. Air mata tidak mampu kutahan. Sahabat aku. pergi buat selama-lamanya. Aku macam tak percaya. Mimpi ke? aku harap ia mimpi. Tolonglah. Aku hampir teresak. Melihat keluarganya. Hampir pitam menahan tangis. Allah. Kuatkan hati mereka. Ain Kemalangan. Meninggal di tempat kejadian.
Satu pengajaran buatku. Allah sedarkan aku. Ajal itu tidak kenal usia. Satu perkara yang kita sedar tetapi kita tidak sedar.
Moga sahabatku, ain ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh. Syurga tempatmu ain. Amin.
No comments:
Post a Comment