hmm...baru je sehari lepas aku menulis. hari ni pun rasa nak menulis lagi....maklumlah awal-awal sem ni tak busy sangat. Kau tunggu tengah-tengah sem nanti ika! betapa kau rasa universiti life ni begitu menguji fizikal dan mental. kah kah kah. dah takde masa nak fikir relationships goal dah. datang kelas. balik kelas. mereput dalam bilik. lifelesskan? hahaha. okaylah dari aku menyopping abiskan duit ptptn aku tuh. masuk duit memang best wehh. nak bayar balik? hmmm..parah parah. hahaha. kena dean lah kalau taknak bayar. semput mak naksss.
okay.. kali ni aku bukak cerita. pasal Giant. bukan Giant Nobita tuh. tu buat apa. kaki buli. baik aku suka dakisuki. hensem. pandai. dan baik. okay..dah. back to the topic bebeh. ni pasal Giant Mall k. dkat area Bangi tuh. Entah. Aku buta jalan. so jangan kau tanya Giant tu dekat dengan bangunan apa. dari UKM nak ke Giant tu berapa jauh. Ikut jalan mana. Jangan tanya. Silap-silap boleh sesat kau naks. kih kih kih.
semalam aku n the baksis geng pi Giant sebab kena buat kerja kira stock. Kami buat semua ni semata-mata nak kumpulkan duit dana. so ada 15 orang semua termasuk aku sukarela nak buat kerja kira stock kat Giant dari pukul 10 malam sampai pukul 7 pagi. hahaha. excited gak nak wat kerja-kerja gituh. Namun apakan daya tak sampai dua jam aku dah tak mampu nak kire stock. mengantuk ya amat! asyik-asyik tengok jam dengan harapan aku dah lama buat kerja. namun harapan tinggal harapanlah. aku ngan kawan aku farah kena kira stock bahagian homeware. menangis nakss. nak asingkan tuala ikut bar code bagai. hahaha. tu belum kire aku mengantuk lagi. memang terhuyung-hayanglah aku kerja. semalaman tak tido. lama jugaklah. sampai satu tahap aku boleh tido duduk dengan penuh lena. sedar-sedar je aku dengar kawan-kawan aku menyembang.
seriously, aku taktau macam mane ade orang yang bekerja malam tanpa tido ni. and baru aku tau peritnya nak kira stock yang barcodenye lain-lain sebab biasalah orang kalau shopping letak mana dan je. macam akulah. takd kerja lak aku nak tgok barcode bagai pastu letak tmpat asal. aku letak mana dan je. hmmm..lepas ni aku nak letak barang balik kena letak kat tempat asal. poning dibuatnya. hahaha.
okayyy..just wanna share that. agak-agak boring tu maaf ya. im new in blogging bebeh.
hehehe.
No comments:
Post a Comment