Wednesday, 9 November 2016

Impian?

Assalamualaikum. apa khabar awak-awak semua. hmmm..sementara menunggu maghrib ni nak story sikit pasal impian ni. Memandangkan konvo pun baru je habis semalam, jadi aku nak share sikit pasal graduate student ni. aku undergraduate. hahaha. Tapi berlagak macam dah ada PhD. Aku suka tengok orang yang habis grad ni. senyum je. muka happy je. at the same time, mak ayah pun happy. Kau bayangkan kau jalan atas pentas dapat segulung ijazah. hmm.. i wonderlah. macam mana aku nanti. huhuhu. Yang dapat anugerah dekan lagi, anugerah naib cancelor, anugerah di raja. pergh..tu lagi ahh. tersenyum lebar tanda kesyukuran atas nikmat yang Allah bagi pada mereka. Aku? hmmm. takde apa yang nak dibanggakan. hahaha. Tapi aku ada satu impian. Nak sambung sampai PhD, if ada umur dan dimurahkan rezeki. tinggi tak impian tu? hahaha. Biasalah, berangan aku kuat. Dulu masa sekolah, nak masuk universiti. Alhamdulillah dapat. Tapi aku ingat lagi time sekolah menengah dulu. Ada satu buku yang kita kena tulis 3 cita-cita utama. hmmm, satu yang aku tulis pun tak lekat. hahahaha. Yang tak boleh tahan tu, aku nak jadi pramugari! sebab aku rasa time tu pramugari ni cantik dan boleh fly sana sini. Tapi apakan daya, syarat untuk jadi pramugari memang tak leh go ngan jiwa aku. Tinggi lepas dah, perwatakan pulak. Failed. aku tak reti mekap2 ni, bergaya apatah lagi. Aku pakai apa yang aku selesa. as long as menutup aurat. Tu belum lagi cita-cita lain, nak jadi dr. cita-cita aku nak jadi dr ni dah tanam sejak zaman sekolah. ( walaupun aku tau aku worst gila matematik dan sains) tapi waktu tu aku rasa kerjaya dr ni hebat. pakai kot putih, jalan tengok patient. memang rasa best je. Biasalah budak2. huhuhu. Tapi apakan daya, aku takde kekuatan nak belajar fizik, biologi dan kimia masa tingkatan 4. Haaaa..awal2 aku give up. engko rase? Jadi aku pun tulis surat kat cikgu, aku nak amek aliran sastera ( subjek akaun, add math dan eko) tu pun aku takleh go jugak. hahaha. dan start tingkatan 4 aku berjinak-jinak nak jadi cikgu. Seriously, aku memang nak jadi pendidik. Time tu orang cakap jadi cikgu tak best ke, cepat stress ke..aku tak heran dah. hahaha. aku nak jugak jadi. Tapi rezeki aku tidak ke arah cikgu, tapi ke arah bidang pentadbiran perniagaan. 

Masa dapat offer kos ni, meloncat gembira aku. mana taknya, kos ni antara kos yang aku minat, dan the reality is kos ni tak semudah yang orang fikirkan. Kesian kat pelajar bisnes ni, selalu kena kecam. hahahaha. rasa down jugak. Tapi mak aku slalu bagi smangat. Belajar je. rezeki kerja tu ada. Mana tak down, asal aku bagi tau kos ni je, ramai pertikaikan..nape tak amek akaun? nape bisnes? bisnes ramai lah. susah nk dapat kerja nanti. sampai satu tahap aku rasa nak membohong je. ikut hati ni nak je cakap ijazah sarjana muda kejuruteraaan petroleum..hahaha. tapi tak baik menipu nokss. jujur aja. kalau ada yang bagi down tu. senyum je. tak perlulah nak bidas balik. senyum je. tak perlu kata apa2. 

sebab tu i rasa nak sambung PhD. Biar nganga sikit. hahaha. taklah. tak baik niat macam tu. Cita-cita nak jadi pendidik tu masih dalam, jadi kalau tak dapat cikgu, why not pensyarah? pendidik jugak kan? hehehe. oh maaaiii, kuat ke tak aku ni nak belajar tinggi-tinggi ni. Aku ingat lagi, makcik aku cakap..belajarlah tinggi2 awong sampai Phd, takyah kawen. hahaha. time ni tersentak gak. Bagi aku kawen tak kawen its not a big problem to me, but big prolem pada family aku. Chill. baru 21 kot. hahahaha. no no no. Jodoh Ajal ni kan kuasa Allah. Jadi tak perlu resah gelisah ( walaupun sebenarnya aku gelisah jugak) tapi fikirlah baik2. Sesungguhnya Perancangan Dia lebih Hebat. kita sebagai hamba ni apalah sangat. Kan? hehehe.

okay awak. Maghrib dulu.

dari si berangan nak Phd :D

No comments:

Post a Comment