Sunday, 23 October 2016

Ajaran Sesat : Qadiani

Image result for ajaran sesat qadiani
Assalamualaikum. hai awak-awak semua. apa khabar? memandangkan tengah cuti midsem ni ramai jugak member aku tak onn wassap. jadi dah ramai tak onn wassap, aku pun mungkin akan banyak menulis sepanjang cuti ni. hiks. semalam aku ada tulis pasal naruto ( ni post dia : naruto ). jadi hari ni aku nak share sikit tentang final projek bagi subjek pengantar dakwah dan ideologi moden. haaaa, bagi sesiapa yang mengenali aku, aku belajar kat ukm ambik course bisnes. Tapi macam mana boleh belajar dakwah pulak ni? kih kih kih. yeahhh, ni yang nak promote UKM ni. Sebenarnya UKM telah menawarkan subjek di luar bidang fakulti, iaitu subjek citra. so awak semua bebas memilih subjek apa yang awak nak. hokaayy. jadi aku pilih tajuk qadiani sebab aku cari dekat ptsl punya gigih pasal ajaran sesat, tapi asyik dok jumpa qadiani ni ajerrr. haishh. sabar je lah nakss. so aku pun google2 lah sikit pasal qadiani ni. Famous sangat ke? ( aku pasai ajaran sesat luar negara tak kenal sangat) aku tahu ayah pin, tuhan harun. Tu pun tak ambik port sangat. Sebab dikhuatiri terjebak. Tapi actually ajaran sesat ni kena ambil tahu jugak, sebab kita boleh bezakan mana yang betul, mana yang salah. haaaa, gitu.

jadi aku and the geng pun google2 lah pasal qadiani ni. terkejut aku yang qadiani ni pengaruh dia punyalah luas. kadang tu terdetik gak pasai pengikut dia ni. ' dah terang-terang sesat, awatlaa hampa semua ni percaya?' hmmm..so dari sini kita tak boleh nak senang2 mempertikaikan iman kita semua sama. Sometimes ada faktor yang menyebabkan mereka terpengaruh. Aku takleh conclude overall pasal qadiani ni sebab aku baru baca sikit2 je pasal article dia. jadi apa yang aku nak sampaikan ni, hampa semua kalau bab2 aqidah ni janganlah dok ambik mudah. pengasas ajaran qadiani ni bukan calang-calang, pandai bab ilmu agama, tapi sebab rasa baguih sangat, tu yang jadi lain macam ajaran dia. ( mula dia sebab riak je, thats why riak tu dosa). Dan satu lagi nak tuntut ilmu jangan sorang je guru. kena ramai jugak. sebab masing-masing ada kepakaran masing-masing .

Jadi sampai sini naa kita menulis, nanti ada masa kita tulis lagi. maaf naa kalau blog kita naik kat emel korang semua. hahaha.  


Dari penulis kurang ilmu agama.






Naruto dan aku. eceh!

Image result for naruto sasuke and sakura kids

Holaaa..selamat malam! okayyy. naruto sudah pun sudah berakhir sebenarnya, tapi aku saja nak main throwback2 tentang anime ni. kah kah kah! sebenarnya takdelah throwback mana pun, just nak share kenangan aku masa kecik2 dulu layan cerita naruto ni. hahahaa, selain anime, aku dulu pun adalah pelayan filem hindustan, china, dan korea. Tapi tu dulu lah, sekarang dah kurang dah. hmmm, tentang anime naruto ni, guess what? i cannot move on hokayyy. sebab? yelahh. dah lama kot citer ni, sampai aku fikirlah jugak, bila nak habis? lama lagi ke? takde final ke? erghhh, penat weh penat menunggu ni. sebenarnya aku mula-mula berjinak tengok anime naruto ni masa darjah 4. Aku tertengok sebenarnya, sebab aku tak minat sangat anime genre macam ni. Biasalah, kitakan gegirl. hahahaha. ni semua acahh setelah aku terjebak!

so, aku pun dah tertengok. maka terlayanlah. Sebenarnya aku telah tertarik dengan watak sasuke uchiha, hmmm faktor utama sebab kacak. hahaha. tapi perangai dia yang tak semenggah buat aku rasa sedikit annoyed tapi tak benci pun, hahaha sebab tak boleh benci. hensem sangat ( maaf gedik sikit part ni). kau bayangkan setiap minggu aku layan cerita naruto ni kat tv3. boleh siap hafal lagu opening ngan ending lagi. sampai abang aku pun terlayan jugak. hahaha. lama jugak aku layan cerita naruto ni. masa kecik-kecik dulu aku tengok sebab kelakar dan tak paham pebenda dia nak sampaikan. tapi lama-lama jalan cerita pun semakin berkembang, so aku nampak perjalanan cerita tak 100% asyik lawan-lawan dan kuasa. banyak moral cerita ni. sampai aku nangis2 lah. hahaha. nampak tak feeling disitu.

part naruto ngan cikgu dia, sasuke ngan abang dia ( oh myy..i cannot kalau sasuke, terjoin nangis sekali) hahaha. u know what? aku tengok watak naruto yang yatim ni dan tak pandai boleh jadi hokage at last? haaaa..nampak tak usaha dia. ( jangan percaya kuasa2 tu. nonsense k, ambik moral je) yang sasuke pulak, boleh dikategorikan genius tapi penuh dendam. at last? tak dapat hapaa. untung dapat bestfriend macam naruto tu, smpai hilang tangan nak selamatkan kau dari kegelapan. ( takpe  aku dah lama maafkan sasuke). overall storyline memang best walaupun banyak kuasa mengarut whatsover( jangan percaya kuasa2 ngarut tu ya adik-adik).

So conclusion? hmmm..takde ape pun, just nak bagitau naruto dah habis. tapi aku rasa macam nak marathon balik citer ni ( tak rela sebab panjang sangat). Rasa kejap je zaman kanak-kanak berlalu. dari naruto yang budak sampai dah beranak-pinak. Satu je naruto gagal. tak dapat cinta sakura. kah kah kah. sebab sakura pilih sasuke. Setia betul sakura ni. takpe naruto, ko dapat hinata yang terima kau sebelum kau hebat lagi. So cinta hinata pun terbalas. so bila aku tengok hinata ngan sakura ni memang menunggu cinta yang tak dijamin terbalas ( akhirnya berbalas k sebab setia..ececece)

okay gaiss! night2. mimpi-mimpi indah yaaaa.

#peminat anime naruto tapi suka watak sasuke.


Sunday, 16 October 2016

Review : Diagnosis 2


Assalamualaikum...mai mai mai sini. mai dekat-dekat. cik Nurul nak share sikit pasal buku di atas. 

Warna buku suram kan? macam tu lah intipati cerita ni. hahahaha. suram tak bermakna jalan cerita yang bosan. Ia boleh juga membawa maksud yang luas, dimana kita mengerti apa itu kehidupan yang lebih spesifiknya kerjaya dalam bidang doktor ini. mesti korang dah fikir, alaaa..doktor? mesti ada terms-terms sains yang tinggi. yep, memang ada. tapi boleh kira. Sebab cerita ni lebih menghayati bagaimana kau menghargai kehidupan kau. bagaimana cabarannya kerja di dunia realiti yang bukan seperti drama tv. bagaimana kau membaca kehidupan dari aspek seorang doktor. Bagaimana tanggapan orang, nope tanggapan aku sendiri yang kerjaya doktor ni takde life? right? yeahh..dari situ aku faham 'takde life' means. and the meaningful of life. seriously, walaupun aku tak abis baca lagi buku ni, tapi sebahagian penceritaan buku ni serba sedikit menyedarkan tentang 'kehidupan' dan 'kematian'.

aku tak baca lagi yang pertama. tapi aku expect buku pertama mesti best. sebab tu muncul yang kedua. kan? kan?


hukum-hakam dalam buku ni pun ada terselit tau. contohnya macam mana aurat dr  dengan pesakit yang berlainan jantina. Sesetengah mereka ( pesakit) bertegas tentang aurat. tetapi longgar pasal solat. part tu rasa deep jugaklah. yelah. Bila sakit je solat pun malas. padahal dah ada rukhsah. Tinggal ikut je. 

jadi aku highly recommend buku ni sebab haaaa..kena baca sendiri. huhuhu. aku cerita semua tak bestlah. nanti ramai tak beli. hahaha.

Salam Maghrib.

Monday, 3 October 2016

kawan. mana kau?

Assalamualaikum dan selamat petang. Pejam celik dah masuk tahun 2 dah kat UKM ni. huhuhu. Umur pun dah semakin meningkat.  Amalan cukup ke aku nii? *menangis dalam hati. okay. hari ni nak tulis apa erk? jap-jap..memandangkan tajuk blog pun kawan. of course lah pasal kawan. ye dok? kih kih kih. *esok kuiz ib tapi semangat pulak nak tulis pasal kawan ni. Siapa ada kawan kat sini? angkat kening sikit? hahaha. of courselah semua orang ada kawan. kalau yang tiada kawan tu carilah kawan ya. nikmati hidup ini dengan kawan. cuba pandai- pandailah pilih kawan k. hahaha. sebenarnya nak tulis tentang kawan aku yang sorang ni. Kami dah kenal lama dah. sejak kecik lagi aku memang kawan dia. maklumlah jiran sebelah rumah. huhuhu. last aku jumpa dia masa aku tingkatan 2. haaa..7 tahun dah aku tak jumpa. aku panggil dia mamat. mamat ni masa kecik-kecik boleh kategorikan nakal jugaklah. walaupun nakal dia tetap kawan aku dulu. mostly waktu terluang aku banyak main ngan dia. tapi tu ahh..dia ni memang nakal. hahaha, taktau nak describe apa dah pasal dia. kalau teringat moment dulu rasa nak tergelak pun ada.

kat belakang rumah aku ada bukit. selalunya dia akan bawak kotak lepastu ajak gelongsor sama-sama. 

part yang paling tak boleh lupa. dia ajak aku pi loji air. ( sebab dulu rumah kuarters bekalan air) . aku pun risau jugak. aku tanyalah dia makmah bagi ke ( makmah ialah mak dia). dia cakap bagi. so aku dengan bendulnya ikut dia pi loji air tu. kau bayangkan bila makmah dapat tahu? ( adik aku report sebab mamat tak bagi follow kiteorang). memang kena kejarlah oiii kami berdua. aku pun risau. bagitaulah mak mah yang mamat cakap makmah bagi pergi loji air tu. ape lagi..dia lah yang kena. but still. dia tak dendam. still kawan dengan aku lagi. hahaha.

dia pun selalu datang rumah aku. konon-kononya nak tuisyen. bawaklah buku dan alat tulis skali. nak study katanya. ( ni semua propa). sampai rumah aku. pi main game. hahaha. lama pulak tu. study adalah kejap. main game yang lamanya.

seriously dia one of abang aku. mak mah selalu ingatkan dia 'ika ni adik kau'. ya, aku faham. kami tidak sedarah. tapi kami sesusu. 

wehh..kau apa khabar? kalau betembung, kau ingat aku lagi tak? doa aku kat kau semoga kau berjaya dunia akhirat. 

your sister/childhoodfriend
ika.