Saturday, 14 April 2018

Review Buku : Semusim di Masyar












Assalamualaikum dan selamat petang gaisss, hari ni aku nak share sikit berkaitan buku yang aku baru baca beberapa hari lepas, dan seperti dijanjikan aku nak review satu buku ni iaitu Semusim di Masyar. Yeahhh. Best ke tak buku ni? Jeng Jeng Jeng. Okay, memula aku nak gitau aku review ni berdasarkan pembacaan aku, so aku bukanlah ada pengalalaman nak menulis buku ni , paling terer pun siapkan kertas Ilmiah. itu pun sebab syarat nak grad. hahaha. Jadi, balik pada perjanjian tadi, aku suggestkan if nak baca review aku ni jangan expect tinggi-tinggi sangat yang aku akan review kaw-kaw dan berkemungkinan aku akan spoilkan endingnya..hahaha, idok. Tipu aje. K hambar.

So first of all, apa yang menyebabkan aku terbeli buku ni? Aku beli sebab buku ni one of the best seller kat POPULAR,hokayyy. Haaaaa, hebat tak? Hebat en? So, tak perlu pertikaikanlah kehebatan buku ni. Penulis buku ni pun memang buku-buku dia best seller, aku tak nafikan. Cuma, tak dapat hidayah lagi nak bace. Hehehe. Okay. Aku terangkan ciri-ciri buku ni siap isi kandungan serta pengisian dia sikit-sikit. Tak banyak pun.
Antara-antaranya ialah ( lama tinggal subjek BM, so maaf jika banyak Bahasa pasar. Kih Kih Kih) :

1. 1)Buku ni page dia tak banyak mana, aku ambik masa 2 hari aje ( tolak makan tido, membawang, tengok tv dan mandi, beberapa jam je kot), and kalau korang tak suka membaca buku-buku tebal 500 page tu, aku suggestkan baca buku ni as permulaan untuk kita berjinak-jinak dalam dunia pembacaan. Walaupun page dia tak setebal novel “Mencintaimu Encik President Library”, tapi pengisian dia padat woooooo! Kalau kau baca tiap-tiap hari buku ni, fuhhh. Insaf. Serius, banyak gila pengisian.

2.  2)Cerita ni simple. Anak derhaka. Tapi, perjalanan cerita and kenapa dia jadi anak derhaka, sampai nak habis nyawa pun dia boleh benci mak ayah dia memang menarik perhatian aku, memang kau akan tertanya-tanya. Apa kaitan dia ni dengan dia ni? Siapa dia ni?’ Level anak derhaka dia memang kau boleh geram kat budak ni. Tapi bab kena hukum kat Padang Masyar, ya Allah. Seram. Tu baru bayangan penulis, macam manalah kalau the realitynya.

3.  3)Proses kena balasan kat padang masyar tu, aku terbawa-bawa kot. And semasa dalam proses dihidupkan semula tu, banyak wehhh hukuman dia kenaaa. Tapi yang bestnya novel ni, dia bukan fokuskan semata hukuman pada anak derhaka sahaja, hukuman pada pendosa lain pun dia tunjukkan. Aku baca suasana dia kat padang masyar tu, memang rasa penat sebab lama sangat pun, tapi tu lah bila terfikir balik baca pun dah rasa penat, macam mana nak hadap betul-betul kat Padang Masyar. Serius. Seram, rasa berdosa. Semua dah menerawang terbayangkan alam sana tu. Hebat betul Sang Penulis, bisa membawa kita terbayang dan menginsafi atas perbuatan dosa silam. Panjang Pahala beliau.

4.  4)Satu lagi aku respect, buku ni tiada pun unsur-unsur pornografi, jadi buku ni seharusnya ada dalam setiap remaja. Serius. Aku baca, memang bersih dan suci ( macam bunyi halal pula, hehe)  langsung tak ada unsur-unsur 18sx macam ada sesetengah novel yang aku baca  tapi aku slowly xmau baca  novel terbitan tu sebab ada unsur 18sx yang tak sesuai untuk remaja umur kiterrr ni. Yang tau tu, korang fikir2kan semula. Heeee, and ustaz pun tak galakkan baca ( buku 18sx ni dikategorikan macam independent writing, kalau aku cerita apa maksud indepent writing mau x habis)

5. 5)Finally, aku highly recommended untuk korang baca sebab best, tapi yang sejenis takut terbawa-bawa sampai beberapa hari, aku tak galakkan baca sebab proses hukuman dia seram dan menakutkan, aku tak mau bertanggungjawab kalau korang mengigau berhari-hari baca buku ni. Tapi adakalanya bagus juga terbawa-bawa at least bila rasa berdosa tu, memang muhasabah diri jap kenang hukuman2 kat akhirat nanti.

So, konklusinya buku ni aku bagi kasi 8 bintangggg! Kenapa tak 10, sebab saje-saje suka-suka nak acah2 jadi cikgu dekut markah. Hahaha. Cuma aku just tertanya-tanya lah watak utama dalam novel ni iaitu iqlima, berapa umur dia and dia kerja apa before dia jadi cikgu tadika? And note sekali, yang mencintaimu mr president library tu aku reka2 je,takde lagi novel tu dalam pasaran.