Friday, 10 March 2017

review filem : Baabul




Image result for baabul



Hai! Assalamualaikum awak-awak semua. Pagi-pagi minggu ni kalau student life, dua je benda diaorang buat. Tido. dan Tido. hahaha. Takdelah. Sebenarnya sambil-sambil aku melaksanakan tugasan yang bertimbun tu, aku layan filem bollywood. Memandangkan filem bollywood ni panjang ya amat, so aku tengok part-part penting dalam cerita dia je. Okay. Tadi aku baru je tengok part-part sedih dalam filem baabul. Opss, cerita apakah ini? yeahh. Cerita ni bagi aku sangat-sangat mencabar emosi. Aku memang sedih weyy kalau tengok cerita ni. Tipula kalau aku tak menangis, dapat pulak amitabh bachan yang berlakon, perhh. Sedih siot. Okay. nak aku kasi sinopsis ke macam mana? aku ringkaskan je lah eh cerita ni. Nanti korang tengok-tengoklah. hehehe.

Cerita dia mulanya gini. Millie ni kire bahagialah dengan si Avi ni. Orang kata pasangan bahagia gitu. Hidup diorang  ni memang bahagia, ditambah pulak dengan kehadiran seorang anak. Plus-plus bahagia bila millie ni dapat mertua yang sangat-sangat baik bagi aku. Biasalah kalau filem, mesti ada konflik. Tak gitu? Konflik dia terjadi bila si suami (avi) meninggal akibat kemalangan. Sakitnya tak terbayang. Millie mula kesedihan dan dalam kemurungan. Hidup dia bagai musnah kerana kebahagiaan yang dikecapi bersama Avi hilang macam tu je. ni Kes tak redho lah ni. Tapi apa yang menarik dalam cerita ni, pak mertua millie ni. ( lakonan Amitabh Bachan), Balraj  ( Amitab Bachan) ni memang sayang gila kat millie ni, same goes to his wife, tapi sayang dia ni lain macam beb Balraj ni nak bagi Millie ni 'kehidupan' yang baru, dia sedih tengok menantu yang disayanginya ni hidup macam mayat bernyawa. So, Balraj ni pun nak kawinkan Millie dengan bestfirend si Millie ni. Millie taknak mula-mula. Tapi atas pujukan, Millie terima, tapi isteri Balraj ni tak. Atas alasan Nak jauhkan Milie dengan dioranglah. gitu.

konflik berlaku lagi, bila si abang balraj  ni, datang pastu marah si Balraj ni, sebab melanggar tradisi. Kalau korang nak tahu, dalam tradisi India, Balu tak boleh kawen sepanjang hayat, dan kire macam bawak malang. Abang Balraj ni cakaplah macam-macam kat Balraj. Dia katalah sebab kau bagi adik ipar kau ni datang majlis perkahwinan avi dan millie dulu, Avie mati. Dia nak cakap ni semua punca balu ( adik ipar balraj ni) .  ni pulak kes tak terima takdir. Tapi Balraj ni degil, dia teruskan, bagi dia anak tu lebih utama dari adat! Adat yang merapu-rapu hingga musnah kebahagiaan orang. what? so Dia teruskan jugak. part ni aku dah meleleh2 air mata. hahahaa. feeling weyy. Dia sayang Millie ni lebih macam anak dari menantu. lastly abang Balraj ni pun terima, dan sedar akan kesilapan dia. Isteri si Balraj ni pun akui kesilapan dia.

Ending cerita ni bagi aku sedih dalam kegembiraanlah. ke gembira dalam kesedihan, hahahaa. tak kisahlah. aku rate cerita ni 4.5/5. Sebab Salman Khan mati ( salman khanlah yang bawak watak Avi).


No comments:

Post a Comment