Wednesday, 23 November 2016

Jiwa sastera




Assalamualaikum gaisss! siapa yang belum tidur tu, mai-mai baca blog aku yang tak segah blog fatin liyana ni. hahaha. Hmmm, malam ni aku nak share sikit pasal golongan-golongan yang berjiwa sastera ni. Siapa yang kat sini dia suka karya-karya sastera, boleh katakan dia ni pesen suka baca ayat-ayat bombastik sikit. Kalau lagu pun yang memang tangkap jiwang tapi bukan jiwang rock..kau kekasih awal dan akhir tu. hahaha. Ni yang jiwa-jiwa klasik sikit. hahaha. macam cerita pasal aku pulak en. Siapa yang dia generasi Y, tapi dia penggemar lagu melayu klasik ? meh geng ngan aku meh. Kalau uolls pelayan lagu awie dan amie search, aku adalah pelayan lagu ujie rashid dan pramlee. Rare tak? ke tak rare? sebenarnya, aku takdelah overdose sangat jiwang klasik ni, dia bila datang mood klasik sastera2 bagai..perghh, rasa lain beb! sampaikan kawan aku pernah mintak tolong aku suruh kasi ayat jiwang-jiwang sikit. hamboiii dia. Nasib baik aku tak amek marketing sebagai major course aku, kalau tak, habis aku market produk aku guna ayat klasik je. tidurrrrrr. 

Aku pun layan gak ada satu karya hamka ni, tenggelamnya kapal van derwijck. eh betul ke ejaan tu? hahaha. Cerita ni seriously, menggunakan kata-kata yang puitis sampai kau rasa macam whattttt. Nama character tu sangat klasik. Zainuddin dan Hayati. Jarangkan guna nama tu. hehehe. member aku rekemen cerita ni, dia cakap tangkap lelehlah. Dengan bahasa2 yang puitis. mak aiii. Aku pun layanlah cerita ni akibat pengaruh kawan aku. hahaha. Nak tengok tahap mana puitis cerita ni. Aku layan cerita ni waktu tengah final. Time tu aku teman rommate aku stay up utk study. aku stay up tengok movie. huhuhu. Mula-mula jalan cerita sangat sweet. ke sebenarnya aku terfokus zainuddin yang ganteng itu ( adoi patennn) perjalanan cerita ni sangat menarik dengan susunan bahasanya. Maaflah aku terhayati lebih cerita ni. But quite sad jugak ending cerita ni. huhuhu. nanti aku review filem ini jika ada kesempatan. Tapi bagi mereka yang jiwa-jiwa klasik sastera puitis, bolehla layan cerita ni. Aku jenis flexible. Asal best je pada pandangan, aku tengok je. hahaha. tak kisahlah fight ke, bollywood ke, omputeh ke, ketika cinta bertasbih ke ( huuu..cerita ni pasal kisah cinta pelajar al-azhar) filem ni pun best jugak. huhuhu. 

hmmm..maaflah merapu sikit tengah malam cenggini. Tajuk dngn post aku mcm takde kaitan je kan. hahaha. 

okay. bye2. Asssalamualaikum.


Monday, 21 November 2016

review : train to busan


Assalamualaikum. hai awak-awak semua. fuh, pejam celik pejam celik dah bulan nak hujung bulan 11 dah. Cepat betul masa berlalu kan. Tup-tup je dah 2017. okay, malam ni aku nak cerita sikit pasal movie ni. hahaha. seriously, aku kalau bab2 movie korea agak kureng sikit sebab expectation aku terhadap movie diorang ni rendah kirenya aku anggap macam movie biasa-biasa je. Tiada apa untuk dibanggakan. Sometimes cerita sweet pun bosan. Thriller adalah aku layan, tapi cerita ganas2 fight ni aku suka tengok filem Cina. Especilly Donnie Yen! perghh. Dia punya fighting skill buat aku termangu sebentar. Tua-tua pun aku still nampak kemachoan dia. hahaha. Okay. Back to topic. Aku layan filem train to busan ni semalam. Kat umah abang aku. Aku tengok cerita ni sebab ramai kata movie  ni best. Cerita ni macam realiti sikitlah berbanding zombie mat saleh sebab kau takkan nampak hero secara tiba-tiba ada figthting skill dan mempunyai senjata api yang kebaboom! Cerita ini aku taknaklah share sinopsis sebab ramai rasenye dah tau cerita ni. Tinggal tengok dan tak tengok je. hmm..ada beberapa aspek penting dalam mengggerak cerita ni jadi best!

1. Family.
Dalam cerita ni, kau akan lihat how sweet suami protect isteri yang pregnant. Seriously, muka gangster, hati bunga beb, Memang dia protect gila isteri dia, sampai dia mati kot. part ni sedih. Dia ni pun banyak jugak tolong hero. Part anak si hero ni hampir nak kena gigit ngan zombie, dia cepat-cepat halang. Haaa, time ni barulah hero ni sedar bahawa jangan nak selfish sangat. part hero ni pulak, dia ni masa mula-mula cerita agak selfish, tapi bila dah pertengahan baru dia sedar yang sebenarnya life ni tak boleh nak selfish, tambah2 lagi kau dalam kesusahan. Part hero ngan anak dia, lagi lah wehhh. Sepanjang surviving dalam train nak ke busan dipenuhi zombie yang errrhhh, hero ni buat apa sahaja untuk anak dia selamat. and hero ni pun tolong perempuan yang pregnant ni setelah suami dia mati. Aku rasa masa diorang bertiga je tinggal, aku ingatkan one happy family. Sekali hero pun mati. aiyaaa. I cannot accept this. huuuu, mungkin sebab aku dah terbiasa dengan filem hindustan yang heronya jarang mati. Bila kena tetak 100 kali pun, coool je lawan balik ngan musuh yang beribu-riban. hahahaha. 

2. Si antagonis
Punca utama yang mengggerak cerita ni dan wujudnya unsur ' wehhhh, bukaklah pintu tuuu!' adalah si antagonis ni. Ramai member aku cakap dia ni jahat gila. Masa permulaan cerita aku tak nampak sangat jahat dia, sekali dah pertengahan, perghhh..kuang hasaaam. selfish ya amat! Seriously, part dia memang sakit hati. Ramai gak yang mati sebab dia. Dia sorang je nak hidup. CEO yang agak kejam. Suka desak-desak orang. Langsung tak pikir orang lain. memang sakit hati jugak aku tengok orang tua tu. Dia sanggup buat apa sahaja demi kepentingan diri. Tapi at last mati jugak ( padan muka. hahaa) sebab kena gigit ngan zombie. Dia jugak punca hero ni mati. Sebab dia pi gigit tangan hero tu. ciskek. Aku memang fefeling tengok movie ni, so aku jadi geram tengok antagonis tu walaupun hanya lakonan. hahaha.

3. Realistik.
haaa..apa yang realistiknya? haahaha. Zombie? hahaha. taklah. Cerita ni nampak realisitik sebab perjalanan cerita ni tak nampak sangat kartunnya. contohnya, takde pulak si hero ni naik atas train ke, lawan ngan zombie bagai ( kalau ada, nampak menipu sangat, sebab bukan keretapi tanah melayu. Bullet train kauuu) senapang, maching gun,meriam, bom takde kat mana-mana penumpang, so kirenye pepandailah korang survive. haaaa. nampak tak? suspen dia lagi dasyatlah sebab takde senjata. Hanya kayu besbol dan peralatan apa ntah. Protect diri pun guna salotape wehh. Cume part perempuan mengandung berlari tu aku musykil sikit. Sebab dasyat sngt dia lari, sesilap tu boleh gugur. 

aku bagi 8.5/10.Sebab watak yang tak sepatutnya mati, telah mati sia-sia. tu pasai aku tak bagi full 10/10. hahaha. Kalau nak tonton kat wayang, lagi feel. Zombie dia pun not bad hodoh dia. Dengan terpeleotnya. hahaha. Okay, sampai sini sajaa reviewya, ai nak sambung wat assignment yang tertunggak, daaaa. 

Wednesday, 9 November 2016

Impian?

Assalamualaikum. apa khabar awak-awak semua. hmmm..sementara menunggu maghrib ni nak story sikit pasal impian ni. Memandangkan konvo pun baru je habis semalam, jadi aku nak share sikit pasal graduate student ni. aku undergraduate. hahaha. Tapi berlagak macam dah ada PhD. Aku suka tengok orang yang habis grad ni. senyum je. muka happy je. at the same time, mak ayah pun happy. Kau bayangkan kau jalan atas pentas dapat segulung ijazah. hmm.. i wonderlah. macam mana aku nanti. huhuhu. Yang dapat anugerah dekan lagi, anugerah naib cancelor, anugerah di raja. pergh..tu lagi ahh. tersenyum lebar tanda kesyukuran atas nikmat yang Allah bagi pada mereka. Aku? hmmm. takde apa yang nak dibanggakan. hahaha. Tapi aku ada satu impian. Nak sambung sampai PhD, if ada umur dan dimurahkan rezeki. tinggi tak impian tu? hahaha. Biasalah, berangan aku kuat. Dulu masa sekolah, nak masuk universiti. Alhamdulillah dapat. Tapi aku ingat lagi time sekolah menengah dulu. Ada satu buku yang kita kena tulis 3 cita-cita utama. hmmm, satu yang aku tulis pun tak lekat. hahahaha. Yang tak boleh tahan tu, aku nak jadi pramugari! sebab aku rasa time tu pramugari ni cantik dan boleh fly sana sini. Tapi apakan daya, syarat untuk jadi pramugari memang tak leh go ngan jiwa aku. Tinggi lepas dah, perwatakan pulak. Failed. aku tak reti mekap2 ni, bergaya apatah lagi. Aku pakai apa yang aku selesa. as long as menutup aurat. Tu belum lagi cita-cita lain, nak jadi dr. cita-cita aku nak jadi dr ni dah tanam sejak zaman sekolah. ( walaupun aku tau aku worst gila matematik dan sains) tapi waktu tu aku rasa kerjaya dr ni hebat. pakai kot putih, jalan tengok patient. memang rasa best je. Biasalah budak2. huhuhu. Tapi apakan daya, aku takde kekuatan nak belajar fizik, biologi dan kimia masa tingkatan 4. Haaaa..awal2 aku give up. engko rase? Jadi aku pun tulis surat kat cikgu, aku nak amek aliran sastera ( subjek akaun, add math dan eko) tu pun aku takleh go jugak. hahaha. dan start tingkatan 4 aku berjinak-jinak nak jadi cikgu. Seriously, aku memang nak jadi pendidik. Time tu orang cakap jadi cikgu tak best ke, cepat stress ke..aku tak heran dah. hahaha. aku nak jugak jadi. Tapi rezeki aku tidak ke arah cikgu, tapi ke arah bidang pentadbiran perniagaan. 

Masa dapat offer kos ni, meloncat gembira aku. mana taknya, kos ni antara kos yang aku minat, dan the reality is kos ni tak semudah yang orang fikirkan. Kesian kat pelajar bisnes ni, selalu kena kecam. hahahaha. rasa down jugak. Tapi mak aku slalu bagi smangat. Belajar je. rezeki kerja tu ada. Mana tak down, asal aku bagi tau kos ni je, ramai pertikaikan..nape tak amek akaun? nape bisnes? bisnes ramai lah. susah nk dapat kerja nanti. sampai satu tahap aku rasa nak membohong je. ikut hati ni nak je cakap ijazah sarjana muda kejuruteraaan petroleum..hahaha. tapi tak baik menipu nokss. jujur aja. kalau ada yang bagi down tu. senyum je. tak perlulah nak bidas balik. senyum je. tak perlu kata apa2. 

sebab tu i rasa nak sambung PhD. Biar nganga sikit. hahaha. taklah. tak baik niat macam tu. Cita-cita nak jadi pendidik tu masih dalam, jadi kalau tak dapat cikgu, why not pensyarah? pendidik jugak kan? hehehe. oh maaaiii, kuat ke tak aku ni nak belajar tinggi-tinggi ni. Aku ingat lagi, makcik aku cakap..belajarlah tinggi2 awong sampai Phd, takyah kawen. hahaha. time ni tersentak gak. Bagi aku kawen tak kawen its not a big problem to me, but big prolem pada family aku. Chill. baru 21 kot. hahahaha. no no no. Jodoh Ajal ni kan kuasa Allah. Jadi tak perlu resah gelisah ( walaupun sebenarnya aku gelisah jugak) tapi fikirlah baik2. Sesungguhnya Perancangan Dia lebih Hebat. kita sebagai hamba ni apalah sangat. Kan? hehehe.

okay awak. Maghrib dulu.

dari si berangan nak Phd :D

Sunday, 23 October 2016

Ajaran Sesat : Qadiani

Image result for ajaran sesat qadiani
Assalamualaikum. hai awak-awak semua. apa khabar? memandangkan tengah cuti midsem ni ramai jugak member aku tak onn wassap. jadi dah ramai tak onn wassap, aku pun mungkin akan banyak menulis sepanjang cuti ni. hiks. semalam aku ada tulis pasal naruto ( ni post dia : naruto ). jadi hari ni aku nak share sikit tentang final projek bagi subjek pengantar dakwah dan ideologi moden. haaaa, bagi sesiapa yang mengenali aku, aku belajar kat ukm ambik course bisnes. Tapi macam mana boleh belajar dakwah pulak ni? kih kih kih. yeahhh, ni yang nak promote UKM ni. Sebenarnya UKM telah menawarkan subjek di luar bidang fakulti, iaitu subjek citra. so awak semua bebas memilih subjek apa yang awak nak. hokaayy. jadi aku pilih tajuk qadiani sebab aku cari dekat ptsl punya gigih pasal ajaran sesat, tapi asyik dok jumpa qadiani ni ajerrr. haishh. sabar je lah nakss. so aku pun google2 lah sikit pasal qadiani ni. Famous sangat ke? ( aku pasai ajaran sesat luar negara tak kenal sangat) aku tahu ayah pin, tuhan harun. Tu pun tak ambik port sangat. Sebab dikhuatiri terjebak. Tapi actually ajaran sesat ni kena ambil tahu jugak, sebab kita boleh bezakan mana yang betul, mana yang salah. haaaa, gitu.

jadi aku and the geng pun google2 lah pasal qadiani ni. terkejut aku yang qadiani ni pengaruh dia punyalah luas. kadang tu terdetik gak pasai pengikut dia ni. ' dah terang-terang sesat, awatlaa hampa semua ni percaya?' hmmm..so dari sini kita tak boleh nak senang2 mempertikaikan iman kita semua sama. Sometimes ada faktor yang menyebabkan mereka terpengaruh. Aku takleh conclude overall pasal qadiani ni sebab aku baru baca sikit2 je pasal article dia. jadi apa yang aku nak sampaikan ni, hampa semua kalau bab2 aqidah ni janganlah dok ambik mudah. pengasas ajaran qadiani ni bukan calang-calang, pandai bab ilmu agama, tapi sebab rasa baguih sangat, tu yang jadi lain macam ajaran dia. ( mula dia sebab riak je, thats why riak tu dosa). Dan satu lagi nak tuntut ilmu jangan sorang je guru. kena ramai jugak. sebab masing-masing ada kepakaran masing-masing .

Jadi sampai sini naa kita menulis, nanti ada masa kita tulis lagi. maaf naa kalau blog kita naik kat emel korang semua. hahaha.  


Dari penulis kurang ilmu agama.






Naruto dan aku. eceh!

Image result for naruto sasuke and sakura kids

Holaaa..selamat malam! okayyy. naruto sudah pun sudah berakhir sebenarnya, tapi aku saja nak main throwback2 tentang anime ni. kah kah kah! sebenarnya takdelah throwback mana pun, just nak share kenangan aku masa kecik2 dulu layan cerita naruto ni. hahahaa, selain anime, aku dulu pun adalah pelayan filem hindustan, china, dan korea. Tapi tu dulu lah, sekarang dah kurang dah. hmmm, tentang anime naruto ni, guess what? i cannot move on hokayyy. sebab? yelahh. dah lama kot citer ni, sampai aku fikirlah jugak, bila nak habis? lama lagi ke? takde final ke? erghhh, penat weh penat menunggu ni. sebenarnya aku mula-mula berjinak tengok anime naruto ni masa darjah 4. Aku tertengok sebenarnya, sebab aku tak minat sangat anime genre macam ni. Biasalah, kitakan gegirl. hahahaha. ni semua acahh setelah aku terjebak!

so, aku pun dah tertengok. maka terlayanlah. Sebenarnya aku telah tertarik dengan watak sasuke uchiha, hmmm faktor utama sebab kacak. hahaha. tapi perangai dia yang tak semenggah buat aku rasa sedikit annoyed tapi tak benci pun, hahaha sebab tak boleh benci. hensem sangat ( maaf gedik sikit part ni). kau bayangkan setiap minggu aku layan cerita naruto ni kat tv3. boleh siap hafal lagu opening ngan ending lagi. sampai abang aku pun terlayan jugak. hahaha. lama jugak aku layan cerita naruto ni. masa kecik-kecik dulu aku tengok sebab kelakar dan tak paham pebenda dia nak sampaikan. tapi lama-lama jalan cerita pun semakin berkembang, so aku nampak perjalanan cerita tak 100% asyik lawan-lawan dan kuasa. banyak moral cerita ni. sampai aku nangis2 lah. hahaha. nampak tak feeling disitu.

part naruto ngan cikgu dia, sasuke ngan abang dia ( oh myy..i cannot kalau sasuke, terjoin nangis sekali) hahaha. u know what? aku tengok watak naruto yang yatim ni dan tak pandai boleh jadi hokage at last? haaaa..nampak tak usaha dia. ( jangan percaya kuasa2 tu. nonsense k, ambik moral je) yang sasuke pulak, boleh dikategorikan genius tapi penuh dendam. at last? tak dapat hapaa. untung dapat bestfriend macam naruto tu, smpai hilang tangan nak selamatkan kau dari kegelapan. ( takpe  aku dah lama maafkan sasuke). overall storyline memang best walaupun banyak kuasa mengarut whatsover( jangan percaya kuasa2 ngarut tu ya adik-adik).

So conclusion? hmmm..takde ape pun, just nak bagitau naruto dah habis. tapi aku rasa macam nak marathon balik citer ni ( tak rela sebab panjang sangat). Rasa kejap je zaman kanak-kanak berlalu. dari naruto yang budak sampai dah beranak-pinak. Satu je naruto gagal. tak dapat cinta sakura. kah kah kah. sebab sakura pilih sasuke. Setia betul sakura ni. takpe naruto, ko dapat hinata yang terima kau sebelum kau hebat lagi. So cinta hinata pun terbalas. so bila aku tengok hinata ngan sakura ni memang menunggu cinta yang tak dijamin terbalas ( akhirnya berbalas k sebab setia..ececece)

okay gaiss! night2. mimpi-mimpi indah yaaaa.

#peminat anime naruto tapi suka watak sasuke.


Sunday, 16 October 2016

Review : Diagnosis 2


Assalamualaikum...mai mai mai sini. mai dekat-dekat. cik Nurul nak share sikit pasal buku di atas. 

Warna buku suram kan? macam tu lah intipati cerita ni. hahahaha. suram tak bermakna jalan cerita yang bosan. Ia boleh juga membawa maksud yang luas, dimana kita mengerti apa itu kehidupan yang lebih spesifiknya kerjaya dalam bidang doktor ini. mesti korang dah fikir, alaaa..doktor? mesti ada terms-terms sains yang tinggi. yep, memang ada. tapi boleh kira. Sebab cerita ni lebih menghayati bagaimana kau menghargai kehidupan kau. bagaimana cabarannya kerja di dunia realiti yang bukan seperti drama tv. bagaimana kau membaca kehidupan dari aspek seorang doktor. Bagaimana tanggapan orang, nope tanggapan aku sendiri yang kerjaya doktor ni takde life? right? yeahh..dari situ aku faham 'takde life' means. and the meaningful of life. seriously, walaupun aku tak abis baca lagi buku ni, tapi sebahagian penceritaan buku ni serba sedikit menyedarkan tentang 'kehidupan' dan 'kematian'.

aku tak baca lagi yang pertama. tapi aku expect buku pertama mesti best. sebab tu muncul yang kedua. kan? kan?


hukum-hakam dalam buku ni pun ada terselit tau. contohnya macam mana aurat dr  dengan pesakit yang berlainan jantina. Sesetengah mereka ( pesakit) bertegas tentang aurat. tetapi longgar pasal solat. part tu rasa deep jugaklah. yelah. Bila sakit je solat pun malas. padahal dah ada rukhsah. Tinggal ikut je. 

jadi aku highly recommend buku ni sebab haaaa..kena baca sendiri. huhuhu. aku cerita semua tak bestlah. nanti ramai tak beli. hahaha.

Salam Maghrib.

Monday, 3 October 2016

kawan. mana kau?

Assalamualaikum dan selamat petang. Pejam celik dah masuk tahun 2 dah kat UKM ni. huhuhu. Umur pun dah semakin meningkat.  Amalan cukup ke aku nii? *menangis dalam hati. okay. hari ni nak tulis apa erk? jap-jap..memandangkan tajuk blog pun kawan. of course lah pasal kawan. ye dok? kih kih kih. *esok kuiz ib tapi semangat pulak nak tulis pasal kawan ni. Siapa ada kawan kat sini? angkat kening sikit? hahaha. of courselah semua orang ada kawan. kalau yang tiada kawan tu carilah kawan ya. nikmati hidup ini dengan kawan. cuba pandai- pandailah pilih kawan k. hahaha. sebenarnya nak tulis tentang kawan aku yang sorang ni. Kami dah kenal lama dah. sejak kecik lagi aku memang kawan dia. maklumlah jiran sebelah rumah. huhuhu. last aku jumpa dia masa aku tingkatan 2. haaa..7 tahun dah aku tak jumpa. aku panggil dia mamat. mamat ni masa kecik-kecik boleh kategorikan nakal jugaklah. walaupun nakal dia tetap kawan aku dulu. mostly waktu terluang aku banyak main ngan dia. tapi tu ahh..dia ni memang nakal. hahaha, taktau nak describe apa dah pasal dia. kalau teringat moment dulu rasa nak tergelak pun ada.

kat belakang rumah aku ada bukit. selalunya dia akan bawak kotak lepastu ajak gelongsor sama-sama. 

part yang paling tak boleh lupa. dia ajak aku pi loji air. ( sebab dulu rumah kuarters bekalan air) . aku pun risau jugak. aku tanyalah dia makmah bagi ke ( makmah ialah mak dia). dia cakap bagi. so aku dengan bendulnya ikut dia pi loji air tu. kau bayangkan bila makmah dapat tahu? ( adik aku report sebab mamat tak bagi follow kiteorang). memang kena kejarlah oiii kami berdua. aku pun risau. bagitaulah mak mah yang mamat cakap makmah bagi pergi loji air tu. ape lagi..dia lah yang kena. but still. dia tak dendam. still kawan dengan aku lagi. hahaha.

dia pun selalu datang rumah aku. konon-kononya nak tuisyen. bawaklah buku dan alat tulis skali. nak study katanya. ( ni semua propa). sampai rumah aku. pi main game. hahaha. lama pulak tu. study adalah kejap. main game yang lamanya.

seriously dia one of abang aku. mak mah selalu ingatkan dia 'ika ni adik kau'. ya, aku faham. kami tidak sedarah. tapi kami sesusu. 

wehh..kau apa khabar? kalau betembung, kau ingat aku lagi tak? doa aku kat kau semoga kau berjaya dunia akhirat. 

your sister/childhoodfriend
ika.



Tuesday, 7 June 2016

Tips Belajar Di Tingkatan 6 ;)

assalamualaikum awak-awak semua. akak nak tanya sikit? siapa dapat masuk form 6? angkat kening sikit. Yeahh. bagus2. tahniah ya bagi yang dapat sambung form 6. seperti perjanjian ada adik ni pm kita. dia dalam dilema nak sambung ke tak. sebab mostly cakap form 6 susah. yeke susah? okaylah. jujur dari hati sanubari akak ni. form 6 susah, tersangatlah susah sekiranya awak tiada inisiatif langsung nak belajar. masuk kelas keluar kelas. zero yang hang dapat. jadi macam mana? macam mana? haaaaa..first of all. pastikan niat kita nak belajar tu. pastikan betulkan niat niat dalam hati nak belajar sungguh2. okay? lepastu dah masuk kelas tu..biasalah. time cikgu masuk, time tu la mengantuknya. time tu lah hilang moodnya. kan kan? seperti saya donggg. tapi ada beberapa tips untuk kita belajar semasa di Tingkatan 6. here the some tips :

1) fokus.
haaa..yang ni penting. awak semua kena fokus. sebetul-betulnya fokus. kalau awak tak fokus. jadi macam akak. kena repeat subject. hahaha. subjek apa? subjek pengajian am. pengajian am adalah subjek wajib yang diambil oleh pelajar Tingkatan 6. kiranya kalau ko gagal subjek ni, subjek lain tiada makna bagimu. huhuhu. oleh itu. fokus dalam kelas tu penting. buku yang ada tu pleaselah conteng. comot pun comotlah. notekan apa yang cikgu ajar dan cakap dalam kelas. sebab cikgu dia highlightkan point-point penting. jadi masa cikgu tengah mengajar tu, kalau ada point, notekan. ataupun highlightkan. jadi bila nak study balik, tak payahlah susah2 nak baca huraian tu balik. baca apa yang cikgu notekan tu je. dengan satu syarat kena faham apa yang di ajar. kena faham. bukan membuta tuli je salin. kesilapan kita selalunya adalah hafal. tapi tak faham. hmmm. macam mane? sebab tu kena faham dulu. lepastu baru hafal. kan kan kan? oleh itu apabila cikgu mengajar, awak kena fokus. bila mengantuk ke apa ke. pleaselah tahan. tahan untuk 2 jam je. sangatlah rugi kalau tertido dalam kelas. rugi tau awaks.

2) studysmart
okayy. study smart. macam mane? macam tadi. kite notekan apa yang cikgu ajar. lepastu study balik. akak ni malas dan memandangkan masa form6 tu balik lambat. jadi akak balik umah banyak tido. sebab penat. kadang-kadang kerja pun tertunggak. jangan ikut tips ni. kalau ikut. habis. jadi apa akak buat? selalunya akak suka buat note based on apa yg cikgu highlightkan mcm peta minda tu. haa..buatlah bentuk gaya macam mana pun. asalkan hang faham.dah ada peta minda. baca yang peta minda tu. baca banyak kali. cikgu akak bagi tips baca 7 kali. kirenya kalau baca. lepastu faham leastu buat peta minda lepastu baca midmap balik.n then buat latihan. haaaa..kan bnyak baca tu. ( ini untuk subjek yang memerlukan effort tuk membaca seperti bisnes dan seangkatan dengannya). memang malas. tapi sampai bila? so kena rajinkan diri jugak. paksa diri tu. mula2 terpaksa. lama2 okay je. hehehe. lepas tu. ada jugak beberapa subjek kena faham. kalau hafal boleh. tapi sekali dia twist soalan. haaaa. kan tersangkut. jadi subjek-subjek yang perlu faham ni kena rajinlah bertanya ya. dan kena perbanyakkan latihan. campak soalan macam mane pun. kita boleh buat. ecewahh. hahaha. latihan pun jangan lah asyik tengok buku jawapan. buatlah sendiri dulu yaa. 


3) berkongsi ilmu.
ini penting! kalau nak berjaya kena kongsi ilmu. takkan awak sorang je nak berjaya. jadi kalau kawan tanya soalan, janganlah buat-buat tak tahu, padahal tahu tu. berkongsi ilmu ni penting tau, sebab kita kongsi, kita dapat. dia pun dapat. jadi bila kawan tak tahu certain soalan, dan dia tanya kita. kita bagitahu cara-cara dan penerangan macam mana nak buat. tak rugi pun berkongsi ilmu ni.  nak jadi cikgu sekejap dalam kelas pun takpe. kalau2 cikgu tak masuk. at least kita share apa yang kita tahu. lagi satu janganlah segan bertanya. tanya kawan-kawan yang pro untuk subjek-subjek tertentu. malu bertanya sesat jaaln. selalunya diorang akan share. dont worry. kalau tak nak share. jangan kawan sama mereka. hahaha.


4) homework/pbs buat.
ni pun kena buat. penting! homework tu kena buat. so cikgu tahu kelemahan kita. takde homework, cari soalan2 past year ke apa ke. buat. lepas tu tanya cikgu. okay? rajin-rajinkan diri tu. masuk form 6 ni kena matured lah sikit. takkan nak suap je semua. kena ada effort sendiri jugak. kan? kan? hehehe. lagi satu pbs ataupun kerja kursus. haaa, ni punca student fenin2 lalat termasuk akak. hahaha. but dont worry. cikgu pantau. asalkan kena buat je. dan jangan tangguh2 sebab pbs ni banyak kerjanya. nak pikir tajuk pun ambik masa. belum lagi pikir soal selidik lagi. objektif kajian lagi. akak menangis buat benda ni tau. sebab  otak serabut nak pikir tajuk. dahla individu. huuuuuu. tapi Alhamdulillah. lepas juga. ada sesetengah subjek kerja kurus berkumpulan, ada subjek kerja kursus individu. okay?

dan dalam tips2 akak bagi ni satu je perkara penting yang kite perlu tahu. kena hormat cikgu. bosan mana pun kena hormat. tak suka ke apake. pendam je. jangan mengumpat. doa je baik-baik. sebab tu kalau nak berjaya, kena hormat si pemberi ilmu. macammane nak berkat kalau cikgu pun awak maki, awak herdik? betul tak? 

dan lagi satu kita kena cuba. kalau dengar kata orang memang takut nak cuba. tapi belum cuba belum tahu kan? jangan sedih-sedih. jangan kecewa. belajar mana-mana pun sama je. susah kalau kita tak belajar. Tingkatan 6 susah. tapi ramai je boleh bawak. jgn risau. ramai yg sedia membantu. :)

Friday, 3 June 2016

no idea for the title. huhu

assalamualaikum awak-awak semua. rajin sangatnya aku ni menghadap laptop. tengah-tengah malam. gagah menaip. hahaha. buka Al-Quran? gagah tak? tepuk dada tanya iman ya. hari ini aku nak share sikit satu perkara di mana tajuk malam ni pasal jodoh? huhuhu. gatai naaa. nak tulis pasal jodoh. takpelah. sekali-sekala. kah kah kah. 

okay. siapa kat sini dia ada 'crush'? angkat kening sikit? huhuhu. hmm..seperti remaja lain kebanyakannya ada pengalaman menyukai seseorang. betul tak? cuma bezanya bagaimana kita mengawal perasaan itu. betul tak? betul tak? huhu. baiklah, crush ni suatu perkara dimana kita menyukai seseorang tanpa diketahui oleh orang tu. hmmm. ada pengalaman tak? mestilah adakan. hehehe. tapi malam-malam cenggini bukan pasai nak main teka-teki siapakah yang mempunyai crush? tapi persoalannya di sini, bagaimana kita mengawal perasaan itu. sometimes kalau jumpa crush ni dia gelabah lain macam. jantung dup dap. dup dap. hahaha. ceh macam ada pengalaman. tapi ada yang kita minat dia, dia minat kita. perghhh..ni lagi bahagia. hahahaha. sebab tak semua dapat connection perasaan yang sama. kebanyakannya bertepuk sebelah tanganlah. macam gua. hahhahaha. merepek. yang suka sama suka ni pulak terus jadi couple. kan? hmm..bercinta niat untuk berkahwin setahu aku its okay. tapi bercinta pun tak boleh overdose. betul kan? tapi kalau bercinta untuk keseronokan? untuk mengelak kebosanan? sekadar peneman luahan perasaan? macam mana? hmmm..tak nak komen lebih. sebab akak pun takde pengalaman. kah kah kah. couple pun tak pernah. tipulah kalau takde perasaan nak couple tu. tapi akak pikiaq positif je. takpelah. tak couplepun takpe. banyak tau hikmah tak couple ni. tak perlu pening2 pikir pasal perasaan pasangan. boleh fokus benda lain yang lebih penting. kih kih.

dan lagi satu jodoh? sekarang ni ramai yang kahwin muda. kawan skolah aku masuk ni 3 orang dah. rasa macam nak left group wassap tu je. hahahaha. teruk aku. pikrlah baik2 ika oii. jodoh mereka dah sampai. kahwinlah. hang pun dah sampai nanti. kawen jugak. tapi satu kita lupa. kita selalu dihidangkan indah kahwin muda. kawin muda bla bla bla. tapi kita lupa ramai juga yang mati muda. ramai juga tidak dapat kecapi alam perkahwinan. betul tak? kita faham jodoh tu pertemuan lelaki dan wanita menghalalkan hubungan mereka dengan ikatan yang sah. tapi kita lupa kematian pun jodoh juga. jadi, doa terbaik. kan? 
kalau kita menyimpan perasaan pada seseorang. doa. doalah yang terbaik. supaya dijaga perasaan. jauh dari perasaan yang membuai-buai. sebab kita kalau mengharap cinta di balas tu punyalah tinggi, nanti kalau tak terbalas. menangis nakss. jadi doa. doa. supaya kawal perasaan. kan? hehehe. ramai cuba. InshaAllah, jika kita yakin dengan ketentuanNya, kita tidak akan kecewa. kita rasa bahagia je. Amin.

#siscuba
#Alhamdulillah.
#officially21.




Sunday, 22 May 2016

Pengalaman Belajar di Tingkatan 6.

assalamualaikum. apa khabar? sihat? dah makan ke belum? kalau belum silalah makan. jangan tahan-tahan. nanti sakit. haaaa. okay, memandangkan keputusan upu pun sudah keluar. jadi mesti adik-adik yang dapat upu tu happy dan gembira sampai meloncat terkena siling rumah right? hehehe. di sini kak fatin ingin mengucapkan tahniah sesiapa yang dapat sambung belajar tu. kepada sesiapa yang tidak dapat, its okay. senyum je. ada rezeki lain. okay? tenang sahaja. jangan nangis-nangis masuk bilik gantung diri. akak faham kesedihan tu. cewahh. takpe-takpe. relaks. chill bebeh. hari ini kak fatin nak share sikit tentang tips sambung belajar. baiklah. akak ialah bekas pelajar tingkatan 6. time akak spm dulu, result akak okay jugaklah, sampai akak nmpak mak akak menangis kegembiraan. yelah, sebelum ni  result akak biasa-biasa je. cuma time spm tu agak luar biasa sedikit. jadi kat situ akak nmpak mata mak akak dah berair kegembiraan. mak akak ni dia jenis tak tunjuk snagat dia gembira ke tak. but from my eyes..i know how she feels. ayah akak? lagilah. muka garang. hati taman beb! kalau tengok hindustan yang feeling sedih punya, dia nangis dulu. kiranya akak lagi sado dari dia. hahaha. okay..back to the topic. akak dulu tak mohon matriks. sebab? sebab akak takut berjauhan dengan mak ayah. kalau orang nak cakap aku anak emak ke ape ke. tak kisahlah. tapi akak nak masuk ipg. akak nak jadi cikgu. tapi Allah nak tunjuk. akak tak dapat ipg. akak menangis tauuu. akak dpat uitm terengganu. tapi akak tak pergi, sebab akak nak masuk ipg. so akak berani ambik risiko akak masuk form6. haaa..berani tak? cewahhh. mula-mula memang tak ikhlas. sebab akak dihantui kesusahan belajar form 6. aku dah seriau. risau kot. takut tak boleh bawak. tapi lama-kelamaan, Alhamdulillah, akak boleh adapt. form 6 bagi akak susah kalau kita tak belajar. hahahaa.. bak kata cikgu kelas akak. Cikgu Ubaidillah.

'cikgu, ekonomi susah tak?'
'susah.kalau ko tak belajar'

 kata-kata tu akak pegang. apa yang kita belajar sebenarnya tak senang. semua susah. cuma kita je ada kesungguhan atau tidak. kan? kan? tapi kalau usaha, still tak dapat apa yg dikehendaki, jangan give up k. sebab usaha tu Allah akan gantikan dngan lebih baik. InshaAllah.


tipulah. akak tak menangis mase form 6. bayangkan dengan kerja kursus lagi, belajar lagi. mau tak penat. tapi nak taknak kena teruskan. kena kuat. ikhlaskan diri. ada yang belajar ulang kali baru paham. ada yang sekali je terus melekat sampai ke minda. kalau adik-adik risau nak masuk form6 sebab result time spm kurang memberangsangkan. jangan risau. ada je kawan-kawan akak yang lain boleh bwak sedangkan mereka bukan best student pun. jadi no worries okay. cikgu akak time form6 selalu guide. jadi peratus kegagalan tu tak tinggi. jadi no worries. rase-rase nak masuk form 6 tapi takut. i give you some advice.

gagal itu mengajar kita untuk berjaya.
berjaya itu bukan hanya di dunia. 
jadi teruskan usaha dan doa.
Allah sentiasa ada.

belajar mana-mana pun sama je. takde beza. ikhlaskan diri belajar untuk dapat redha Allah. bukan sanjungan manusia. 

okay. ada masa. kita share tips-tips kecantikan pulak. hahahhaa. gurau.

Thursday, 3 March 2016

spm spm spm

Assalamualaikum dan selamat malam.
mata dah mengantuk tetapi mengada nak menulis. tapi aku gagahkan juga menulis ni. hahaha. please kesian. okay. pagi tadi mesti ramai yang berdebar-debar nak tahu keputusan spm. kan? kan? kan? hmmm..aku ni pun amik spm lebih kurang 4 tahun lepas. huish..kejapnya. 4 tahun dah. jadi aku tau debaran-debaran menunggu keputusan spm ni. nervous dia lain macam beb. macam tunggu keputusan hakim mahkamah dah! tu pun tak bole lawan dengan debaran menunggu keputusan spm. huhuhu. 

Tahniah! kepada yang dapat keputusan yang membanggakan. bagi yang mendapat keputusan yang tidak mencapai target. takpe. its okay. perjalanan masih jauh dik. jangan frust kalau tak dapat masuk ipta. banyak institusi lagi. hakak ni pun masuk ipta jugak. banyak dugaan dik. hahaha. memang cari jodoh tu no time lah dik. cewahh. macam busy sangat je. kalau sedih dapat result yang tak mencapai target, jangan risau. SPM is just the beginning. tapi tu lah kalau dapat result gempak ni, orang pandang tinggi..kalau dapat kureng..kurengla pandangan orang. alaaa..ketepikan semua itu. yang pentimg kita dah usaha. kalau tak usaha, pastikan ini merupakan pengajaran buat kita. takpe. tak dapat A bukan bermakna tak bole sambung belajar. boleh je. tapi kena caranya. hehehe.

hakak ni pun..abis je spm, ambik stpm pulak. huhuhu. taknak jauh ngan parents punya pasal. Matriks pun akak sardin-sardin je tak mohon. ramai cakap rugi. tapi yang belajarnya kita. bukan mereka. asal mak n ayah akak okay.akak okay je dik. jadi akak 6 tahun setengah di sekolah. abis je stpm, baru bole masuk degree pulak. hehehe.

adik-adik semua. belajarlah di mana-mana lepas spm ni. janji bole bawak diri. dunia luar lain dengan alam sekolah. kita lebih bebas. n lagi satu..kalau nak masuk form 6 i galakkan u ollss. hahaha. penat dok promote form 6 kat adik, awal-awal dia reject. hmmm..takpelah. nak belajar kena ikhlas. tak ikhlas. cuba jugak. jangan belajar terpaksa, k?

lagi sweet, kalau belajar sebab nak dapat redha Allah. :)

#siscuba

okay..kite nak sambung tido. Assalamualaikum.

Friday, 26 February 2016

Giant Oh Giant.

Assalamualaikum awak-awak semua.
hmm...baru je sehari lepas aku menulis. hari ni pun rasa nak menulis lagi....maklumlah awal-awal sem ni tak busy sangat. Kau tunggu tengah-tengah sem nanti ika! betapa kau rasa universiti life ni begitu menguji fizikal dan mental. kah kah kah. dah takde masa nak fikir relationships goal dah. datang kelas. balik kelas. mereput dalam bilik. lifelesskan? hahaha. okaylah dari aku menyopping abiskan duit ptptn aku tuh. masuk duit memang best wehh. nak bayar balik? hmmm..parah parah. hahaha. kena dean lah kalau taknak bayar. semput mak naksss.

okay.. kali ni aku bukak cerita. pasal Giant. bukan Giant Nobita tuh. tu buat apa. kaki buli. baik aku suka dakisuki. hensem. pandai. dan baik. okay..dah. back to the topic bebeh. ni pasal Giant Mall k. dkat area Bangi tuh. Entah. Aku buta jalan. so jangan kau tanya Giant tu dekat dengan bangunan apa. dari UKM nak ke Giant tu berapa jauh. Ikut jalan mana. Jangan tanya. Silap-silap boleh sesat kau naks. kih kih kih. 

semalam aku n the baksis geng pi Giant sebab kena buat kerja kira stock. Kami buat semua ni semata-mata nak kumpulkan duit dana. so ada 15 orang semua termasuk aku sukarela nak buat kerja kira stock kat Giant dari pukul 10 malam sampai pukul 7 pagi. hahaha. excited gak nak wat kerja-kerja gituh. Namun apakan daya tak sampai dua jam aku dah tak mampu nak kire stock. mengantuk ya amat! asyik-asyik tengok jam dengan harapan aku dah lama buat kerja. namun harapan tinggal harapanlah. aku ngan kawan aku farah kena kira stock bahagian homeware. menangis nakss. nak asingkan tuala ikut bar code bagai. hahaha. tu belum kire aku mengantuk lagi. memang terhuyung-hayanglah aku kerja. semalaman tak tido. lama jugaklah. sampai satu tahap aku boleh tido duduk dengan penuh lena. sedar-sedar je aku dengar kawan-kawan aku menyembang. 

seriously, aku taktau macam mane ade orang yang bekerja malam tanpa tido ni. and baru aku tau peritnya nak kira stock yang barcodenye lain-lain sebab biasalah orang kalau shopping letak mana dan je. macam akulah. takd kerja lak aku nak tgok barcode bagai pastu letak tmpat asal.  aku letak mana dan je. hmmm..lepas ni aku nak letak barang balik kena letak kat tempat asal. poning dibuatnya. hahaha.

okayyy..just wanna share that. agak-agak boring tu maaf ya. im new in blogging bebeh.
hehehe. 

Wednesday, 24 February 2016

semester baru. azam baru beb. yeahhhh.

Assalamualaikum dan selamat malam awak-awak semua. 
fuhh..sudah sebulan jugak aku tak bukak blog ni. al maklumlah blog ni dicipta pun masa kelas aplikasi komputer sem lepas. so memang ak buat blog ni sebab kelas aplikasi jerr. kih kih kih.
dan bukan sebab tu jugak sebenarnya.aku tak bukak blog ni pun sebab mood nak menulis tu tak sampai beb. memang tak sampai. ini aku bukak pun sebab dah takde kerja. (kau tunggu jelah minggu seterusnya ika, menangis nakss busynya). tapi takpelah. ikhlaskan hati belajar sbb nak tuntut ilmu bukan sebab exam yang bila mana kau muntahkan segala isinya ke dalma kertas peperiksaan. yaa macam aku lah. kau tanyelah ape aku belajar time form 6. banyak aku lupa beb! hahahah. jadi disebabkan minggu dan hari minggu ku telah diisi dengan program, jadi 3 minggu kite tak balik. should i cry? hmmm...memang cry le jawabnya. i miss my family. bajet. macam aku belajar kat pert, australia je beb. hahaha. 

ehh japp...bape ratus patah ayat dan tetiba memang takde kaitan dengan tajuk. ni kalau dalam peksa ni banyak hilang markah ni. 

hahaha..okay. semester baru.

aku dah masuk semester dua. jadi apa aku nak buat?

mestilah kena berazam supaya belajar dengan bersungguh-sungguh. jangan rasa selesa sangat. relaks-relaks minum kopi. 
kot-kot rezeki aku dean list kat fakulti. haaaaaa.
jadi semester dua ni kena banyak fokus jangan main-main.
jangan nak berbollywood sangat. beryoutube sangat. fokus.
mane tau dengan doa dan kesungguhan senarai dekan aku. kih kih kih.


aku ni azam je lebih. skali habuk pun tarak. kah kah kah.
thats real me.

eh eh..ada kaitan ngan tajuk kan? hmmm...biarlah. kena sikit ngn tajuk pun okaylah. ade gak markah.

okay...semoga bertemu lagi. kite nak sambung lipat kain.

assalamualaikum.