Tuesday, 7 June 2016

Tips Belajar Di Tingkatan 6 ;)

assalamualaikum awak-awak semua. akak nak tanya sikit? siapa dapat masuk form 6? angkat kening sikit. Yeahh. bagus2. tahniah ya bagi yang dapat sambung form 6. seperti perjanjian ada adik ni pm kita. dia dalam dilema nak sambung ke tak. sebab mostly cakap form 6 susah. yeke susah? okaylah. jujur dari hati sanubari akak ni. form 6 susah, tersangatlah susah sekiranya awak tiada inisiatif langsung nak belajar. masuk kelas keluar kelas. zero yang hang dapat. jadi macam mana? macam mana? haaaaa..first of all. pastikan niat kita nak belajar tu. pastikan betulkan niat niat dalam hati nak belajar sungguh2. okay? lepastu dah masuk kelas tu..biasalah. time cikgu masuk, time tu la mengantuknya. time tu lah hilang moodnya. kan kan? seperti saya donggg. tapi ada beberapa tips untuk kita belajar semasa di Tingkatan 6. here the some tips :

1) fokus.
haaa..yang ni penting. awak semua kena fokus. sebetul-betulnya fokus. kalau awak tak fokus. jadi macam akak. kena repeat subject. hahaha. subjek apa? subjek pengajian am. pengajian am adalah subjek wajib yang diambil oleh pelajar Tingkatan 6. kiranya kalau ko gagal subjek ni, subjek lain tiada makna bagimu. huhuhu. oleh itu. fokus dalam kelas tu penting. buku yang ada tu pleaselah conteng. comot pun comotlah. notekan apa yang cikgu ajar dan cakap dalam kelas. sebab cikgu dia highlightkan point-point penting. jadi masa cikgu tengah mengajar tu, kalau ada point, notekan. ataupun highlightkan. jadi bila nak study balik, tak payahlah susah2 nak baca huraian tu balik. baca apa yang cikgu notekan tu je. dengan satu syarat kena faham apa yang di ajar. kena faham. bukan membuta tuli je salin. kesilapan kita selalunya adalah hafal. tapi tak faham. hmmm. macam mane? sebab tu kena faham dulu. lepastu baru hafal. kan kan kan? oleh itu apabila cikgu mengajar, awak kena fokus. bila mengantuk ke apa ke. pleaselah tahan. tahan untuk 2 jam je. sangatlah rugi kalau tertido dalam kelas. rugi tau awaks.

2) studysmart
okayy. study smart. macam mane? macam tadi. kite notekan apa yang cikgu ajar. lepastu study balik. akak ni malas dan memandangkan masa form6 tu balik lambat. jadi akak balik umah banyak tido. sebab penat. kadang-kadang kerja pun tertunggak. jangan ikut tips ni. kalau ikut. habis. jadi apa akak buat? selalunya akak suka buat note based on apa yg cikgu highlightkan mcm peta minda tu. haa..buatlah bentuk gaya macam mana pun. asalkan hang faham.dah ada peta minda. baca yang peta minda tu. baca banyak kali. cikgu akak bagi tips baca 7 kali. kirenya kalau baca. lepastu faham leastu buat peta minda lepastu baca midmap balik.n then buat latihan. haaaa..kan bnyak baca tu. ( ini untuk subjek yang memerlukan effort tuk membaca seperti bisnes dan seangkatan dengannya). memang malas. tapi sampai bila? so kena rajinkan diri jugak. paksa diri tu. mula2 terpaksa. lama2 okay je. hehehe. lepas tu. ada jugak beberapa subjek kena faham. kalau hafal boleh. tapi sekali dia twist soalan. haaaa. kan tersangkut. jadi subjek-subjek yang perlu faham ni kena rajinlah bertanya ya. dan kena perbanyakkan latihan. campak soalan macam mane pun. kita boleh buat. ecewahh. hahaha. latihan pun jangan lah asyik tengok buku jawapan. buatlah sendiri dulu yaa. 


3) berkongsi ilmu.
ini penting! kalau nak berjaya kena kongsi ilmu. takkan awak sorang je nak berjaya. jadi kalau kawan tanya soalan, janganlah buat-buat tak tahu, padahal tahu tu. berkongsi ilmu ni penting tau, sebab kita kongsi, kita dapat. dia pun dapat. jadi bila kawan tak tahu certain soalan, dan dia tanya kita. kita bagitahu cara-cara dan penerangan macam mana nak buat. tak rugi pun berkongsi ilmu ni.  nak jadi cikgu sekejap dalam kelas pun takpe. kalau2 cikgu tak masuk. at least kita share apa yang kita tahu. lagi satu janganlah segan bertanya. tanya kawan-kawan yang pro untuk subjek-subjek tertentu. malu bertanya sesat jaaln. selalunya diorang akan share. dont worry. kalau tak nak share. jangan kawan sama mereka. hahaha.


4) homework/pbs buat.
ni pun kena buat. penting! homework tu kena buat. so cikgu tahu kelemahan kita. takde homework, cari soalan2 past year ke apa ke. buat. lepas tu tanya cikgu. okay? rajin-rajinkan diri tu. masuk form 6 ni kena matured lah sikit. takkan nak suap je semua. kena ada effort sendiri jugak. kan? kan? hehehe. lagi satu pbs ataupun kerja kursus. haaa, ni punca student fenin2 lalat termasuk akak. hahaha. but dont worry. cikgu pantau. asalkan kena buat je. dan jangan tangguh2 sebab pbs ni banyak kerjanya. nak pikir tajuk pun ambik masa. belum lagi pikir soal selidik lagi. objektif kajian lagi. akak menangis buat benda ni tau. sebab  otak serabut nak pikir tajuk. dahla individu. huuuuuu. tapi Alhamdulillah. lepas juga. ada sesetengah subjek kerja kurus berkumpulan, ada subjek kerja kursus individu. okay?

dan dalam tips2 akak bagi ni satu je perkara penting yang kite perlu tahu. kena hormat cikgu. bosan mana pun kena hormat. tak suka ke apake. pendam je. jangan mengumpat. doa je baik-baik. sebab tu kalau nak berjaya, kena hormat si pemberi ilmu. macammane nak berkat kalau cikgu pun awak maki, awak herdik? betul tak? 

dan lagi satu kita kena cuba. kalau dengar kata orang memang takut nak cuba. tapi belum cuba belum tahu kan? jangan sedih-sedih. jangan kecewa. belajar mana-mana pun sama je. susah kalau kita tak belajar. Tingkatan 6 susah. tapi ramai je boleh bawak. jgn risau. ramai yg sedia membantu. :)

No comments:

Post a Comment