Tuesday, 7 June 2016

Tips Belajar Di Tingkatan 6 ;)

assalamualaikum awak-awak semua. akak nak tanya sikit? siapa dapat masuk form 6? angkat kening sikit. Yeahh. bagus2. tahniah ya bagi yang dapat sambung form 6. seperti perjanjian ada adik ni pm kita. dia dalam dilema nak sambung ke tak. sebab mostly cakap form 6 susah. yeke susah? okaylah. jujur dari hati sanubari akak ni. form 6 susah, tersangatlah susah sekiranya awak tiada inisiatif langsung nak belajar. masuk kelas keluar kelas. zero yang hang dapat. jadi macam mana? macam mana? haaaaa..first of all. pastikan niat kita nak belajar tu. pastikan betulkan niat niat dalam hati nak belajar sungguh2. okay? lepastu dah masuk kelas tu..biasalah. time cikgu masuk, time tu la mengantuknya. time tu lah hilang moodnya. kan kan? seperti saya donggg. tapi ada beberapa tips untuk kita belajar semasa di Tingkatan 6. here the some tips :

1) fokus.
haaa..yang ni penting. awak semua kena fokus. sebetul-betulnya fokus. kalau awak tak fokus. jadi macam akak. kena repeat subject. hahaha. subjek apa? subjek pengajian am. pengajian am adalah subjek wajib yang diambil oleh pelajar Tingkatan 6. kiranya kalau ko gagal subjek ni, subjek lain tiada makna bagimu. huhuhu. oleh itu. fokus dalam kelas tu penting. buku yang ada tu pleaselah conteng. comot pun comotlah. notekan apa yang cikgu ajar dan cakap dalam kelas. sebab cikgu dia highlightkan point-point penting. jadi masa cikgu tengah mengajar tu, kalau ada point, notekan. ataupun highlightkan. jadi bila nak study balik, tak payahlah susah2 nak baca huraian tu balik. baca apa yang cikgu notekan tu je. dengan satu syarat kena faham apa yang di ajar. kena faham. bukan membuta tuli je salin. kesilapan kita selalunya adalah hafal. tapi tak faham. hmmm. macam mane? sebab tu kena faham dulu. lepastu baru hafal. kan kan kan? oleh itu apabila cikgu mengajar, awak kena fokus. bila mengantuk ke apa ke. pleaselah tahan. tahan untuk 2 jam je. sangatlah rugi kalau tertido dalam kelas. rugi tau awaks.

2) studysmart
okayy. study smart. macam mane? macam tadi. kite notekan apa yang cikgu ajar. lepastu study balik. akak ni malas dan memandangkan masa form6 tu balik lambat. jadi akak balik umah banyak tido. sebab penat. kadang-kadang kerja pun tertunggak. jangan ikut tips ni. kalau ikut. habis. jadi apa akak buat? selalunya akak suka buat note based on apa yg cikgu highlightkan mcm peta minda tu. haa..buatlah bentuk gaya macam mana pun. asalkan hang faham.dah ada peta minda. baca yang peta minda tu. baca banyak kali. cikgu akak bagi tips baca 7 kali. kirenya kalau baca. lepastu faham leastu buat peta minda lepastu baca midmap balik.n then buat latihan. haaaa..kan bnyak baca tu. ( ini untuk subjek yang memerlukan effort tuk membaca seperti bisnes dan seangkatan dengannya). memang malas. tapi sampai bila? so kena rajinkan diri jugak. paksa diri tu. mula2 terpaksa. lama2 okay je. hehehe. lepas tu. ada jugak beberapa subjek kena faham. kalau hafal boleh. tapi sekali dia twist soalan. haaaa. kan tersangkut. jadi subjek-subjek yang perlu faham ni kena rajinlah bertanya ya. dan kena perbanyakkan latihan. campak soalan macam mane pun. kita boleh buat. ecewahh. hahaha. latihan pun jangan lah asyik tengok buku jawapan. buatlah sendiri dulu yaa. 


3) berkongsi ilmu.
ini penting! kalau nak berjaya kena kongsi ilmu. takkan awak sorang je nak berjaya. jadi kalau kawan tanya soalan, janganlah buat-buat tak tahu, padahal tahu tu. berkongsi ilmu ni penting tau, sebab kita kongsi, kita dapat. dia pun dapat. jadi bila kawan tak tahu certain soalan, dan dia tanya kita. kita bagitahu cara-cara dan penerangan macam mana nak buat. tak rugi pun berkongsi ilmu ni.  nak jadi cikgu sekejap dalam kelas pun takpe. kalau2 cikgu tak masuk. at least kita share apa yang kita tahu. lagi satu janganlah segan bertanya. tanya kawan-kawan yang pro untuk subjek-subjek tertentu. malu bertanya sesat jaaln. selalunya diorang akan share. dont worry. kalau tak nak share. jangan kawan sama mereka. hahaha.


4) homework/pbs buat.
ni pun kena buat. penting! homework tu kena buat. so cikgu tahu kelemahan kita. takde homework, cari soalan2 past year ke apa ke. buat. lepas tu tanya cikgu. okay? rajin-rajinkan diri tu. masuk form 6 ni kena matured lah sikit. takkan nak suap je semua. kena ada effort sendiri jugak. kan? kan? hehehe. lagi satu pbs ataupun kerja kursus. haaa, ni punca student fenin2 lalat termasuk akak. hahaha. but dont worry. cikgu pantau. asalkan kena buat je. dan jangan tangguh2 sebab pbs ni banyak kerjanya. nak pikir tajuk pun ambik masa. belum lagi pikir soal selidik lagi. objektif kajian lagi. akak menangis buat benda ni tau. sebab  otak serabut nak pikir tajuk. dahla individu. huuuuuu. tapi Alhamdulillah. lepas juga. ada sesetengah subjek kerja kurus berkumpulan, ada subjek kerja kursus individu. okay?

dan dalam tips2 akak bagi ni satu je perkara penting yang kite perlu tahu. kena hormat cikgu. bosan mana pun kena hormat. tak suka ke apake. pendam je. jangan mengumpat. doa je baik-baik. sebab tu kalau nak berjaya, kena hormat si pemberi ilmu. macammane nak berkat kalau cikgu pun awak maki, awak herdik? betul tak? 

dan lagi satu kita kena cuba. kalau dengar kata orang memang takut nak cuba. tapi belum cuba belum tahu kan? jangan sedih-sedih. jangan kecewa. belajar mana-mana pun sama je. susah kalau kita tak belajar. Tingkatan 6 susah. tapi ramai je boleh bawak. jgn risau. ramai yg sedia membantu. :)

Friday, 3 June 2016

no idea for the title. huhu

assalamualaikum awak-awak semua. rajin sangatnya aku ni menghadap laptop. tengah-tengah malam. gagah menaip. hahaha. buka Al-Quran? gagah tak? tepuk dada tanya iman ya. hari ini aku nak share sikit satu perkara di mana tajuk malam ni pasal jodoh? huhuhu. gatai naaa. nak tulis pasal jodoh. takpelah. sekali-sekala. kah kah kah. 

okay. siapa kat sini dia ada 'crush'? angkat kening sikit? huhuhu. hmm..seperti remaja lain kebanyakannya ada pengalaman menyukai seseorang. betul tak? cuma bezanya bagaimana kita mengawal perasaan itu. betul tak? betul tak? huhu. baiklah, crush ni suatu perkara dimana kita menyukai seseorang tanpa diketahui oleh orang tu. hmmm. ada pengalaman tak? mestilah adakan. hehehe. tapi malam-malam cenggini bukan pasai nak main teka-teki siapakah yang mempunyai crush? tapi persoalannya di sini, bagaimana kita mengawal perasaan itu. sometimes kalau jumpa crush ni dia gelabah lain macam. jantung dup dap. dup dap. hahaha. ceh macam ada pengalaman. tapi ada yang kita minat dia, dia minat kita. perghhh..ni lagi bahagia. hahahaha. sebab tak semua dapat connection perasaan yang sama. kebanyakannya bertepuk sebelah tanganlah. macam gua. hahhahaha. merepek. yang suka sama suka ni pulak terus jadi couple. kan? hmm..bercinta niat untuk berkahwin setahu aku its okay. tapi bercinta pun tak boleh overdose. betul kan? tapi kalau bercinta untuk keseronokan? untuk mengelak kebosanan? sekadar peneman luahan perasaan? macam mana? hmmm..tak nak komen lebih. sebab akak pun takde pengalaman. kah kah kah. couple pun tak pernah. tipulah kalau takde perasaan nak couple tu. tapi akak pikiaq positif je. takpelah. tak couplepun takpe. banyak tau hikmah tak couple ni. tak perlu pening2 pikir pasal perasaan pasangan. boleh fokus benda lain yang lebih penting. kih kih.

dan lagi satu jodoh? sekarang ni ramai yang kahwin muda. kawan skolah aku masuk ni 3 orang dah. rasa macam nak left group wassap tu je. hahahaha. teruk aku. pikrlah baik2 ika oii. jodoh mereka dah sampai. kahwinlah. hang pun dah sampai nanti. kawen jugak. tapi satu kita lupa. kita selalu dihidangkan indah kahwin muda. kawin muda bla bla bla. tapi kita lupa ramai juga yang mati muda. ramai juga tidak dapat kecapi alam perkahwinan. betul tak? kita faham jodoh tu pertemuan lelaki dan wanita menghalalkan hubungan mereka dengan ikatan yang sah. tapi kita lupa kematian pun jodoh juga. jadi, doa terbaik. kan? 
kalau kita menyimpan perasaan pada seseorang. doa. doalah yang terbaik. supaya dijaga perasaan. jauh dari perasaan yang membuai-buai. sebab kita kalau mengharap cinta di balas tu punyalah tinggi, nanti kalau tak terbalas. menangis nakss. jadi doa. doa. supaya kawal perasaan. kan? hehehe. ramai cuba. InshaAllah, jika kita yakin dengan ketentuanNya, kita tidak akan kecewa. kita rasa bahagia je. Amin.

#siscuba
#Alhamdulillah.
#officially21.