assalamualaikum. apa khabar? sihat? dah makan ke belum? kalau belum silalah makan. jangan tahan-tahan. nanti sakit. haaaa. okay, memandangkan keputusan upu pun sudah keluar. jadi mesti adik-adik yang dapat upu tu happy dan gembira sampai meloncat terkena siling rumah right? hehehe. di sini kak fatin ingin mengucapkan tahniah sesiapa yang dapat sambung belajar tu. kepada sesiapa yang tidak dapat, its okay. senyum je. ada rezeki lain. okay? tenang sahaja. jangan nangis-nangis masuk bilik gantung diri. akak faham kesedihan tu. cewahh. takpe-takpe. relaks. chill bebeh. hari ini kak fatin nak share sikit tentang tips sambung belajar. baiklah. akak ialah bekas pelajar tingkatan 6. time akak spm dulu, result akak okay jugaklah, sampai akak nmpak mak akak menangis kegembiraan. yelah, sebelum ni result akak biasa-biasa je. cuma time spm tu agak luar biasa sedikit. jadi kat situ akak nmpak mata mak akak dah berair kegembiraan. mak akak ni dia jenis tak tunjuk snagat dia gembira ke tak. but from my eyes..i know how she feels. ayah akak? lagilah. muka garang. hati taman beb! kalau tengok hindustan yang feeling sedih punya, dia nangis dulu. kiranya akak lagi sado dari dia. hahaha. okay..back to the topic. akak dulu tak mohon matriks. sebab? sebab akak takut berjauhan dengan mak ayah. kalau orang nak cakap aku anak emak ke ape ke. tak kisahlah. tapi akak nak masuk ipg. akak nak jadi cikgu. tapi Allah nak tunjuk. akak tak dapat ipg. akak menangis tauuu. akak dpat uitm terengganu. tapi akak tak pergi, sebab akak nak masuk ipg. so akak berani ambik risiko akak masuk form6. haaa..berani tak? cewahhh. mula-mula memang tak ikhlas. sebab akak dihantui kesusahan belajar form 6. aku dah seriau. risau kot. takut tak boleh bawak. tapi lama-kelamaan, Alhamdulillah, akak boleh adapt. form 6 bagi akak susah kalau kita tak belajar. hahahaa.. bak kata cikgu kelas akak. Cikgu Ubaidillah.
'cikgu, ekonomi susah tak?'
'susah.kalau ko tak belajar'
kata-kata tu akak pegang. apa yang kita belajar sebenarnya tak senang. semua susah. cuma kita je ada kesungguhan atau tidak. kan? kan? tapi kalau usaha, still tak dapat apa yg dikehendaki, jangan give up k. sebab usaha tu Allah akan gantikan dngan lebih baik. InshaAllah.
tipulah. akak tak menangis mase form 6. bayangkan dengan kerja kursus lagi, belajar lagi. mau tak penat. tapi nak taknak kena teruskan. kena kuat. ikhlaskan diri. ada yang belajar ulang kali baru paham. ada yang sekali je terus melekat sampai ke minda. kalau adik-adik risau nak masuk form6 sebab result time spm kurang memberangsangkan. jangan risau. ada je kawan-kawan akak yang lain boleh bwak sedangkan mereka bukan best student pun. jadi no worries okay. cikgu akak time form6 selalu guide. jadi peratus kegagalan tu tak tinggi. jadi no worries. rase-rase nak masuk form 6 tapi takut. i give you some advice.
gagal itu mengajar kita untuk berjaya.
berjaya itu bukan hanya di dunia.
jadi teruskan usaha dan doa.
Allah sentiasa ada.
belajar mana-mana pun sama je. takde beza. ikhlaskan diri belajar untuk dapat redha Allah. bukan sanjungan manusia.
okay. ada masa. kita share tips-tips kecantikan pulak. hahahhaa. gurau.
No comments:
Post a Comment