Assalamualaikum
dan selamat petang gaisss, hari ni aku nak share sikit berkaitan buku yang aku
baru baca beberapa hari lepas, dan seperti dijanjikan aku nak review satu buku
ni iaitu Semusim di Masyar. Yeahhh. Best ke tak buku ni? Jeng Jeng Jeng. Okay,
memula aku nak gitau aku review ni berdasarkan pembacaan aku, so aku bukanlah
ada pengalalaman nak menulis buku ni , paling terer pun siapkan kertas Ilmiah.
itu pun sebab syarat nak grad. hahaha. Jadi, balik pada perjanjian tadi, aku
suggestkan if nak baca review aku ni jangan expect tinggi-tinggi sangat yang
aku akan review kaw-kaw dan berkemungkinan aku akan spoilkan endingnya..hahaha,
idok. Tipu aje. K hambar.
So
first of all, apa yang menyebabkan aku terbeli buku ni? Aku beli sebab buku ni
one of the best seller kat POPULAR,hokayyy. Haaaaa, hebat tak? Hebat en? So,
tak perlu pertikaikanlah kehebatan buku ni. Penulis buku ni pun memang
buku-buku dia best seller, aku tak nafikan. Cuma, tak dapat hidayah lagi nak
bace. Hehehe. Okay. Aku terangkan ciri-ciri buku ni siap isi kandungan serta
pengisian dia sikit-sikit. Tak banyak pun.
Antara-antaranya
ialah ( lama tinggal subjek BM, so maaf jika banyak Bahasa pasar. Kih Kih Kih)
:
1. 1)Buku ni page dia tak
banyak mana, aku ambik masa 2 hari aje ( tolak makan tido, membawang, tengok tv
dan mandi, beberapa jam je kot), and kalau korang tak suka membaca buku-buku
tebal 500 page tu, aku suggestkan baca buku ni as permulaan untuk kita
berjinak-jinak dalam dunia pembacaan. Walaupun page dia tak setebal novel “Mencintaimu
Encik President Library”, tapi pengisian dia padat woooooo! Kalau kau baca
tiap-tiap hari buku ni, fuhhh. Insaf. Serius, banyak gila pengisian.
2. 2)Cerita ni simple. Anak
derhaka. Tapi, perjalanan cerita and kenapa dia jadi anak derhaka, sampai nak
habis nyawa pun dia boleh benci mak ayah dia memang menarik perhatian aku,
memang kau akan tertanya-tanya. Apa kaitan dia ni dengan dia ni? Siapa dia ni?’
Level anak derhaka dia memang kau boleh geram kat budak ni. Tapi bab kena hukum
kat Padang Masyar, ya Allah. Seram. Tu baru bayangan penulis, macam manalah
kalau the realitynya.
3. 3)Proses kena balasan kat
padang masyar tu, aku terbawa-bawa kot. And semasa dalam proses dihidupkan
semula tu, banyak wehhh hukuman dia kenaaa. Tapi yang bestnya novel ni, dia
bukan fokuskan semata hukuman pada anak derhaka sahaja, hukuman pada pendosa
lain pun dia tunjukkan. Aku baca suasana dia kat padang masyar tu, memang rasa
penat sebab lama sangat pun, tapi tu lah bila terfikir balik baca pun dah rasa
penat, macam mana nak hadap betul-betul kat Padang Masyar. Serius. Seram, rasa
berdosa. Semua dah menerawang terbayangkan alam sana tu. Hebat betul Sang
Penulis, bisa membawa kita terbayang dan menginsafi atas perbuatan dosa silam.
Panjang Pahala beliau.
4. 4)Satu lagi aku respect,
buku ni tiada pun unsur-unsur pornografi, jadi buku ni seharusnya ada dalam
setiap remaja. Serius. Aku baca, memang bersih dan suci ( macam bunyi halal
pula, hehe) langsung tak ada unsur-unsur
18sx macam ada sesetengah novel yang aku baca
tapi aku slowly xmau baca novel
terbitan tu sebab ada unsur 18sx yang tak sesuai untuk remaja umur kiterrr ni. Yang
tau tu, korang fikir2kan semula. Heeee, and ustaz pun tak galakkan baca ( buku
18sx ni dikategorikan macam independent writing, kalau aku cerita apa maksud
indepent writing mau x habis)
5. 5)Finally, aku highly recommended
untuk korang baca sebab best, tapi yang sejenis takut terbawa-bawa sampai
beberapa hari, aku tak galakkan baca sebab proses hukuman dia seram dan
menakutkan, aku tak mau bertanggungjawab kalau korang mengigau berhari-hari
baca buku ni. Tapi adakalanya bagus juga terbawa-bawa at least bila rasa
berdosa tu, memang muhasabah diri jap kenang hukuman2 kat akhirat nanti.
So,
konklusinya buku ni aku bagi kasi 8 bintangggg! Kenapa tak 10, sebab saje-saje
suka-suka nak acah2 jadi cikgu dekut markah. Hahaha. Cuma aku just
tertanya-tanya lah watak utama dalam novel ni iaitu iqlima, berapa umur dia and
dia kerja apa before dia jadi cikgu tadika? And note sekali, yang mencintaimu
mr president library tu aku reka2 je,takde lagi novel tu dalam pasaran.
No comments:
Post a Comment