Wednesday, 23 November 2016

Jiwa sastera




Assalamualaikum gaisss! siapa yang belum tidur tu, mai-mai baca blog aku yang tak segah blog fatin liyana ni. hahaha. Hmmm, malam ni aku nak share sikit pasal golongan-golongan yang berjiwa sastera ni. Siapa yang kat sini dia suka karya-karya sastera, boleh katakan dia ni pesen suka baca ayat-ayat bombastik sikit. Kalau lagu pun yang memang tangkap jiwang tapi bukan jiwang rock..kau kekasih awal dan akhir tu. hahaha. Ni yang jiwa-jiwa klasik sikit. hahaha. macam cerita pasal aku pulak en. Siapa yang dia generasi Y, tapi dia penggemar lagu melayu klasik ? meh geng ngan aku meh. Kalau uolls pelayan lagu awie dan amie search, aku adalah pelayan lagu ujie rashid dan pramlee. Rare tak? ke tak rare? sebenarnya, aku takdelah overdose sangat jiwang klasik ni, dia bila datang mood klasik sastera2 bagai..perghh, rasa lain beb! sampaikan kawan aku pernah mintak tolong aku suruh kasi ayat jiwang-jiwang sikit. hamboiii dia. Nasib baik aku tak amek marketing sebagai major course aku, kalau tak, habis aku market produk aku guna ayat klasik je. tidurrrrrr. 

Aku pun layan gak ada satu karya hamka ni, tenggelamnya kapal van derwijck. eh betul ke ejaan tu? hahaha. Cerita ni seriously, menggunakan kata-kata yang puitis sampai kau rasa macam whattttt. Nama character tu sangat klasik. Zainuddin dan Hayati. Jarangkan guna nama tu. hehehe. member aku rekemen cerita ni, dia cakap tangkap lelehlah. Dengan bahasa2 yang puitis. mak aiii. Aku pun layanlah cerita ni akibat pengaruh kawan aku. hahaha. Nak tengok tahap mana puitis cerita ni. Aku layan cerita ni waktu tengah final. Time tu aku teman rommate aku stay up utk study. aku stay up tengok movie. huhuhu. Mula-mula jalan cerita sangat sweet. ke sebenarnya aku terfokus zainuddin yang ganteng itu ( adoi patennn) perjalanan cerita ni sangat menarik dengan susunan bahasanya. Maaflah aku terhayati lebih cerita ni. But quite sad jugak ending cerita ni. huhuhu. nanti aku review filem ini jika ada kesempatan. Tapi bagi mereka yang jiwa-jiwa klasik sastera puitis, bolehla layan cerita ni. Aku jenis flexible. Asal best je pada pandangan, aku tengok je. hahaha. tak kisahlah fight ke, bollywood ke, omputeh ke, ketika cinta bertasbih ke ( huuu..cerita ni pasal kisah cinta pelajar al-azhar) filem ni pun best jugak. huhuhu. 

hmmm..maaflah merapu sikit tengah malam cenggini. Tajuk dngn post aku mcm takde kaitan je kan. hahaha. 

okay. bye2. Asssalamualaikum.


Monday, 21 November 2016

review : train to busan


Assalamualaikum. hai awak-awak semua. fuh, pejam celik pejam celik dah bulan nak hujung bulan 11 dah. Cepat betul masa berlalu kan. Tup-tup je dah 2017. okay, malam ni aku nak cerita sikit pasal movie ni. hahaha. seriously, aku kalau bab2 movie korea agak kureng sikit sebab expectation aku terhadap movie diorang ni rendah kirenya aku anggap macam movie biasa-biasa je. Tiada apa untuk dibanggakan. Sometimes cerita sweet pun bosan. Thriller adalah aku layan, tapi cerita ganas2 fight ni aku suka tengok filem Cina. Especilly Donnie Yen! perghh. Dia punya fighting skill buat aku termangu sebentar. Tua-tua pun aku still nampak kemachoan dia. hahaha. Okay. Back to topic. Aku layan filem train to busan ni semalam. Kat umah abang aku. Aku tengok cerita ni sebab ramai kata movie  ni best. Cerita ni macam realiti sikitlah berbanding zombie mat saleh sebab kau takkan nampak hero secara tiba-tiba ada figthting skill dan mempunyai senjata api yang kebaboom! Cerita ini aku taknaklah share sinopsis sebab ramai rasenye dah tau cerita ni. Tinggal tengok dan tak tengok je. hmm..ada beberapa aspek penting dalam mengggerak cerita ni jadi best!

1. Family.
Dalam cerita ni, kau akan lihat how sweet suami protect isteri yang pregnant. Seriously, muka gangster, hati bunga beb, Memang dia protect gila isteri dia, sampai dia mati kot. part ni sedih. Dia ni pun banyak jugak tolong hero. Part anak si hero ni hampir nak kena gigit ngan zombie, dia cepat-cepat halang. Haaa, time ni barulah hero ni sedar bahawa jangan nak selfish sangat. part hero ni pulak, dia ni masa mula-mula cerita agak selfish, tapi bila dah pertengahan baru dia sedar yang sebenarnya life ni tak boleh nak selfish, tambah2 lagi kau dalam kesusahan. Part hero ngan anak dia, lagi lah wehhh. Sepanjang surviving dalam train nak ke busan dipenuhi zombie yang errrhhh, hero ni buat apa sahaja untuk anak dia selamat. and hero ni pun tolong perempuan yang pregnant ni setelah suami dia mati. Aku rasa masa diorang bertiga je tinggal, aku ingatkan one happy family. Sekali hero pun mati. aiyaaa. I cannot accept this. huuuu, mungkin sebab aku dah terbiasa dengan filem hindustan yang heronya jarang mati. Bila kena tetak 100 kali pun, coool je lawan balik ngan musuh yang beribu-riban. hahahaha. 

2. Si antagonis
Punca utama yang mengggerak cerita ni dan wujudnya unsur ' wehhhh, bukaklah pintu tuuu!' adalah si antagonis ni. Ramai member aku cakap dia ni jahat gila. Masa permulaan cerita aku tak nampak sangat jahat dia, sekali dah pertengahan, perghhh..kuang hasaaam. selfish ya amat! Seriously, part dia memang sakit hati. Ramai gak yang mati sebab dia. Dia sorang je nak hidup. CEO yang agak kejam. Suka desak-desak orang. Langsung tak pikir orang lain. memang sakit hati jugak aku tengok orang tua tu. Dia sanggup buat apa sahaja demi kepentingan diri. Tapi at last mati jugak ( padan muka. hahaa) sebab kena gigit ngan zombie. Dia jugak punca hero ni mati. Sebab dia pi gigit tangan hero tu. ciskek. Aku memang fefeling tengok movie ni, so aku jadi geram tengok antagonis tu walaupun hanya lakonan. hahaha.

3. Realistik.
haaa..apa yang realistiknya? haahaha. Zombie? hahaha. taklah. Cerita ni nampak realisitik sebab perjalanan cerita ni tak nampak sangat kartunnya. contohnya, takde pulak si hero ni naik atas train ke, lawan ngan zombie bagai ( kalau ada, nampak menipu sangat, sebab bukan keretapi tanah melayu. Bullet train kauuu) senapang, maching gun,meriam, bom takde kat mana-mana penumpang, so kirenye pepandailah korang survive. haaaa. nampak tak? suspen dia lagi dasyatlah sebab takde senjata. Hanya kayu besbol dan peralatan apa ntah. Protect diri pun guna salotape wehh. Cume part perempuan mengandung berlari tu aku musykil sikit. Sebab dasyat sngt dia lari, sesilap tu boleh gugur. 

aku bagi 8.5/10.Sebab watak yang tak sepatutnya mati, telah mati sia-sia. tu pasai aku tak bagi full 10/10. hahaha. Kalau nak tonton kat wayang, lagi feel. Zombie dia pun not bad hodoh dia. Dengan terpeleotnya. hahaha. Okay, sampai sini sajaa reviewya, ai nak sambung wat assignment yang tertunggak, daaaa. 

Wednesday, 9 November 2016

Impian?

Assalamualaikum. apa khabar awak-awak semua. hmmm..sementara menunggu maghrib ni nak story sikit pasal impian ni. Memandangkan konvo pun baru je habis semalam, jadi aku nak share sikit pasal graduate student ni. aku undergraduate. hahaha. Tapi berlagak macam dah ada PhD. Aku suka tengok orang yang habis grad ni. senyum je. muka happy je. at the same time, mak ayah pun happy. Kau bayangkan kau jalan atas pentas dapat segulung ijazah. hmm.. i wonderlah. macam mana aku nanti. huhuhu. Yang dapat anugerah dekan lagi, anugerah naib cancelor, anugerah di raja. pergh..tu lagi ahh. tersenyum lebar tanda kesyukuran atas nikmat yang Allah bagi pada mereka. Aku? hmmm. takde apa yang nak dibanggakan. hahaha. Tapi aku ada satu impian. Nak sambung sampai PhD, if ada umur dan dimurahkan rezeki. tinggi tak impian tu? hahaha. Biasalah, berangan aku kuat. Dulu masa sekolah, nak masuk universiti. Alhamdulillah dapat. Tapi aku ingat lagi time sekolah menengah dulu. Ada satu buku yang kita kena tulis 3 cita-cita utama. hmmm, satu yang aku tulis pun tak lekat. hahahaha. Yang tak boleh tahan tu, aku nak jadi pramugari! sebab aku rasa time tu pramugari ni cantik dan boleh fly sana sini. Tapi apakan daya, syarat untuk jadi pramugari memang tak leh go ngan jiwa aku. Tinggi lepas dah, perwatakan pulak. Failed. aku tak reti mekap2 ni, bergaya apatah lagi. Aku pakai apa yang aku selesa. as long as menutup aurat. Tu belum lagi cita-cita lain, nak jadi dr. cita-cita aku nak jadi dr ni dah tanam sejak zaman sekolah. ( walaupun aku tau aku worst gila matematik dan sains) tapi waktu tu aku rasa kerjaya dr ni hebat. pakai kot putih, jalan tengok patient. memang rasa best je. Biasalah budak2. huhuhu. Tapi apakan daya, aku takde kekuatan nak belajar fizik, biologi dan kimia masa tingkatan 4. Haaaa..awal2 aku give up. engko rase? Jadi aku pun tulis surat kat cikgu, aku nak amek aliran sastera ( subjek akaun, add math dan eko) tu pun aku takleh go jugak. hahaha. dan start tingkatan 4 aku berjinak-jinak nak jadi cikgu. Seriously, aku memang nak jadi pendidik. Time tu orang cakap jadi cikgu tak best ke, cepat stress ke..aku tak heran dah. hahaha. aku nak jugak jadi. Tapi rezeki aku tidak ke arah cikgu, tapi ke arah bidang pentadbiran perniagaan. 

Masa dapat offer kos ni, meloncat gembira aku. mana taknya, kos ni antara kos yang aku minat, dan the reality is kos ni tak semudah yang orang fikirkan. Kesian kat pelajar bisnes ni, selalu kena kecam. hahahaha. rasa down jugak. Tapi mak aku slalu bagi smangat. Belajar je. rezeki kerja tu ada. Mana tak down, asal aku bagi tau kos ni je, ramai pertikaikan..nape tak amek akaun? nape bisnes? bisnes ramai lah. susah nk dapat kerja nanti. sampai satu tahap aku rasa nak membohong je. ikut hati ni nak je cakap ijazah sarjana muda kejuruteraaan petroleum..hahaha. tapi tak baik menipu nokss. jujur aja. kalau ada yang bagi down tu. senyum je. tak perlulah nak bidas balik. senyum je. tak perlu kata apa2. 

sebab tu i rasa nak sambung PhD. Biar nganga sikit. hahaha. taklah. tak baik niat macam tu. Cita-cita nak jadi pendidik tu masih dalam, jadi kalau tak dapat cikgu, why not pensyarah? pendidik jugak kan? hehehe. oh maaaiii, kuat ke tak aku ni nak belajar tinggi-tinggi ni. Aku ingat lagi, makcik aku cakap..belajarlah tinggi2 awong sampai Phd, takyah kawen. hahaha. time ni tersentak gak. Bagi aku kawen tak kawen its not a big problem to me, but big prolem pada family aku. Chill. baru 21 kot. hahahaha. no no no. Jodoh Ajal ni kan kuasa Allah. Jadi tak perlu resah gelisah ( walaupun sebenarnya aku gelisah jugak) tapi fikirlah baik2. Sesungguhnya Perancangan Dia lebih Hebat. kita sebagai hamba ni apalah sangat. Kan? hehehe.

okay awak. Maghrib dulu.

dari si berangan nak Phd :D