Friday, 10 March 2017

review filem : Baabul




Image result for baabul



Hai! Assalamualaikum awak-awak semua. Pagi-pagi minggu ni kalau student life, dua je benda diaorang buat. Tido. dan Tido. hahaha. Takdelah. Sebenarnya sambil-sambil aku melaksanakan tugasan yang bertimbun tu, aku layan filem bollywood. Memandangkan filem bollywood ni panjang ya amat, so aku tengok part-part penting dalam cerita dia je. Okay. Tadi aku baru je tengok part-part sedih dalam filem baabul. Opss, cerita apakah ini? yeahh. Cerita ni bagi aku sangat-sangat mencabar emosi. Aku memang sedih weyy kalau tengok cerita ni. Tipula kalau aku tak menangis, dapat pulak amitabh bachan yang berlakon, perhh. Sedih siot. Okay. nak aku kasi sinopsis ke macam mana? aku ringkaskan je lah eh cerita ni. Nanti korang tengok-tengoklah. hehehe.

Cerita dia mulanya gini. Millie ni kire bahagialah dengan si Avi ni. Orang kata pasangan bahagia gitu. Hidup diorang  ni memang bahagia, ditambah pulak dengan kehadiran seorang anak. Plus-plus bahagia bila millie ni dapat mertua yang sangat-sangat baik bagi aku. Biasalah kalau filem, mesti ada konflik. Tak gitu? Konflik dia terjadi bila si suami (avi) meninggal akibat kemalangan. Sakitnya tak terbayang. Millie mula kesedihan dan dalam kemurungan. Hidup dia bagai musnah kerana kebahagiaan yang dikecapi bersama Avi hilang macam tu je. ni Kes tak redho lah ni. Tapi apa yang menarik dalam cerita ni, pak mertua millie ni. ( lakonan Amitabh Bachan), Balraj  ( Amitab Bachan) ni memang sayang gila kat millie ni, same goes to his wife, tapi sayang dia ni lain macam beb Balraj ni nak bagi Millie ni 'kehidupan' yang baru, dia sedih tengok menantu yang disayanginya ni hidup macam mayat bernyawa. So, Balraj ni pun nak kawinkan Millie dengan bestfirend si Millie ni. Millie taknak mula-mula. Tapi atas pujukan, Millie terima, tapi isteri Balraj ni tak. Atas alasan Nak jauhkan Milie dengan dioranglah. gitu.

konflik berlaku lagi, bila si abang balraj  ni, datang pastu marah si Balraj ni, sebab melanggar tradisi. Kalau korang nak tahu, dalam tradisi India, Balu tak boleh kawen sepanjang hayat, dan kire macam bawak malang. Abang Balraj ni cakaplah macam-macam kat Balraj. Dia katalah sebab kau bagi adik ipar kau ni datang majlis perkahwinan avi dan millie dulu, Avie mati. Dia nak cakap ni semua punca balu ( adik ipar balraj ni) .  ni pulak kes tak terima takdir. Tapi Balraj ni degil, dia teruskan, bagi dia anak tu lebih utama dari adat! Adat yang merapu-rapu hingga musnah kebahagiaan orang. what? so Dia teruskan jugak. part ni aku dah meleleh2 air mata. hahahaa. feeling weyy. Dia sayang Millie ni lebih macam anak dari menantu. lastly abang Balraj ni pun terima, dan sedar akan kesilapan dia. Isteri si Balraj ni pun akui kesilapan dia.

Ending cerita ni bagi aku sedih dalam kegembiraanlah. ke gembira dalam kesedihan, hahahaa. tak kisahlah. aku rate cerita ni 4.5/5. Sebab Salman Khan mati ( salman khanlah yang bawak watak Avi).


Seronok ke dapat Dean List?




Image result for dean's list



Assalamualaikum semua. Apa khabar hari ni? hehehe. Alhamdulillah aku dah masuk semester 2 tahun 2. Assignment aku pun dah mula bertimbun-timbun. Stress? tipulah kalau aku tak stress. Tapi kalau kita enjoy dengan stress tu, InshaAllah nak buat kerja pun seronok je sebenarnya. And one more thing, stress2 belajar ni la yang korang akan rindu nanti lepas habis belajar. hahahaha. yeke? Alhamdulillah result exam aku pun semakin meningkat. Agak mendadak bagi aku. Sebab expectation aku tak setinggi itu, dan aku belajar pun, aku takde lah eager sangat nak deanlist tu. Tapi one day tu, aku rasa macam teringin je. hahaha.  Mungkin sebab aku dengar bestfriend aku dapat dekan,. So aku jad semangat nak belajar bersungguh-sungguh. Seriously talk. Dekan tu bukan target, tapi ianya satu achievement setelah penat lelah kau sepanjang belajar the whole semester.

Aku bukak result. aku terkedu. Ayah aku orang pertama tahu result aku. Ya, aku tahu. Result tu bukan segala-galanya. Dekan tu bukan segala matlamat utama. Tapi satu yang aku pegang, kalau dengan dekan ni boleh buat mak ayah aku happy, aku buat! Perasaan gembira tu lebih pada mak ayah aku. Aku tak mintak pun lebih, as long dapat happykan mak ayah aku. Diorang tak pernah pun suruh aku dapat dekan, belajar gila-gila. Lagi suruh aku rehat adelah, tapi aku dapat rasekan, jauh di sudut hati tu mereka nak lebih dari tu. Mereka nak jugak achievement dari anak mereka.

gembira dari mak ayah aku bila tahu aku dekan, lain sangat. Tapi satu yang aku sangat-sangat kagum dengan mereka. Mereka tak pernah paksa aku belajar ikut apa yang mereka suka. Mereka beri kebebasan pada aku. Jadi dengan kebebasan ni, aku cuba buat yang terbaik untuk bidang yang aku ambik. 

jadi konklusinya, seronok ke dekan? bergantung pada Individu itu sendiri. Matlamat utama kita belajar adalah kerana Allah. Kalau dapat dekan, ianya rezeki yang Allah kurniakan atas usaha yang kita lakukan dan doa yang tidak putus. 

btw dengar cerita result spm nak keluar next week? huhuhu. All the best yaa!