Saturday, 14 April 2018

Review Buku : Semusim di Masyar












Assalamualaikum dan selamat petang gaisss, hari ni aku nak share sikit berkaitan buku yang aku baru baca beberapa hari lepas, dan seperti dijanjikan aku nak review satu buku ni iaitu Semusim di Masyar. Yeahhh. Best ke tak buku ni? Jeng Jeng Jeng. Okay, memula aku nak gitau aku review ni berdasarkan pembacaan aku, so aku bukanlah ada pengalalaman nak menulis buku ni , paling terer pun siapkan kertas Ilmiah. itu pun sebab syarat nak grad. hahaha. Jadi, balik pada perjanjian tadi, aku suggestkan if nak baca review aku ni jangan expect tinggi-tinggi sangat yang aku akan review kaw-kaw dan berkemungkinan aku akan spoilkan endingnya..hahaha, idok. Tipu aje. K hambar.

So first of all, apa yang menyebabkan aku terbeli buku ni? Aku beli sebab buku ni one of the best seller kat POPULAR,hokayyy. Haaaaa, hebat tak? Hebat en? So, tak perlu pertikaikanlah kehebatan buku ni. Penulis buku ni pun memang buku-buku dia best seller, aku tak nafikan. Cuma, tak dapat hidayah lagi nak bace. Hehehe. Okay. Aku terangkan ciri-ciri buku ni siap isi kandungan serta pengisian dia sikit-sikit. Tak banyak pun.
Antara-antaranya ialah ( lama tinggal subjek BM, so maaf jika banyak Bahasa pasar. Kih Kih Kih) :

1. 1)Buku ni page dia tak banyak mana, aku ambik masa 2 hari aje ( tolak makan tido, membawang, tengok tv dan mandi, beberapa jam je kot), and kalau korang tak suka membaca buku-buku tebal 500 page tu, aku suggestkan baca buku ni as permulaan untuk kita berjinak-jinak dalam dunia pembacaan. Walaupun page dia tak setebal novel “Mencintaimu Encik President Library”, tapi pengisian dia padat woooooo! Kalau kau baca tiap-tiap hari buku ni, fuhhh. Insaf. Serius, banyak gila pengisian.

2.  2)Cerita ni simple. Anak derhaka. Tapi, perjalanan cerita and kenapa dia jadi anak derhaka, sampai nak habis nyawa pun dia boleh benci mak ayah dia memang menarik perhatian aku, memang kau akan tertanya-tanya. Apa kaitan dia ni dengan dia ni? Siapa dia ni?’ Level anak derhaka dia memang kau boleh geram kat budak ni. Tapi bab kena hukum kat Padang Masyar, ya Allah. Seram. Tu baru bayangan penulis, macam manalah kalau the realitynya.

3.  3)Proses kena balasan kat padang masyar tu, aku terbawa-bawa kot. And semasa dalam proses dihidupkan semula tu, banyak wehhh hukuman dia kenaaa. Tapi yang bestnya novel ni, dia bukan fokuskan semata hukuman pada anak derhaka sahaja, hukuman pada pendosa lain pun dia tunjukkan. Aku baca suasana dia kat padang masyar tu, memang rasa penat sebab lama sangat pun, tapi tu lah bila terfikir balik baca pun dah rasa penat, macam mana nak hadap betul-betul kat Padang Masyar. Serius. Seram, rasa berdosa. Semua dah menerawang terbayangkan alam sana tu. Hebat betul Sang Penulis, bisa membawa kita terbayang dan menginsafi atas perbuatan dosa silam. Panjang Pahala beliau.

4.  4)Satu lagi aku respect, buku ni tiada pun unsur-unsur pornografi, jadi buku ni seharusnya ada dalam setiap remaja. Serius. Aku baca, memang bersih dan suci ( macam bunyi halal pula, hehe)  langsung tak ada unsur-unsur 18sx macam ada sesetengah novel yang aku baca  tapi aku slowly xmau baca  novel terbitan tu sebab ada unsur 18sx yang tak sesuai untuk remaja umur kiterrr ni. Yang tau tu, korang fikir2kan semula. Heeee, and ustaz pun tak galakkan baca ( buku 18sx ni dikategorikan macam independent writing, kalau aku cerita apa maksud indepent writing mau x habis)

5. 5)Finally, aku highly recommended untuk korang baca sebab best, tapi yang sejenis takut terbawa-bawa sampai beberapa hari, aku tak galakkan baca sebab proses hukuman dia seram dan menakutkan, aku tak mau bertanggungjawab kalau korang mengigau berhari-hari baca buku ni. Tapi adakalanya bagus juga terbawa-bawa at least bila rasa berdosa tu, memang muhasabah diri jap kenang hukuman2 kat akhirat nanti.

So, konklusinya buku ni aku bagi kasi 8 bintangggg! Kenapa tak 10, sebab saje-saje suka-suka nak acah2 jadi cikgu dekut markah. Hahaha. Cuma aku just tertanya-tanya lah watak utama dalam novel ni iaitu iqlima, berapa umur dia and dia kerja apa before dia jadi cikgu tadika? And note sekali, yang mencintaimu mr president library tu aku reka2 je,takde lagi novel tu dalam pasaran.

Thursday, 19 October 2017

Review Filem : Tombiruo Penunggu Rimba



Image result for tombiruo


Hai and Assalamualaikum chuolls, petang tadi aku pi wangsa walk with my friends, so memandangkan tajuk pun aku dah bagitau, so memang konfirmlah aku akan review serba sedikit tentang filem yang aku telah tonton, iaitu  Tombiruo Penunggu Rimba, lakonanZul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda dan lain-lain. yehuuuu. Sekarang ni memang tengah meletop-letop di pawagam. So, aku tergerak hati nak tengok filem ni sebabnya review yang menarik dari penonton. Bukan sebab Zul Ariffin ehhh. kih kih kih.

so, apa yang aku nak review ni diharap diterima semua pihak. Jika tidak terima, janganlah kecam sis teruk-teruk, tapi tegurlah sis yang sentiasa ada kekhilafan ini. Okay, back to the topic apa yang menarik tentang filem ni? mai-mai cek ulaskan serba ringkas, tepat dan padan. haaaa, gituu.

1. hutan yang cantik
yes, aku akui, filem ni memang menunjukkan hutan di Malaysia yang sangat cantik. Tak silap aku filem ini dilakukan di hutan Sabah. Serius, aku tak tipu, lokasi dia cantik gila weyhhh walaupun hutan belantara. first impression aku tengok permulaan  cerita, aku dah macam wow! cantiknya. Nampak kehijauan alam, dan ketenangannya di situ.

2. Pelakon
jujur aku cakap, pelakon memang tak salah pilih. Zul arifin walaupun dari permulaan cerita higgalah akhir cerita, tak bukak topeng, dialog pun sikit, but overall of his acting sangat superb. Ade kekecewaan sikit, sebab dia tak tunjuk muka dia, huaaaaa. Tapi bak kata kawan aku, tak tunjuk muka pun, still rasa hensem. hmmm. pelik betul. Ni namanya aura dan karisma pelakon yang diinginkan. kah kah kah. Nabila Huda patut diberi pujian begitulah Farid Kamil, memang tak salah pilih pelakonlah. 

3. CGI? Slow Motion effect?
okay, bab ni aku failed. Ada persamaan ke CGI dan slow motion effect ni, hmmm..tak kisahlah. Aku nak komen part ni sikit. Slow motion dia agak banyak, dan buat aku sedikit stress. tapi overall, cara perlawanan tu superb walaupun bab tembak-menembak tu macam kartun sikit. 

4. Patut bangga?
filem sebegini patut dibanggakan okayy, sebab, lain dari yang lain. hahaha. Ni bukan kisah cinta yang CEO dengan Perempuan cantik, ayu dan miskin. Nope. ni lain dari yang lain. Dia lebih pada perasaan cinta kita terhadap alam. huuuu, sayang woo kalau hutan cantik gitu kena tarah. 

Btw, filem ni adaptasi novel. So, kalau korang tak tengok lagi, ada elemen suprise. Kalau dah baca novel, kekuatan filem ni bersandarkan betapa terkesannya filem ini diaptasikan dari novel.

aku bagi 8/10. first sebab Zul ariffin tak tunjuk muka dia yang tersorok dibalik topeng. yang kedua, effect slow motion tu agak stresskan aku sikit. so tolak 2 markah. hahahaha.

Wednesday, 18 October 2017

Review filem : Kick



Image result for kick movie

Assalamualaikum semua, korang tengah buat apa tu? hahaha, aku cadang hari ni nak review sikit filem hindustan yang aku tengok petang tadi. Sambil aku tengah layan chennai express lakonan shah rukh khan ni, tiba-tiba aku gigih nak menaip berkaitan filem kick ni. Siapa yang dah tengok filem kick tu, kalau korang nak baca, bacalah. kalau tak pernah tengok, korang dialu-alukan untuk baca. No worries, aku takkan bongkarkan apa endingnya. okay? 

okay, before that...mesti korang terfikir kenapa filem ni tajuk dia 'kick'? ke korang tak fikir pun, just sebab salman khan berlakon, korang tengok je? ( macam aku je ni). Takpelah, apa-apa pun..aku nak bagitau jugak sebab apa tajuk dia 'kick'. First of all, kick yang dimaksudkan bukanlah bermaksud hero tu kaki penyepak ya anak-anak. its actually, the feelings. haaaa, tak faham? dia macam ni lah. korang main bola, pastu masuk gol, tetapi insan-insan yang suka ada perasaan 'kick' ni, dia suka extra effort sikit untuk adegan bola masuk gol tu. contohnya, sepak bola, sebelum masuk gol dia akan buat bola tu penuh aksi melantun yang out of the box. gitulaaa..tak faham gak? jap. aku review filem ni, aku rase korang akan faham.

okay, kisahnya berkenaan seorang hero namanya Devi ( lakonan salman khan). Mamat ni dia memang bijak, but at the same time dia akan buat something yang puaskan hati dia. contohnya, ada satu adegan tu, seorang gadis kena kacau dengan lelaki nakal tapi apa yang menyedihkan semua orang dalam kafe tu, buat tak endah, dalam erti kata lain taknak pun tolong perempuan tu daripada dikacau. So, devi ni nampak situasi tu, jadi nak dapat feeling kick tu, dia pergi tampar semua orang yang tak endahkan gadis tu. hahahaha. ( but, no worries, dia pukul jugak lelaki yang kacau perempuan tu) ni secara ringkas perasaan kick tu. 

aku tak berapa pakar nak komen cgi dan apa segala teknologi yang dilakukan dalam filem tu. aku just bagi review pengajaran yang terdapat dalam filem. so aku ringkaskan je lah apa pengajaran yang kita akan dapat.

'kick' yang sebenar
dalam filem ni, pada mulanya kau akan nampak yang devi ni seorang yang memang takde matlamat, hidup dia penuh dengan keseronokan. sebab tu dia ada perasaan 'kick' ni. bab-bab kerja jangan cerita, selalu tukar, sebab dia takde rase 'kick' tu. kick ni simplenya kepuasanlah. gituu. so, memang ramai tak boleh terima cara hidup dia termasuklah kekasih dia sendiri. so, end up mereka putus di tengah jalan tapi berjumpa semula but in the different situation.
and kalau chuolls nak tahulah, lepas dia putus dengan makwe dia, dia jadi Devil. Gelaran yang dia sendiri bagi. Dia jadi perompak yang paling dikehendaki dan susah nak ditangkap. yesss, ada sebab dia jadi perompak. kena tengoklah ya sebab apa dia jadi perompak. hahaha. And pada permulaan cerita, kau akan perasan sorang kana-kanak perempuan yang selalu mintak duit dekat devi. so, faktor utama dia jadi perompak terhebat adalah kerana kanak-kanak tersebut. Dan, dari situ lah dia tahu apa kepuasan yang dia mahukan.

dalam filem ni, memang banyakla adegan tak logik but apa yang aku belajarlah, actually dalam life kita ni, kita ada satu feeling di mana, ianya kepuasan untuk kita. Dan kepuasan tu, bukan semata-mata duit yang banyak. but in different way. Walaupun cara dia dapat kepuasan tu salah sebab merompak, but if you look in different way, sangat terharu. 

tu je lah kot, aku nak review..hmm,mcm tak review pun. hahahaha. aku rating filem ni 8.5/10. macam banyak sangat je, sebab aku tgok review filem ni paling tggi pun 5.5 x silap. ah, lantakla..aku ikut aku lah. hahaha. 

btw, ending filem ni agak tergantung. But, no worries, filem ni khabarnya ada sekuel.huhuhu. 

Sunday, 15 October 2017

Perasan tak?

Hai, Assalamualaikum w.b.t. Kepada kalian. Malam-malam gini aku sedang menggigihkan diri untuk menaip, sebab dah give up nak cari kajian lepas berkaitan research aku. lain yang di-type, lainla yang keluar. Dan ini boleh menyebabkan stress yang berpanjangan. So, dari aku stress dan tengah sakit kepala ni, better aku buat something yang boleh melegakan stress aku ni haa. Salah satunya blog ni laa. hahaha. K, tak lawak.

btw, hari ni aku nak share sikit berkaitan pembelajaran di UKM ni, jangan risau, tiada sesi orientasi dalam penulisan ni. Means, aku tak tulis pun, ni FEP, di tubuhkan pada tahuin bla-bla dan bla. just nak share something, apa yang aku perhatikan sepanjang pengajian aku di UKM ni laa. sebelum tu, aku bukanlah type of ustazah yang tinggi ilmu agama, im just ordinary girl yang banyak khilafnya, so if penulisan aku ni agak men'deep'kan, mintak maaf awal-awal naaa.

Apa yang aku perasanla..mostly yang dapat kelas yang lecturer baik-baik, sometimes, kelas dia tak ramai but tandatangan attendance full. hahaha. Paling geram bila member suruh signkan, padahal dia tak mai kelas pun. sangat rasa tidak bersalah. Dan, Alhamdulillah, aku tak pernah buat lagi. Kadang-kadang kesian ngan lecturer tu, mentang-mentangla baik ya amat, tak pernah marah, kelas dia tak ramai pun Tak tahu lah korang semua ni tak datang sebab apa. hmmm. sebelum nak buat something yang salah. Fikirlah  banyak kali. Fikir apa matlamat utama masuk kelas, masuk belajar. Bukan semata-mata nak segulung ijazah sahaja. Tapi Ilmu tu penting. Keberkatan Ilmu tu. tu yang penting.

and satu lagi, if tak rasa bersalah jugak, think wisely. Berapa ramai yang nak masuk ukm or mana-mana ipt, but mereka semua ditolak sebab nak terima kita. Jadi, buatlah yang terbaik. Buat bersungguh-sungguh. kurangkan merungut. kurangkan mengumpat, and plus, if kalau buat kerja group tu, buatla cara kerja kumpulan, jangannlah nak mengharap seorang je. Jangan lepas tangan. Sometimes kawan tak tegur, sebab fikir kawan dan takut terasa. But, satu kesilapan kita ( include lah aku), kita tak tegur apa silap kawan kita, hanya diamkan diri, lepastu lepas geram kat orang lain. haishh.

so kesimpulannya, masuk u ni belum tentu melahirkan masyarakat beradab dan beretika, its actually depend on yourself. k laaa..stress aku pun mcm dah berkurang, nak sambung kerja sat. byeee

Saturday, 7 October 2017

review buku : kisah 25 filsuf barat









Assalamualaikum semua, sahabat aku yang dikasihi, dirindui dan disayangi sekalian. okay gais..tengah memalam buta gini, aku tiba-tiba ada satu kegigihan untuk review satu buku yang aku baru je khatam beberapa hari lepas walhal aku beli buku tu tahun lepas. kenapa baru habis tahun ni? sebab internet lembss dan tak tahu nak buat apa, so aku pun mengigihkan diri baca buku tu sampai habis. sebelum mengomel panjang, buku ni di tulis oleh mat luthfi. siapakah gerangan lelaki ini? sila google, malaiaih nak cerita  berkaitan beliau. muahahaha. so, back to the topic, ada beberapa perkara yang aku nak utarakan berkaitan buku ini. antaranya ialah : ( eceh macam karangan pulak) 

1. Gaya Penulisan

 memandangkan aku ni meminati karya mat lutfi yang sempoi especially bila dia buat video, first expectation aku kat buku ni adalah penulisannya yang sempoi. hahaha, tapi sebenarnya penulisan dia kali ini lebih tersusun dan berilmiah. Dan paling mengejutkan aku, saiz tulisan dalam buku ini agak kecil, so memang banyaklah kau nak kena baca kannn. so, kalau korang memang tak suka membaca, aku tak berapa nak suggestkan buku ini. kih kih kih. walaupun penulisan dia sikit berilmiah, but penyampaian dia simple je. and sometimes ada lawaknya so that kau takdelah tak faham langsung apa yang kau baca. And penghujung setiap bab, kau tahu apa yang si penulis nak sampaikan berkaitan falsafah yang dibawa oleh ahli filsuf ni. 

2. Benda baru?

yes. banyak perkara baru yang kau belajar berkaitan falsafah barat. kalau sebelum ni kau bangga sebab kau tahu aristotle dan pluto, better kau rendahkan diri dan hati itu sekarang. Sebabnya, ramai ahli filsuf barat yang membawa pelbagai falsafah yang aku rasa okay dan ada juga falsafah kurenggs. please guys, jangan komen , kitab agama banyak tak tahu, dah minat nak k baca hal-hal falsafah barat. its something that you should know, tak semua falsafah mereka sesat. dan benda baru nya pun bukan mengajak hangpa semua ke arah liberalisme, sekularism dan macam-macam ism lagi. it is just sharing some knowleedge.  okay?

3. Akidah tersasar?

no wayyy. tak mungkin. dan mintak dijauhkan. Buku ni bagi aku sangat bagus, jangan risau..penulis tak mengagungkan falsafah barat ni pun, cuma jika ianya berkait dengan islam, penulis kaitkan dengan beberapa potong ayat al-quran/ hadith untuk so that adalah falsafah yang okay, yang tidak okay tu, penulis menulis  dengan nada sindiran tapi lawak. 


so sampai sini je lah aku mengomel tak berapa panjang, sebab fikiran aku tengah fikir tajuk kertas ilmiah yang tergantung. huhuhu. takpe tin positive ajaaa ( padahal dah terbawa-bawa mimpi pasal kertas ilmiah ni) aiyaaaaa. 

daaaaa. Assalamualaikum w.b.t. Istiqomah on your hijrah. muah cikedd.




Saturday, 30 September 2017

Life is Full of ................?




Lama dah aku tak update blog aku ni, ye lah, asyik busy dan busy dan busy. Padahal bukan busy mana pun, melagha je banyak. Sebelum mengomel panjang, just wanna share something yang terdetik di hati sanubari ni lah. hehehe


Aku nak share apa sebenarnya? hahahaha. Pernah tak kau rasa kau hebat dalam bagi motivasi kat orang but at the same time kau sendiri tidak bermotivasi. tak faham? jap, aku bagi ayat simple-dimple okay.

ceritanya begini, aku kasi contoh. Kawan kau kecewa dalam percintaan, dan dia luahkan segala kekecewaan dia dekat kau, so kau sebagai sahabat baik dia, kau gives the best advice yang aku rasa memang tip-top meletop-top lah. Tapi actually, kau sendiri tidak ada langsung pengalaman bercinta. hahahaha. Nampak tak? macam tu lah analoginya.

ni dikatakan cakap tak serupa bikin ke cana? bagi pendapat aku lah, tak salah pun nak bagi nasihat, tips-tips bahagia berumah tangga ( eventho kau single). tak salah okay. ye lah. kau bagi nasihat tu pun kira kau seorang yang good listener, try to be the advisor ( haaa,gitu) dan try nak motivate others, aku rasa its a good things kot. Jadi, tak payahlah kecam teruk sangat ye anak-anak.

pandai bagi nasihat pasal anak, kau sendiri pun tak kawen lagi. bagus bagi nasihat, kau sendiri pun tak pernah bercintan. so what? Pandai nasihat orang, ajar orang itu ini, kau sendiri pun perangai macam apa. betul tak? nak cari suami imam, solat pun lompang-lompang. dan bla-bla seangkatan dengannya.

life kita penuh dengan kecaman-kecaman yang boleh dikatakan kalau kau silap dari fakta, boleh fitnah. Aku tengok kat fb, komen-komen netizen sangat menakutkan. judge yang terlalu melampau-lampau, cakap seperti ahli syurga. kadang-kdang aku terfikit. where is our manners? 


btw, kenapa aku rasa setiap perenggan aku macam tak berkaitan ni? hahaha. okaylah. esok ahad, have a good holiday guys. daaaa. ai nak nyambung aisemen japss. 

Friday, 10 March 2017

review filem : Baabul




Image result for baabul



Hai! Assalamualaikum awak-awak semua. Pagi-pagi minggu ni kalau student life, dua je benda diaorang buat. Tido. dan Tido. hahaha. Takdelah. Sebenarnya sambil-sambil aku melaksanakan tugasan yang bertimbun tu, aku layan filem bollywood. Memandangkan filem bollywood ni panjang ya amat, so aku tengok part-part penting dalam cerita dia je. Okay. Tadi aku baru je tengok part-part sedih dalam filem baabul. Opss, cerita apakah ini? yeahh. Cerita ni bagi aku sangat-sangat mencabar emosi. Aku memang sedih weyy kalau tengok cerita ni. Tipula kalau aku tak menangis, dapat pulak amitabh bachan yang berlakon, perhh. Sedih siot. Okay. nak aku kasi sinopsis ke macam mana? aku ringkaskan je lah eh cerita ni. Nanti korang tengok-tengoklah. hehehe.

Cerita dia mulanya gini. Millie ni kire bahagialah dengan si Avi ni. Orang kata pasangan bahagia gitu. Hidup diorang  ni memang bahagia, ditambah pulak dengan kehadiran seorang anak. Plus-plus bahagia bila millie ni dapat mertua yang sangat-sangat baik bagi aku. Biasalah kalau filem, mesti ada konflik. Tak gitu? Konflik dia terjadi bila si suami (avi) meninggal akibat kemalangan. Sakitnya tak terbayang. Millie mula kesedihan dan dalam kemurungan. Hidup dia bagai musnah kerana kebahagiaan yang dikecapi bersama Avi hilang macam tu je. ni Kes tak redho lah ni. Tapi apa yang menarik dalam cerita ni, pak mertua millie ni. ( lakonan Amitabh Bachan), Balraj  ( Amitab Bachan) ni memang sayang gila kat millie ni, same goes to his wife, tapi sayang dia ni lain macam beb Balraj ni nak bagi Millie ni 'kehidupan' yang baru, dia sedih tengok menantu yang disayanginya ni hidup macam mayat bernyawa. So, Balraj ni pun nak kawinkan Millie dengan bestfirend si Millie ni. Millie taknak mula-mula. Tapi atas pujukan, Millie terima, tapi isteri Balraj ni tak. Atas alasan Nak jauhkan Milie dengan dioranglah. gitu.

konflik berlaku lagi, bila si abang balraj  ni, datang pastu marah si Balraj ni, sebab melanggar tradisi. Kalau korang nak tahu, dalam tradisi India, Balu tak boleh kawen sepanjang hayat, dan kire macam bawak malang. Abang Balraj ni cakaplah macam-macam kat Balraj. Dia katalah sebab kau bagi adik ipar kau ni datang majlis perkahwinan avi dan millie dulu, Avie mati. Dia nak cakap ni semua punca balu ( adik ipar balraj ni) .  ni pulak kes tak terima takdir. Tapi Balraj ni degil, dia teruskan, bagi dia anak tu lebih utama dari adat! Adat yang merapu-rapu hingga musnah kebahagiaan orang. what? so Dia teruskan jugak. part ni aku dah meleleh2 air mata. hahahaa. feeling weyy. Dia sayang Millie ni lebih macam anak dari menantu. lastly abang Balraj ni pun terima, dan sedar akan kesilapan dia. Isteri si Balraj ni pun akui kesilapan dia.

Ending cerita ni bagi aku sedih dalam kegembiraanlah. ke gembira dalam kesedihan, hahahaa. tak kisahlah. aku rate cerita ni 4.5/5. Sebab Salman Khan mati ( salman khanlah yang bawak watak Avi).