Friday, 26 February 2016

Giant Oh Giant.

Assalamualaikum awak-awak semua.
hmm...baru je sehari lepas aku menulis. hari ni pun rasa nak menulis lagi....maklumlah awal-awal sem ni tak busy sangat. Kau tunggu tengah-tengah sem nanti ika! betapa kau rasa universiti life ni begitu menguji fizikal dan mental. kah kah kah. dah takde masa nak fikir relationships goal dah. datang kelas. balik kelas. mereput dalam bilik. lifelesskan? hahaha. okaylah dari aku menyopping abiskan duit ptptn aku tuh. masuk duit memang best wehh. nak bayar balik? hmmm..parah parah. hahaha. kena dean lah kalau taknak bayar. semput mak naksss.

okay.. kali ni aku bukak cerita. pasal Giant. bukan Giant Nobita tuh. tu buat apa. kaki buli. baik aku suka dakisuki. hensem. pandai. dan baik. okay..dah. back to the topic bebeh. ni pasal Giant Mall k. dkat area Bangi tuh. Entah. Aku buta jalan. so jangan kau tanya Giant tu dekat dengan bangunan apa. dari UKM nak ke Giant tu berapa jauh. Ikut jalan mana. Jangan tanya. Silap-silap boleh sesat kau naks. kih kih kih. 

semalam aku n the baksis geng pi Giant sebab kena buat kerja kira stock. Kami buat semua ni semata-mata nak kumpulkan duit dana. so ada 15 orang semua termasuk aku sukarela nak buat kerja kira stock kat Giant dari pukul 10 malam sampai pukul 7 pagi. hahaha. excited gak nak wat kerja-kerja gituh. Namun apakan daya tak sampai dua jam aku dah tak mampu nak kire stock. mengantuk ya amat! asyik-asyik tengok jam dengan harapan aku dah lama buat kerja. namun harapan tinggal harapanlah. aku ngan kawan aku farah kena kira stock bahagian homeware. menangis nakss. nak asingkan tuala ikut bar code bagai. hahaha. tu belum kire aku mengantuk lagi. memang terhuyung-hayanglah aku kerja. semalaman tak tido. lama jugaklah. sampai satu tahap aku boleh tido duduk dengan penuh lena. sedar-sedar je aku dengar kawan-kawan aku menyembang. 

seriously, aku taktau macam mane ade orang yang bekerja malam tanpa tido ni. and baru aku tau peritnya nak kira stock yang barcodenye lain-lain sebab biasalah orang kalau shopping letak mana dan je. macam akulah. takd kerja lak aku nak tgok barcode bagai pastu letak tmpat asal.  aku letak mana dan je. hmmm..lepas ni aku nak letak barang balik kena letak kat tempat asal. poning dibuatnya. hahaha.

okayyy..just wanna share that. agak-agak boring tu maaf ya. im new in blogging bebeh.
hehehe. 

Wednesday, 24 February 2016

semester baru. azam baru beb. yeahhhh.

Assalamualaikum dan selamat malam awak-awak semua. 
fuhh..sudah sebulan jugak aku tak bukak blog ni. al maklumlah blog ni dicipta pun masa kelas aplikasi komputer sem lepas. so memang ak buat blog ni sebab kelas aplikasi jerr. kih kih kih.
dan bukan sebab tu jugak sebenarnya.aku tak bukak blog ni pun sebab mood nak menulis tu tak sampai beb. memang tak sampai. ini aku bukak pun sebab dah takde kerja. (kau tunggu jelah minggu seterusnya ika, menangis nakss busynya). tapi takpelah. ikhlaskan hati belajar sbb nak tuntut ilmu bukan sebab exam yang bila mana kau muntahkan segala isinya ke dalma kertas peperiksaan. yaa macam aku lah. kau tanyelah ape aku belajar time form 6. banyak aku lupa beb! hahahah. jadi disebabkan minggu dan hari minggu ku telah diisi dengan program, jadi 3 minggu kite tak balik. should i cry? hmmm...memang cry le jawabnya. i miss my family. bajet. macam aku belajar kat pert, australia je beb. hahaha. 

ehh japp...bape ratus patah ayat dan tetiba memang takde kaitan dengan tajuk. ni kalau dalam peksa ni banyak hilang markah ni. 

hahaha..okay. semester baru.

aku dah masuk semester dua. jadi apa aku nak buat?

mestilah kena berazam supaya belajar dengan bersungguh-sungguh. jangan rasa selesa sangat. relaks-relaks minum kopi. 
kot-kot rezeki aku dean list kat fakulti. haaaaaa.
jadi semester dua ni kena banyak fokus jangan main-main.
jangan nak berbollywood sangat. beryoutube sangat. fokus.
mane tau dengan doa dan kesungguhan senarai dekan aku. kih kih kih.


aku ni azam je lebih. skali habuk pun tarak. kah kah kah.
thats real me.

eh eh..ada kaitan ngan tajuk kan? hmmm...biarlah. kena sikit ngn tajuk pun okaylah. ade gak markah.

okay...semoga bertemu lagi. kite nak sambung lipat kain.

assalamualaikum.