Assalamualaikum. hai awak-awak semua. fuh, pejam celik pejam celik dah bulan nak hujung bulan 11 dah. Cepat betul masa berlalu kan. Tup-tup je dah 2017. okay, malam ni aku nak cerita sikit pasal movie ni. hahaha. seriously, aku kalau bab2 movie korea agak kureng sikit sebab expectation aku terhadap movie diorang ni rendah kirenya aku anggap macam movie biasa-biasa je. Tiada apa untuk dibanggakan. Sometimes cerita sweet pun bosan. Thriller adalah aku layan, tapi cerita ganas2 fight ni aku suka tengok filem Cina. Especilly Donnie Yen! perghh. Dia punya fighting skill buat aku termangu sebentar. Tua-tua pun aku still nampak kemachoan dia. hahaha. Okay. Back to topic. Aku layan filem train to busan ni semalam. Kat umah abang aku. Aku tengok cerita ni sebab ramai kata movie ni best. Cerita ni macam realiti sikitlah berbanding zombie mat saleh sebab kau takkan nampak hero secara tiba-tiba ada figthting skill dan mempunyai senjata api yang kebaboom! Cerita ini aku taknaklah share sinopsis sebab ramai rasenye dah tau cerita ni. Tinggal tengok dan tak tengok je. hmm..ada beberapa aspek penting dalam mengggerak cerita ni jadi best!
1. Family.
Dalam cerita ni, kau akan lihat how sweet suami protect isteri yang pregnant. Seriously, muka gangster, hati bunga beb, Memang dia protect gila isteri dia, sampai dia mati kot. part ni sedih. Dia ni pun banyak jugak tolong hero. Part anak si hero ni hampir nak kena gigit ngan zombie, dia cepat-cepat halang. Haaa, time ni barulah hero ni sedar bahawa jangan nak selfish sangat. part hero ni pulak, dia ni masa mula-mula cerita agak selfish, tapi bila dah pertengahan baru dia sedar yang sebenarnya life ni tak boleh nak selfish, tambah2 lagi kau dalam kesusahan. Part hero ngan anak dia, lagi lah wehhh. Sepanjang surviving dalam train nak ke busan dipenuhi zombie yang errrhhh, hero ni buat apa sahaja untuk anak dia selamat. and hero ni pun tolong perempuan yang pregnant ni setelah suami dia mati. Aku rasa masa diorang bertiga je tinggal, aku ingatkan one happy family. Sekali hero pun mati. aiyaaa. I cannot accept this. huuuu, mungkin sebab aku dah terbiasa dengan filem hindustan yang heronya jarang mati. Bila kena tetak 100 kali pun, coool je lawan balik ngan musuh yang beribu-riban. hahahaha.
2. Si antagonis
Punca utama yang mengggerak cerita ni dan wujudnya unsur ' wehhhh, bukaklah pintu tuuu!' adalah si antagonis ni. Ramai member aku cakap dia ni jahat gila. Masa permulaan cerita aku tak nampak sangat jahat dia, sekali dah pertengahan, perghhh..kuang hasaaam. selfish ya amat! Seriously, part dia memang sakit hati. Ramai gak yang mati sebab dia. Dia sorang je nak hidup. CEO yang agak kejam. Suka desak-desak orang. Langsung tak pikir orang lain. memang sakit hati jugak aku tengok orang tua tu. Dia sanggup buat apa sahaja demi kepentingan diri. Tapi at last mati jugak ( padan muka. hahaa) sebab kena gigit ngan zombie. Dia jugak punca hero ni mati. Sebab dia pi gigit tangan hero tu. ciskek. Aku memang fefeling tengok movie ni, so aku jadi geram tengok antagonis tu walaupun hanya lakonan. hahaha.
3. Realistik.
haaa..apa yang realistiknya? haahaha. Zombie? hahaha. taklah. Cerita ni nampak realisitik sebab perjalanan cerita ni tak nampak sangat kartunnya. contohnya, takde pulak si hero ni naik atas train ke, lawan ngan zombie bagai ( kalau ada, nampak menipu sangat, sebab bukan keretapi tanah melayu. Bullet train kauuu) senapang, maching gun,meriam, bom takde kat mana-mana penumpang, so kirenye pepandailah korang survive. haaaa. nampak tak? suspen dia lagi dasyatlah sebab takde senjata. Hanya kayu besbol dan peralatan apa ntah. Protect diri pun guna salotape wehh. Cume part perempuan mengandung berlari tu aku musykil sikit. Sebab dasyat sngt dia lari, sesilap tu boleh gugur.
aku bagi 8.5/10.Sebab watak yang tak sepatutnya mati, telah mati sia-sia. tu pasai aku tak bagi full 10/10. hahaha. Kalau nak tonton kat wayang, lagi feel. Zombie dia pun not bad hodoh dia. Dengan terpeleotnya. hahaha. Okay, sampai sini sajaa reviewya, ai nak sambung wat assignment yang tertunggak, daaaa.
No comments:
Post a Comment